FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Σχετικά έγγραφα
PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 5 / TAHUN 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) MEI 2012 (SMP KHAS) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : NORSITA BT LAKIBUL

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER / TAHUN LIMA / 2012

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY 2012 KOD KURSUS : HBML1203 TAJUK KURSUS : PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

UNIT 2 FONETIK DAN FONOLOGI

BAB EMPAT SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

SIMBOL FONOLOGI. Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SMP ( KHAS ) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

PENGERTIAN KONSONAN. Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.

BAB LIMA SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA PERANCIS

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Bab 1 Mekanik Struktur

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Keterusan dan Keabadian Jisim

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Kalkulus Multivariabel I

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Tegangan Permukaan. Kerja

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Matematika

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Kalkulus Multivariabel I

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Hendra Gunawan. 16 April 2014

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Sebaran Peluang Gabungan

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Ciri-ciri Taburan Normal

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

Katakunci : masalah pembelajaran pelajar, Sains, Fotosintesis

BAB TIGA: KAJIAN LITERATUR. Walaupun demikian, ilmu fonetik di dalam bahasa Arab menjadi ilmu yang

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

A. Distribusi Gabungan

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

Katakunci : faktor, minat, matematik

Persamaan Diferensial Parsial

BAB III METODOLOGI. memberi gambaran profil pelajar, instrumen yang digunakan, kaedah pungutan data,

HMT FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA LANJUTAN

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

BAB IV ANALISIS DAN PERBINCANGAN. mengenalpasti orientasi dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran BS dan mengetahui

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

BAB 1 PENGENALAN. Mengukur pencapaian pelajar sering kali dijalankan dalam penyelidikan. pendidikan. Pencapaian pelajar adalah sebahagian aspek utama

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

Transcript:

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIK : 780206125731002 NAMA : HERMAN BIN HASSAN NO. KAD PENGENALAN : 780206-12-5731 NO. TELEFON : 019-5350985 EMEL : herman_5675@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN 1.0 Pengenalan. 2 2.0 Bunyi-bunyi Vokal dan Konsonan dalam Bahasa Melayu.. 2-9 2.1 Bunyi bunyi Vokal dalam Bahasa Melayu 7-9 2.2 Bunyi bunyi Konsonan dalam Bahasa Melayu 7-9 3.0 Perbezaan Antara Fonem dan Alofon dalam Bahasa Melayu.. 10-11 3.1 Fonem. 10-11 3.2 Alofon.. 10-11 4.0 Ciri ciri Suprasegmental Bahasa Melayu dan Kepentingannya dalam Pengajaran Lisan. 12-15 4.1 Ciri ciri Suprasegmental dalam Bahasa Melayu 12-14 4.1.1 Tekanan 4.2.1 Kepanjangan 4.3.1 Jeda 4.4.1 Intonasi 4.5.1 Tona 4.2 Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Lisan. 14-15 4.2.1 Memahami Penggunaan Intonasi Bahasa Melayu 4.2.2 Membezakan Makna Ayat 4.2.3 Memudahkan Kefahaman Murid 5.0 Kesimpulan 17 Bibliografi 16 1

1.0 PENGENALAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia, malah bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, maka makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikiannya juga halnya dengan Bahasa Melayu yang menjadi salah satu bahasa yang banyak mempunyai banyak sistem fonologi atau sistem bunyi yang diucapkan atau dituturkan oleh penuturnya. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Secara amnya, pemerolehan bunyi bahasa atau alat pertuturan oleh sesebuah masyarakat ini boleh dikaji secara saintifik. Bagaimana bunyi bahasa dihasilkan ada penjelasanpenjelasan yang melatarinya. Dalam Bahasa Melayu, ilmu khusus yang mengkaji penghasilan bunyi-bunyi bahasa ini dikenali sebagai ilmu fonologi atau fonetik. Ilmu fonologi ini termasuk dalam bidang ilmu linguistik. Jika diikuti urutan kajian dalam bidang ilmu linguistik bahasa, ilmu fonologi atau fonetik akan menjadi ilmu pertama dikaji diikuti oleh fonologi (sistem bunyi), morfologi (sistem kata), sintaksis ( sistem ayat) dan semantic (sistem makna). Bagaimanapun dalam bidang tugasan ini, saya akan lebih membincangkan berhubung dengan sistem fonologi dalam Bahasa Melayu. Secara jelasnya, huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354) fonologi ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Mengikut Kamus Lingusitik pula, fonologi pula bermaksud bidang yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Apabila kita membincangkan berkenaan dengan sistem bunyi-bunyi dalam bahasa ini, kita juga akan turut sama melihat berkenaan dengan perbezaan antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi Bahasa Melayu. Ini amat penting, agar dapat memudahkan para guru untuk memahaminya agar mudah untuk mengajarkannya kepada para pelajar dan murid-murid di sekolah. Malah, adalah amat penting juga bagi mereka yang ingin mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih mendalam lagi. 2

2.0 BUNYI BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU Secara amnya, di dalam Bahasa Melayu terdapat tiga golongan bunyi iaitu bunyi vokal, konsonan dan juga diftong. Namun, disini saya hanya akan membincangkan dua golongan bunyi iaitu penghasilan bunyi vokal dan juga konsonan. 2.1 Bunyi - bunyi vokal dalam Bahasa Melayu Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Kumpulan bunyi bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Manakala udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Berikut merupakan tujuh penghasilan bunyi-bunyi vokal iaitu; i. Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ] Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai contoh: Awalan pertengahan akhiran [ijab] [minum] [beli] [insan] [kilang] [cari] 3

Gambar rajah1: Menunjukkan penghasilan vokal hadapansempit atau tinggi [ i ]. ii. Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ] Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [ekor] [kekok] [kole] [enak] [belok] [tauge] Gambar rajah 2 : Menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh sempit atau separuh tinggi [ e ]. iii. Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ] Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita 4

suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [εsok] [kεk] [sorε] [εnak] [bεlok] [olε-olε] Gambarajah 3:Menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau separuh rendah [ε] iv. Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ] Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun, udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a]. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [angsa] [rapi] [lupa] [alis] [palam] [kena] Gambar rajah 4:Menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ]. 5

v. Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ] Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [ungka] [tuba] [batu] [ulam] [pucat] [kelu] Gambar rajah 5 : Menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ]. vi. Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ] Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh: awalan pertengahan akhiran [orang] [roket] [milo] [onar] [pocong] [keromo] Gambar rajah 6: Menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o]. 6

vii. Vokal Tengah [ ə ] Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi /ə/ akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh: awalan [əmak] [əmas] pertengahan [bəlah] [cəlah] Gambar rajah 6 : Menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə]. Sebenarnya penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja (menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung (menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. 7

2.2 Bunyi bunyi konsonan dalam bahasa Melayu Kumpulan bunyi-bunyi konsonan pula ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui rongga mulut atau rongga hidung. Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Inilah antara huruf-huruf konsonan yang lazim kita ketahui selain daripada 5 huruf vokal yang lazim telah kita pelajari. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [f], [v], [s], [z], [x], [h], [r], [l], [w], [y] Berikut merupakan gambarajah-gambarajah yang menunjukkan bagaimana bunyibunyi huruf konsonan dihasilkan. Konsonan c Konsonan h Konsonan j Konsonan k 8

Konsonan l Konsonan m Konsonan n Konsonan r Konsonan t Konsonan y Konsonan z 9

3.0 PERBEZAAN ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU 3.1 Fonem Fonem ialah unit bahasa yang terkecil berfungsi dalam Bahasa Melayu. Di dalam fonem satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan terdiri daripada beberapa unit bunyi seperti dalam perkataan palu. Perkataan ini terdiri daripada empat unit bunyi iaitu p, a, l, u. maka, unit-unit bunyi inilah yang dipanggil sebagai fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi dalam Bahasa Melayu itu sendiri. Sekiranya huruf p tadi digantikan dengan huruf m, maka palu akan bertukar menjadi malu yang masih lagi mengekalkan empat unit bunyi. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran sesuatu perkataan itu. Selain itu, fonem juga boleh difahami sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Antara contoh lain menerangkan berkenaan dengan fonem, seperti dalam pasangan minimal, pedang dengan petang. Dalam pasangan minimal pedang dengan petang itu terdapat bunyi yang berbeza iaitu bunyi d dan bunyi t. Perkataan pedang dikatakan hampir sama dengan perkataan petang namun hanya dibezakan dengan bunyi d dan t. Dalam konteks ini, bunyi d dan t merupakan bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi fonem itu diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /d / dan /t/. Selain daripada pasangan minimal pedang dengan petang, terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan untuk lebih memberi kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua perkataan ini mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonem k dan p. Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k dan p boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/. 10

Selain daripada contoh pasangan minimal yang telah diperjelaskan diatas terdapat juga beberapa contoh pasangan minimal yang boleh menunjukkan unitunit terkecil yang membezakan makna ataupun dalam istilah bahasa melayu iaitu fonem. Contoh adalah seperti berikut : a. Barat dan Karat : /b/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza. b. Dalam dan Talam : /d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza. c. Cari dan Jari : /c/ dan /j/ merupakan fonem yang berbeza. d. Pakar dan Bakar : /p/ dan /b/ merupakan fonem yang berbeza. e. Dulang dan Tulang : /d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza. 3.2 Alofon Berbanding dengan fonem yang membezakan maksud ujaran sesuatu perkataan itu, alofon pula bermakna huruf yang boleh dipindah kedudukan membentuk perkataan lain yang bermakna menggunakan huruf huruf yang sama. Sebagai contoh, fonem p dalam palu boleh menjadi lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna, tetapi dalam luar, bunyi p di ujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.oleh itu daripada contoh di atas, fonem p mempunyai dua alofon iaitu luap dan lupa. Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Bervariasi bebas bermaksud walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza untuk menunjukkan maknanya yang sama. Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan tetapi maknanya sama (tidak berbeza), misalnya perkataan agama, ugama dan igama. Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal a, u, i adalah asalnya fonem yang membezakan makna kerana terdapat pasangan minimal masing-masing yang membezakan makna iaitu seperti baru, buru, biru. Oleh sebab itu vokal a, u dan i adalah distingtif (membezakan makna), maka bunyi a, u, dan i adalah bertaraf fonem, maka bunyi a, u dan i adalah bertaraf alternasi bebas. 11

4.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN 4.1 Ciri ciri Suprasegmental dalam Bahasa Melayu Suprasegmental dalam bahasa Melayu ialah merupakan ciri-ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpang pada sesuatu fonem. Fonem ini tediri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, intonasi atau tona. 4.1.1 Tekanan Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Di dalam bahasa Melayu, tekanan berlaku dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Lazimnya, ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti kita, bapa dan satu dan seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris, tekanan boleh membezakan makna. 4.1.2 Kepanjangan Ia juga disebut sebagai pendek bunyi yang merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, tetapi tidak membezakan makna Bahasa Melayu. Ia ditanda dengan tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik, kepanjangan bunyinya setengah mora dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik :: kepanjangan ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan digunakan. Sebagai contoh, sit bermaksud duduk dan si:t bermakna tempat duduk. 12

4.1.3 Jeda Jeda disebut persendian. Unsur jeda digunakan untuk memisahakan elemen linguistik seperti kata, rangkai kata dan ayat. Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=]. Sebagai contoh lihat ayat berikut: i. [= saya minum susu lembu =] (Bermakna orang yang bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu) ii. [= saya minum susu = lembu] (Bermakna orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan bercakap, iaitu lembu bahawa dia minum susu) Lambang jeda untuk memisahkansuku kata atau perkataan ialah [+]. Dalam bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan makna. Contohnya: Berikan: ber + ikan (bermaksud mempunyai ikan) beri + kan (bermaksud menyerahkan) 4.1.4 Intonasi Intonasi juga disebut sebagai lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat pelbagai iontonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat Tanya pula meninggi apabila di akhir ayat. Sebenarnya semua jenis cirri suprasegmental, iaitu tekanan, kepanjangan, jeda dan tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan digunakan dalam pertuturan seharian. 4.1.5 Tona Merupakan satu bentuk gelombang naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona dan ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona mendatar seperti ibu. Kedua tona meninggi seperti guni. Manakala tona ketiga iaitu tona turun naik, contohnya 13

perkataan kuda dan akhir sekali tona menuruh seperti dalam perkataan marah Terdapat juga pemakaian tanda nomnor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona. Tona yang tinggi (keras) menggunakan satu, tona sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona rendah (lemah) menggunakan nombor tiga dan tona sangat rendah ( sangat lemah) menggunakan nombor empat. Oleh itu, intonasi tona samada turun naik nada suara itu digunakan dalam pengucapan ayat atau frasa. 4.2 Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan Memahami fungsi suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan amat penting bagi para guru agar dapat memberikan kefahaman yang baik kepada para murid dan seterusnya menjadikan system pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan agar apa yang disampaikan oleh guru dapat difahami dan murid boleh menggunakan cirri-ciri suprasegmental yang betul dalam penggunaan penuturan bahasa Melayu. Antara kepentingan suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan adalah seperti berikut; 4.2.1 Memahami penggunaan intonasi yang betul apabila bercakap atau berucap di kalangan orang ramai mengikut kesesuaian apa yang ingin diujarkan. Contohnya tekanan merujuk bagaimana seseorang individu itu dapat menggunakan intonasi intonasi yang betul ketika bercakap atau berucap berkenaan dengan sesuatu perkara. Lazimnya ucapan yang berunsur pengajaran biasanaya menggunakan intonasi yang lembut dan tidak keras. Manakala, dalam ucapan berunsur politik umpamanya biasanya menggunakan ujaran ujaran yang agar keras intonasinya kerana penyampaiannya agenda dan perkara yang ingin disampaikan perlu ditekankan dengan lebih baik lagi. 4.2.2 Membezakan makna ayat juga merupakan kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan. Ini bermakna para murid akan diberi kefahaman tentang perbezaan perkataan yang lazimnya mempunyai makna yang berbeza 14

tetapi mempunyai sebutan dan ejaan yang sama. Contohnya perkataan mereka merujuk kepada beberapa orang, manakala dengan ejaan yang sama mereka juga membawa makna mencipta sesuatu yang baru. Dengan mempelajari suprasegmental dalam bahasa akan memudahkan penyampaian makna yang ingin disampaikan. 4.2.3 Memudahkan kefahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran apabila mereka dapat mengetahui dan memahami perbezaan perbezaan yang wujud dalam system bahasa itu sendiri secara khusus. 15

5.0 KESIMPULAN Konklusinya, bahasa terdiri daripada makna sistematik yang dikomunikasikan melalui penggunaan bunyi-bunyi atau tanda-tanda konvensional. Bahasa terdiri daripada ujaran perkataan daripada mulut atau teks yang bertulis. Bahasa melibatkan proses kognitif dalam menghasilkan dan memahami bunyi dan sistem tanda linguistik. Bahasa sebagai alat komunikasi boleh berlaku dalam dua cara iaitu secara lisan dan tulisan. Komunikasi dua hala melibatkan penutur dan pendengar yang memerlukan kemahiran berbahasa. Penutur harus boleh bercakap dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat. Pendengar pula harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran, mendengar dengan teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan yang didengar dan seterusnya bertindak balas terhadap apa yang didengainya itu. Bahasa sebagai alat komunikasi juga melibatkan jarak tempat dan jarak masa. Dengan bantuan teknologi canggih komunikasi boleh berlaku walaupun jarak penutur dan pendengar berjauhan antara satu dengan yang lain. Selain itu, Bahasa merupakan satu sistem terdiri dari vokal dan bunyibunyi ujaran. Terdapat lambang yang arbitrari yang menjadi alat perhubungan mempunyai kaitan rapat dengan budaya tempat bahsa itu dituturkan. Bahasa sentiasa berubah-ubah serta mempunyai sifat khas dan unit. Oleh itu, amat penting untuk kita mempelajari bahasa tidak kira apa juga bentuk bahasa itu kerana dengan mempelajari dan memahami setiap system dalam bahasa itu kita dapat menyampaikan makna dengan lebih berkesan kepada penerima maklumat yang ingin disampaikan. Dalam bahasa Melayu secara amnya, mempunyai keunikan yang tersendiri apabila menyentuh berhubung dengan konsep fonologi kerana melalui pemahaman kita terhadap system fonologi bahasa secara tidak langsung ia turut dapat memperbaiki dan menggunakan bahasa Melayu yang betul dengan sebutan, bunyi, ujaran dan keperluannya mengikut kesesuaian masa dan tempat serta tujuan maklumat yang ingin disampaikan melalui penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan bahasa Melayu harus memikul tanggungjawab untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca supaya dikenali dan boleh diguna pakai oleh masyarakat dunia. 16

BIBLIOGRAFI 1. Asmah Hj Omar, Bahasa dan Pemikiran Bahasa Melayu, 1986; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2. Kamus Dewan, edisi keempat, 2007 ; Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 3. Raja Ali Haji, Kitab Pengetahuan Bahasa (Transliterasi oleh R. Hamzah), 1987; Department Pendidikan dan Kebudayaan, Pekan Baru. 4. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, Kajian Bahasa, 1986 ; Fajar Bakti, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 5. Winsted, R.O., et al, Ilmu Bahasa Melayu: Penggal 1, 1927 ; Fraser and Neave, Singapura. 6. www.ms.wikipedia.org.fonologi_bahasa_melayu.com 7. www.suriangkasa.blogspot.com.fonetikdanfonologi.my 17