SIMBOL FONOLOGI. Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.

Σχετικά έγγραφα
UNIT 2 FONETIK DAN FONOLOGI

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) MEI 2012 (SMP KHAS) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : NORSITA BT LAKIBUL

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

BAB EMPAT SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER / TAHUN LIMA / 2012

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 5 / TAHUN 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY 2012 KOD KURSUS : HBML1203 TAJUK KURSUS : PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BAB LIMA SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA PERANCIS

PENGERTIAN KONSONAN. Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.

SMP ( KHAS ) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Bab 1 Mekanik Struktur

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Keterusan dan Keabadian Jisim

Matematika

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

HMT FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA LANJUTAN

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Tegangan Permukaan. Kerja

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Kalkulus Multivariabel I

A. Distribusi Gabungan

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Kalkulus Multivariabel I

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

Sebaran Peluang Gabungan

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

Ciri-ciri Taburan Normal

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

BAB TIGA: KAJIAN LITERATUR. Walaupun demikian, ilmu fonetik di dalam bahasa Arab menjadi ilmu yang

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

KALKULUS LANJUT. Integral Lipat. Resmawan. 7 November Universitas Negeri Gorontalo. Resmawan (Math UNG) Integral Lipat 7 November / 57

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

BAB EMPAT PERBINCANGAN. 4.1 Analisis KLN Ekstrak Cassia alata L. dan Cassia tora L.

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Kalkulus Elementer. Nanda Arista Rizki, M.Si. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Universitas Mulawarman 2018

TOPIK 2 : MENGGAMBARKAN OBJEK

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

Pemilihan kampung-kampung ini iaitu kampung Surau Panjang dan kampung. Atas Tol dibuat kerana penduduk di situ kebanyakannya adalah penduduk asal dan

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

Disediakan oleh Guru Matematik Tingkatan 4 GEORGE DAVID

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H

Persamaan Diferensial Parsial

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

Pengantar Proses Stokastik

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

E513 : TEKNIK ELEKTRONIK BAB 2 : 1

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

Pantun Melayu: Analisis Ayat Majmuk Pancangan Bahasa Melayu ¹AB. RAZAK AB. KARIM ²NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Transcript:

SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU. Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. SIMBOL FONOLOGI Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan SIMBOL VOKAL BAHASA MELAYU Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u]

SIMBOL KONSONAN BAHASA MELAYU Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k],[/],[q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s][š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z]

SIMBOL DIFTONG BAHASA MELAYU Huruf Gabungan Vokal ai au Simbol bunyi [ai] [au] oi [oi] SIMBOL KONSONAN GANDINGAN BAHASA MELAYU Konsonan Rangkap Simbol bunyi gh [ 7 ] ny [ ɲ ] ng [ ŋ ] sy [ ] th [ θ ] dz [ ð ] akh [ x ] Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.

ARTIKULASI TAMBAHAN Artikulasi tambahan atau ko-artikulasi ialah sebutan tambahan yang terjadi akibat daripada pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu. Sewaktu menyebut sesuatu bunyi tertentu terjadi juga sebutan tambahan secara sampingan kerana dalam proses penyebutan sesuatu bunyi tertentu beberapa alat artikulasi turut terlibat misalnya bibir, rongga hidung, lelangit keras, rengkung dan seumpamanya sehingga berlakunya artikulasi tambahan seperti pembibiran, penyegauan, penglelangitkerasan dan perengkungan. Apabila kita menyebut bunyi-bunyi dalam satu himpunan, akan wujud keadaan pengaruh-mempengaruhi di antara bunyi-bunyi sehingga dalam keadaan tertentu seolah-olah wujud satu unsur bunyi lain dalam himpunan bunyi-bunyi itu. Keadaan ini disebut sebagai artikulasi tambahan. Pembibiran Glotalisasi Penyengauan ARTIKULASI TAMBAHAN Perengkungan Penglelangitk erasan

Pembibiran Unsur pembibiran hadir pada bunyi-bunyi konsonan atau vokal [a], [u] diikuti oleh bunyi vokal [u], [o], [a] atau [i]. sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah mengalami geluncuran dan bibir berkeadaan bundar. Pembibiran atau dikenali sebgai labialisasi ialah artikulasi tambahan yang berlaku kerana semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang. Misalnya semasa kita menyebut bunyi perkataan kuning. Sebenarnya semasa kita hendak menyebut bunyi konsonan k yang diikuti oleh vokal belakang u dalam perkataan kuning itu berlaku sedikit pembundaran bibir, iaitu pengaruh daripada hendak menyebut bunyi vokal belakang u dalam perkataan kuning itu. Artikulasi tambahan pembibiran ditanda dengan lambang w seperti dalam contoh berikut: kʷucing kʷuning lʷubang sʷulit tʷolak

Penyengauan ( nasalisasi) Unsur bunyi penyengauan hadir pada vokal-vokal yang mengikuti bunyi-bunyi konsonan sengau dan pada struktur-struktur yang telah dinyatakan dalam bahagian vokal-vokal sengau. Penyegauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengan, misalnya m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk, pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan tersebut. Lambang penyegauan atau nasalisasi ditanda dengan lambang seperti dalam perkataan yang berikut: makan nangka nyanyi mengantuk

Pelelangitkerasan (palatalisasi) Unsur bunyi ini hadir sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi vokal rangkap [ai],[iu],[io] atau [ia]. Dalam penghasilan unsur bunyi ini, lelangit keras turut berfungsi. Pelelangitkerasan juga berlaku sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi urutan bunyi vokal dan konsonan [n] yang seterusnya diikuti oleh konsonan letusan. Contoh : kencang, anjing dan anjung. Penglelangitkerasan atau palatalisasi juga merupakan artikulasi tambahan yang berlaku akibat proses penghasilan bunyi lelangit keras. Penglelangit kerasan ini terhasil sebelum bunyi letusan lelangit keras c dan j dan lambang yang digunakan untuk melambangkan penglelangitkerasan ialah lambang punca manja belanja senja belunjur

Perengkungan Perengkungan ialah artikulasi tambahan yang berlaku akibat daripada pengucapan bunyi rengkungan. Bunyi seperti ini banyak terdapat dalam bahasa Arab. Simbul yang digunakan bagi melambangkan bunyi perengkungan ialah seperti yang terdapat pada fonem yang berikut: t z d

Glotalisasi Glotalisasi merupakan cirri suprasegmental yang berlaku sebelum penyebutan bunyi vokal. Glatalisasi biasanya berlakju pada awal bunyi vokal yang hadir pada perkataan yang disebut secara satu-satu. Sebelum bunyi vokal itu dilafazkan, alat artikulasi mengambil sedikit masa untuk melafazkan bunyi vokal tersebut, dan ini mengakibatkan udara terhenti sebentar pada glottis semasa menyebut bunyi vokal dalam perkataan itu. Misalnya : ʔadek, ʔabang, ʔalat Unsur bunyi ini terhasil apabila dalam sesuatu perkataan itu terdapat turutan dua vokal yang sama dan sewaktu membunyikannya berlaku hentian di antara kedua-dua vokal itu. Unsur bunyi ini menyerupai bunyi hentian glottis. Sewaktu menghasilkannya, udara ditahan pada bahagian glottis kemudian dilepaskan dengan serta-merta untuk menghasilkan bunyi yang mengikutinya.. Contoh : taat, saat, jumaat, keadaan dan suun

FONEM Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fonfon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem. Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka kita dapat pula membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem tadi. Setiap fonem diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf p. Oleh kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang gabungan dua huruf, seperti fonem yang diberi lambang huruf ng. Ini bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem (Abdullah Hassan, 2006: 62-63). Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati kontras fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem konsonan. Fonem vokal ialah /i/,/e/,/a/,, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula ialah /p/,/b/,/t/,/d/,/k/,/g/,/c/,/j/,/m/,/n/,/s/,/h/, /r/,/l/,/w/ dan /y/.

Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental. FONEM SEGMENTAL SUPRASEGMENTAL FONEM SEGMENTAL Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis kewujudannya. VOKAL FONEM SEGMENTAL DIFTONG KONSONAN

Fonem vokal Keenam-enam fonem vokal bahasa Melayu dapat dijadualkan dalam rajah berikut. Ada tiga vokal depan, dua vokal belakang dan satu vokal tengah. FONEM VOKAL VOKAL DEPAN VOKAL TENGAH VOKAL BELAKANG Semua fonem vokal dalam bahasa Melayu menjadi sengau apabila didahului oleh konsonan sengau. Vokal yang disengaukan ini tidak berkontras dengan vokal yang tidak disengaukan. Oleh itu yang demikian, vokal sengau hanya menjadi alofon kepada fonem vokal yang tidak disengaukan.

Carta Fonem Vokal Bahagian lidah Depan Tengah Belakang Cara sebutan Hadapan Sempit atau Tinggi Hadapan Separuh Sempit i e atau Separuh Tinggi Hadapan Separuh Luas atau ε Separuh Rendah Hadapan Luas atau Rendah A Belakang Sempit atau U Tinggi Belakang Separuh Sempit Belakang Separuh Luas atau O כ Separuh Rendah Bahagian tengah e

a) Vokal depan Ada tiga fonem vokal depan / i, e, a /. Contohnya: /i/:/itu/ itu,/kita/ kita,/laki/ laki /e/:/eloʔ/ elok,/beta/ beta,/sate/ sate /a/:/aku/ aku,/batu/ batu,/kita/ kita Setiap vokal depan berkontras dengan vokal depan lain dalam pasangan terkecil. Contohnya: 1. /i/ dan /e/ [bila] pertanyaan waktu [bela] balasan 2. /e/ dan /a/ [bela] balasan [bala] musibah 3. /i/ dan /a/ [bila] pertanyaan waktu [bala] musibah

b) Vokal belakang Ada dua fonem vokal belakang : /o/ dan /u/. Contohnya: /o/ : /otak/ otak, /kotaʔ/ ;kotak, /moto/ moto /u/ : /ulam/ ulam, /gula/ gula, /laku/ laku Kedua-dua vokal belakang berkontras di antara satu dengan yang lain dalam pasangan terkecil. Contohnya: 1. [urat] saluran darah dalam tubuh [orat] memikat kaum lain 2. buru] unggas [boroɳ] membeli banyak

c) Vokal tengah Hanya ada satu fonem vokal tengah iaitu /ə/. Contohnya: /ə/: /əmaʔ/ emak, /kəna/ kena, /kitə/ kita Vokal belakang ini berkontras dalam pasangan terkecil dengan semua vokal lain. Contohnya: /ə/ dengan /i/ /ə/ dengan /e/ /ə/ dengan /a/ /ə/ dengan /o/ /ə/ dengan /u/ [bəri] : memindahkan milik secara rela [biri] : kambing dari kawasan sejuk [bəla] : pelihara [bela] : balasan [əntah] : tak tahu, kenapa [antah] : padi yang tertinggal dalam beras [bəla] : pelihara [bola] : benda bulat disepak sebagai mainan [səkat] : halang [sukat] ; ukur

Fonem Diftong Bahasa Melayu mempunyai tiga diftong, iaitu / ai, au, oi/. ai au oi

Carta Fonem Vokal Cara Penghasilan Vokal depan luas ke vokal depan sempit Vokal depan luas ke vokal belakang sempit Vokal belakang separuh sempit ke vokal depan sempit Diftong ai au oi 1. Penyebaran Diftong / ai, au / boleh berlaku pada tengah perkataan dalam sukukata terbuka, tetapi semuanya /ai/, /au/ dan /oi/ berlaku pada suku kata terbuka pada akhir perkataan contohnya: Diftong Awal Akhir Ai hairan Pandai Au taulan Pulau Oi - Baloi

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ au ]. / ai/ dan /au/ [pulai] sejenis pohon [pulau] tanah yang timbul di laut Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi ]. /au/ dan /oi/ [kalau] agak-agak [kaloi] ikan guarami

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ ai ]. /ai/ dan /oi/ [balai] bangunan berhimpun [baloi] memandai

Fonem konsonan Ada 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu. Konsonan ini terdiri daripada bunyi letupan, sengau, letusan, getaran, sisian dan separuh vokal. Semuanya dipaparkan dalam jadual berikut. LETUPAN SEPARUH VOKAL SENGAUAN FONEM KONSONAN SISIAN LETUSAN GETARAN

Carta Fonem Konsonan Daerah sebutan Cara sebutan Letupan tidak bersuara Letupan bersuara Letusan tak bersuara Letusan bersuara 1 Dua bibir 2 Gusi Sengauan m n Geseran tak bersuara Geseran bersuara Getaran Sisian 3 Gusi Lelangit keras 4 Lelangit keras 5 Lelangit Lembut p t k b d g Separuh vokal w y/j S i 6 Pita suara H Rajah dan carta di atas menunjukkan tentang carta konsonankonsonan dalam bahasa Melayu.

a. Konsonan letupan Ada tujuh fonem letupan /p, b, t, d, k/ dan /g/ Semua konsonan letupan tak bersuara berlaku di pangkal, tengah dan akhir perkataan. Konsonan letupan bersuara tidak berlaku pada akhir perkataan melainkan dalam kata pinjaman. Contoh: Fonem Awal Tengah Akhir /p/ paya bapa atap /t/ talam bata sikat /k/ kolam luka Arak Semua letupan bersuara boleh berlaku pada awal dan tengah perkataan. Penggunaan letupan bersuara pada akhir perkataan hanya berlaku pada kata pinjaman sahaja. Fonem /k/ yang berlaku pada akhir perkataan itu sebenarnya adalah hentian glotis. Walau bagaimanapun hentian glotis ini tidak membezakan makna apabila dikontraskan dengan [k]. tidak ada perbezaan antara [araʔ] dan [arak]. Oleh sebab itu [k] dan [ʔ] bukanlah dua fonem yang berlainan, dan tidak diberi lambang huruf yang berlainan. Kedua-duanya diberi lambing k sahaja. Contohnya: Fonem Awal Tengah Akhir /b/ bayar laba bab (Arab) /d/ dua kuda had (Arab) /g/ getah raga beg (Arab)

b. Konsonan sengau Ada empat bunyi konsonan sengau /m, n/ dan /ɳ/ berlaku pada awal, tengah dan akhir perkataan. Contoh: Fonem Awal Tengah Akhir /m/ Main lama malam /n/ nasi sana ikan /ɲ/ ɲaman taɲa - /ɳ/ ɳaɳa buɳa buaɳ c. Konsonan letusan Ada satu letupan tak bersuara /c/ dan satu letusan bersuara /j/. 1. Kedua-dua leusan ini berlaku pada awal dan tengah perkataan sahaja dan tidak berlaku pada akhir perkataan. Fonem Awal Tengah Akhir /c/ Cabai baca - /j/ Jalan meja - d. Konsonan getaran Hanya ada satu getaran /r/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir kata. Contoh: Fonem Awal Tengah Akhir /r/ rata mara pasar

e. Konsonan sisian Hanya ada satu sisian /l/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir kata. Contoh: Fonem Awal Tengah Akhir /l/ lari gali bakal f. Konsonan pinjaman Ada sepuluh konsonan pinjaman dalam bahasa MElayu. Semuanya dipinjam daripada bahasa Arab dan Inggeris. Ada sepuluh bunyi konsonan yang kita pinjam. Semuanya adalah fonem konsonan geseran. Fonem-fonem pinjaman ini berasal dari perkataan-perkataan pinjaman. Ada bunyi yang disesuaikan dengan bunyi bahasa Melayu dan ada yang bervariasi bebas dengan fonem-fonem asli. Daripada sepuluh fonem pinjaman ini, Sembilan dipinjam daripada bahasa Arab, dan satu daripada bahasa Inggeris, iaitu fonem /v/. fonem /f/ juga dipinjam daripada bahasa Inggeris, tetapi fonem ini terlebih dahulu sudah dipinjam daripada bahasa Arab. Fonem geseran yang dipinjam adalah seperti dibawah: Huruf Fonem Contoh Penggunaan f /f/ filem v /v/ variasi th /ө/ mithal (misal) dh /ð/ dharab (darab) z /z/ zaman sy /š/ mesyuarat kh /x/ khat gh / ghaib

FONEM SUPRASEGMENTAL Fonem ini juga disebut sebagai fonem suprapenggalan iaitu ciri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Fonem ini terdiri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, tona dan intonasi. TEKANAN JEDA KEPANJANGAN FONEM SUPRASEGMENTAL INTONASI TONA

Tekanan Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti ki ta, ba pa, sa tu dan seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris tekanan boleh membezakan makna. Contohnya, Prog res bermaksud kemajuan (kata nama) Pro gres bermaksud memajukan (kata kerja) Dengan perkataan conduct insult dan semuanya boleh membawa maksud yang berbeza dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata yang berbeza. Kepanjangan Ia juga disebut sebagia pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab, Inggeris, tetapi tidak membezakan makna bagi bahasa Melayu. Ia di tanda dengan tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik. kepanjangan bunyinya setengah mora ; dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik :: kepanjangan ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan ini digunakan. Contoh, sit bermaksud duduk, dan si:t bermakna tempat duduk.

Jeda Disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Jeda atau persendian ini ditanda dengan +. Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan makna. Contoh, I scream saya menjerit dan ice cream aiskrim bunyinya sama sukar dibezakan tetapi maknanya lain. Dalam bahasa Melayu, Terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan jika tidak memakai jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan tin). Bagi membezakan makna itu perlu tanda dengan jeda seperti berikut: Belikan + tin membelikan tin = tin yang dibeli Beli + kantin membeli kantin = kantin yang dibeli Jeda atua persendian merupakan perbezaan dalam bahasa. Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat. Contoh : Saya membaca buku kakak boleh dibezakan seperti berikut, 1. # Saya membaca buku kakak# (maksudnya saya membaca buku kepunyaan kakak) 2. # Saya membaca buku# kakak (saya memberitahu kakak bahawa saya membaca buku)

Tona Merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona dan ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona mendatar, seperti ibu. Kedua tona meninggi, contoh guni. Ketiga tona turun-naik, contoh kuda dan akhir sekali tona menurun, contohnya marah. Yang kedua memakia tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona, Tona tinggi (keras) menggunakan satu, tona sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona rendah (lemah) menggunakan tiga dan tona sangat rendah (sangat lemah) menggunakan empat. Intonasi Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanyapula meninggi apaila di akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda, tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam pertuturan seharian.

TRANSKRIPSI FONETIK Transkripsi fonetik dikenali juga sebagai transkripsi sempit, iaitu pengkaji memberi lambang fonetik setepat-tepatnya dan terperinci yang merangkumi lambang koartikulasi seperti lambang pembibiran, penyengauan, nasalisasi, perengkungan, penglelangit kerasan dan glotalisasi. Dalam transkripsi fonetik terdapat segala bunyi segmental, jenis koartikulasi dan jugaciri-ciri suprasegmental yang ditumpangi oleh perkataan atau ayat dalam transkripsi ini. Oleh itu,transkripsi bertujuan untuk mencatatkan setepat mungkin semua sifat yang terdapat pada pengucapan seseorang penutur yang natif. Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi koartikulasi wujud dalam bahasa Melayu. Terdapat lambang-lambang yang mewakili setiap fonetik tersebut. Lambanglambang koartikulasi bagi pembibiran ialah [w], penyengauan atau dikenali jugasebagai nasalisasi dan lambangnya ialah [ ], perengkungan [ L, d, z ], penglelangitkerasan [ j ] dan glotalisasi atau pengglotisan lambangnya ialah [?]. Lambang permulaan ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah [ #. Lambang akhiran ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah #]. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah //. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi perkataan dalam pertuturan untuk transkripsi fonetik ialah +.

TRANSKRIPSI FONEMIK Transkripsi fonemik pula dikenali sebagai transkripsi luas. Dalam transkripsi fonemik tiada koartikulasi. Transkripsi fonemik mencatatkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dengan mudah dan secara umum. Oleh itu,transkripsi fonemik adalah berbeza dengan transkripsi fonetik kerana transkrispi fonemik tidak menggunakan ciri-ciri koartikulasi atau ciri-ciri suprasegmental seperti dalam transkripsi fonetik.transkripsi fonemik hanya bertujuan untuk memberikan lambang-lambang bunyi dengan mudahdalam bentuk lambang bunyi segmental sahaja. Lambang permulaan ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonemik ialah / #. Lambang akhiran ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonemik ialah #/. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonemik ialah //. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi perkataan dalam pertuturan untuk transkripsifonemik ialah +. Namun, terdapat sedikit persamaan kedua-dua transkripsi ini. Persamaannya ialah, semua permulaan kata dalam ayat baik dalam transkripsi fonetik mahupun fonemik mesti dimulai dengan huruf kecil. Dalam kedua-dua transkripsi ini, tiada penggunaan huruf besar, tanda koma, tanda titik, tanda seru, tanda soal, tandasempang, pembuka dan penutup kata dalam penulisan transkripsi fonetik dan fonemik.

RUMUSAN Melalui bab ini kita dapat mengetahui maksud fonologi iaitu salah satu cabang dalam ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang berfungsi serta memberikan makna dalam sesuatu bahasa manakala fonetik pula ialah salah satu cabang fonologi yang membincangkan tentang bidang yang mengkaji segala jenis bunyibunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut dan bagi fonemik pula, ianya merupakan cabang fonologi yang menganalisa sistem sesuatu bahasa yang dikaji secara sinkronik. Bab ini juga telah menerangkan cara-cara penghasilan fonem-fonem yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap fonem mempunyai cara tersendiri untuk dilafazkan yang melibatkan kedudukan lidah, bibir, lelangit dan alat-alat artikulasi yang lain.setiap kedudukan alat-alat artikulasi menghasilkan bunyinya yang tersendiri yang akan menghasilkan. Selain daripada itu, kita dapat mengetahui bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebahagian huruf-hurufnya adalah pinjaman dan ada sebahagian huruf digabungkan untuk menghasilkan satu bunyi yang dipanggil diftong. Melalui tugasan ini juga kita dapati dalam symbol fonetik bahasa Melayu terdapat simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, tugasan ini juga menyentuh tentang artikulasi tambahan iaitu sebutan tambahan yang terjadi akibat daripada pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu. Sewaktu menyebut sesuatu bunyi tertentu terjadi juga sebutan tambahan secara sampingan kerana dalam proses penyebutan sesuatu bunyi tertentu beberapa alat artikulasi turut terlibat misalnya bibir, rongga hidung, lelangit keras, rengkung dan seumpamanya sehingga berlakunya artikulasi tambahan seperti pembibiran, penyegauan, penglelangit-kerasan dan perengkungan.

Melalui tugasan ini juga dapat dirumuskan bahawa Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem. Fonem terbahagi kepada dua iaitu fonem segmental dan suprasegmenta.