Ertinya:" Dan bagi Allah atas manusia (wajib) mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang berkuasa sampai kepadanya" (surah Ali Imran ayat 97)

Σχετικά έγγραφα
Seseorang yang melakukan Umrah mesti melakukan 5 perkara Rukun iaitu : Ketika melakukan 4 rukun di atas, dia mesti melakukan 2 perkara Wajib iaitu :

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Bab 1 Mekanik Struktur

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Sebaran Peluang Gabungan

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

PANDUAN IBADAT UMRAH BERDASARKAN MADZHAB IMAM ASY SYAFI'IE

Kalkulus Multivariabel I

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Tegangan Permukaan. Kerja

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Pengantar Proses Stokastik

BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

Pengantar Proses Stokastik

Matematika

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

PEDOMAN TARAWIH DAN WITIR

PENSYARIATAN IHDAD SEBAGAI PEMBELAAN TERHADAP WANITA

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

Latihan PT3 Matematik Nama:.. Masa: 2 jam. 1 a) i) Buktikan bahawa 53 adalah nombor perdana. [1 markah]

(فقه الصيام على ضوء الشافعية)

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Kalkulus Multivariabel I

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

Jawab semua soalan. P -1 Q 0 1 R 2

A. Distribusi Gabungan

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

Uzur Yang Membolehkan Tidak Puasa Ramadhan

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA FAKULTAS PERTANIAN UNIVERSITAS SWADAYA GUNUNG JATI CIREBON

Keterusan dan Keabadian Jisim

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorder (DSM IV,1994)

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

S T A T I S T I K A OLEH : WIJAYA FAKULTAS PERTANIAN UNIVERSITAS SWADAYA GUNUNG JATI CIREBON

Mutiara Ramadhan PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

SULIT /2[PP]

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

BAB II HUKUM PUSAKA ISLAM. Cara pembahagian hukum pusaka Islam yang bersumberkan wahyu Allah SWT.

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

Ciri-ciri Taburan Normal

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

Kerajaan Arab Saudi Kementerian Pendidikan Tinggi Universiti Islam Madinah Jabatan Kajian Ilmiah Bahagian Terjemahan

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Pengantar Proses Stokastik

PERENCANAAN JALAN ALTERNATIF & PERKERASAN LENTUR TANJUNG SERDANG KOTABARU,KALIMANTAN SELATAN KM KM 7+000

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

PENDEKATAN ISTIHALAH DALAM PRODUK YANG BERUNSURKAN BABI

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Laman Web Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Agensi Di Bawah Kementerian Kewangan Bersama Membangun Negara

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

BAB II TINJAUAN ISLAM TERHADAP STATUS AGAMA DAN PENGASUHAN (CUSTODY) ANAK DI MALAYSIA

TIGA ASAS UTAMA א א. Oleh: SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB AT-TAMIMI.. (Bahasa Malaysia)

CADASTRE SURVEY (SGHU 2313)

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa 1

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

TOPIK 2 : MENGGAMBARKAN OBJEK

Pengantar Proses Stokastik

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

Pumping Lemma. Semester Ganjil 2013 Jum at, Dosen pengasuh: Kurnia Saputra ST, M.Sc

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Transcript:

Pengertian Haji Dari segi bahasa: Mengunjungi atau menziarahi tempat yang mulia. Dari segi istilah / syara`: Mengunjungi atau menziarahi Baitullah (Ka`bah) di Mekah, bagi megerjakan amal ibadat yang tertentu pada masa yang telah di tentukan dengan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syara`. Haji mula disyariatkan: Pada tahun ke 6 Hijrah Hukum mengerjakan Haji: 1- Wajib dan fardhu ain ke atas tiap-tiap orang Islam yang telah cukup syarat syarat Haji. Haji ini wajib dilakukan sekali dalam seumur hidup 2- Haji sunat dilakukan berulang-ulang. 3- Hukum bagi orang yang ingkarkan kewajipan Haji ialah murtad dan kufur 4- Wajib bagi orang yang bernazar menunaikan ibadah haji, walaupun dia telah melakukan haji sebelumnya. (Dalil Naqli) Wajib Haji :@ K?»@ Ertinya:" Dan bagi Allah atas manusia (wajib) mengerjakan haji ke Baitullah bagi sesiapa yang berkuasa sampai kepadanya" (surah Ali Imran ayat 97) 8@ K?»@ Ertinya: "Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah" (Surah Al Baqarah ayat 196) Jenis-jenis ibadat Haji itu ada tiga perkara, iaitu: i. Haji Ifrad, iaitu mengerjakan ibadat Haji dan Umrah secara berasingan, yakni dikerjakan Haji terlebih dahulu kemudian baharulah mengerjakan Umrah atau mengerjakan umrah sebelum bulan-bulan haji. ii. Haji Tamattuk, iaitu Mengerjakan ibadat Umrah terlebih dahulu dalam bulan haji, kemudia baharulah dikerjakan ibadat Haji dalam tahun yang sama. iii. Haji Qiran iaitu menunaikan ibadat Haji dan Umrah dengan sekali gus (serentak). Pendapat Mazhab Syafie 1- Tidak wajib menunaikan Haji dengan segera, tidaklah berdosa menangguh-nangguhkan Haji, asalkan dilakukan sebelum meninggal dunia. Alasannya: Haji difardhukan pada tahun ke 6 Hijrah, tetapi Nabi Muhammad s.a.w menunaikan Haji pada tahun ke 10 Hijrah.

2- Tetapi adalah digalakkan mengerjakan Haji dengan segera kerana ajal maut dan keadaan hidup diri seseorang itu tidak boleh diketahui kecuali Allah. Syarat-syarat sah Haji, ada dua, iaitu 1. Islam 2. Masa, iaitu Haji hanya sah dilakukan dari awal bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Syarat wajib Haji, ada lima, iaitu: a) Islam b) Baligh c) Berakal d) Merdeka e) Berkuasa Maksud berkuasa atau berkemampuan 1. Sihat tubuh badan dan boleh mengerjakan Haji dengan sempurna (tidak berpenyakit yang berpanjangan atau berpenyakit yang tidak ada harapan sembuh atau sudah tua).(walaubagaimanapun adalah wajib baginya mengupahkan orang lain untuk mengerjakan Haji baginya jika dia mempunyai wang). 2. Terjamin keselamatan diri dan harta didalam perjalanan. 3. Mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk dirinya semasa dalam perjalanan pergi dan balik dan semasa menunaikan fardhu Haji itu, juga untuk sara hidup dan nafkah bagi orang yang dibawah tanggungan yang ditinggalkannya. 4. Jangan ada yang menyekatnya dari pergi ke Mekah seperti Raja yang zalim melarangnya dari menunaikan Haji. 5. Bagi jemaah perempuan ditambah dengan 3 syarat: i. Mesti ada keizinan suami atau wali. ii. iii. Hendaklah ditemani oleh suami atau mahramnya atau thiqat (ditemani oleh dua orang perempuan atau lebih yang dipercayai semuanya). Tidak dalam idah kematian suaminya. Hikmah / faedah diwajibkan menunaikan ibadah Haji ke atas umat Islam. 1- Melahirkan perasaan sama rata dan silatur rahim sesama umat Islam dengan tidak mengira darjat dan keturunan. 2- Mengukuhkan ikatan perpaduan di antara umat Islam. 3- Menguatkan dan meningkatkan keimanan para jemaah haji yang diperolehi dari upacara haji dan kesan-kesan sejarah yang diambil. 4- Dapat melatih seseorang membentuk sifat sabar, belas kasihan dan tolong menolong (Melahirkan perpaduan dalam masyarakat Islam). 5- Ibadah Haji mendidik jiwa dan mengasuh rohani supaya bersifat dengan sifat mahmudah (terpuji) Melatih Umat Islam supaya berdisiplin, bertatatertib dan mengawal nafsu. 6- Dengan adanya perhimpunan di padang Arafah, mengingatkan manusia bahawa akan ada perhimpunan yang lebih besar iaitu di padang Mahsyar. 7- Dengan mengerjakan Haji seseorang itu berharap mendapat keampunan dan keredhaan Allah.

Rukun Haji Rukun Haji adalah pekerjaan-pekerjaan asasi yang mesti dilakukan oleh setiap jemaah haji, sekiranya salah satu daripadanya tidak dilaksanakan sama ada dengan sengaja atau terlupa, maka ibadat hajinya tidak sah, dan wajib menunaikan haji sekali lagi pada tahun yang lain. Rukun Haji ada 6 perkara: 1. Berniat haji dan ihram. 2. Wuquf di padang Arafah. 3. Tawaf. 4. Sa`ie 5. Bercukur atau bergunting rambut kepala. 6. Tertib. Keterangan bagi tiap-tiap perkara Rukun Haji. 1- Berniat Haji dan Ihram, iaitu berniat mula mengerjakan Haji dan lafaznya ialah: @á ákçæ¹ç çæçgâmã¼áhãwïaáèéuï?âmãêáéáà Ertinya: "Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah ta`ala". - Niat Haji hendaklah dilakukan dalam bulan Haji, iaitu dari 1 Syawal, Zulkaedah hingga 9 Zulhijjah. Atau (sebelum terbit fajar pagi 10 Zulhijjah). - Apabila seseorang itu telah berniat Ihram maka haramlah baginya mengerjakan perkara-perkara yang menjadi tegahan, seperti memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki, memotong kuku, memburu binatang dan sebagainya. 2- Wuquf di padang Arafah Wuquf dari segi bahasa ialah: berhenti. Dari segi Istilah atau syara` ialah: berada di bumi Arafah walaupun sekejap sahaja di anatara selepas tergelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah. (Walaupun dalam keadaan tidak sedar diri atau tidur). Perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa Wuquf: a) Membanyakan doa. (Memohon keampunan dan keredhaan Allah). b) Membanyakan berzikir, tasbih, tahlil dan tahmid. 3- Tawaf. Tawaf pada istilah ialah mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali keliling yang dimulai dari sudut Hajar Al Aswad dan disudahi disudut Hajar Al Aswad juga. Tawaf Haji itu terbahagi kepada lima, iaitu: a) Tawaf Ifadah (Tawaf Rukun) b) Tawaf Qudum (Tawaf selamat datang) c) Tawaf Widak (Tawaf selamat tinggal) d) Tawaf Sunat (Tawaf yang biasa, boleh dilakukannya bila-bila masa). e) Tawaf Nazar.

Syarat-syarat sah tawaf a) Hendaklah suci dari hadas dan najis. b) Hendaklah menutup aurat. c) Hendaklah dikerjakan cukup tujuh kali keliling (jika merasa syak tentang jumlah pusingan hendaklah dikira yang sedikit). d) Hendaklah dimulai dari sudut Hajar Al Aswad dengan berniat tawaf dan berakhir di tempat itu juga. e) Hendaklah dijadikan Baitullah itu pada sebelah kiri orang yang mengerjakan tawaf itu pada setiap kali pusingan. f) Hendaklah semua badan orang yang mengerjakan tawaf itu berada di luar dari bahagian-bahagian kaabah. (tidak sah tawaf jika dilakukan di bahagian kawasan Hijir Ismail dan sebagainya). g) Hendaklah tawaf itu dikerjakan di dalam Masjidil Haram. h) Hendaklah berjalan dengan tujuan tawaf semata-mata. i) Semasa mengerjakan tawaf hendaklah berjalan ke arah hadapan (tidak boleh berundur dan sebagainya). Niat Tawaf Berdiri setentang dengan Hajar Aswad mengadap Baitullah dan berniat: @ KíUáXñ?á?áÉï}è?áÉãoïAïÏá ãhákðíáç¼âæñ¹éhï±ákáèðç âçãhíláëï õ?áháxñ?ï çlãëágá?áéï}âdêõgðaðíàõeé¾âå¹? Ertinya: "Ya Allah aku Tawaf Baitullahil Haram tujuh keliling Tawaf Haji kerana Allah Taala" Istislam Hajar Aswad (atau dengan isyarat) membaca Takbir: d½?è?ð?ç?¾lg Sunat-sunat Tawaf 1. Tawaf dengan tawadu` dan khusyu`. 2. Berjalan kaki (kecuali bagi jemaah yang uzur, bolehlah diusung atau sebagainya). 3. Beridtiba` dan melakukan Ramal (berlari-lari anak) tawaf yang diiringi dengan Sa`ie ( bagi jemaah lelaki) pada pusingan pertama kedua dan ketiga. 4. Istislam Hajar Aswad dan mengucupnya (kalau tidak mampu sunat dengan isyarat tangan sahaja kemudian kucup tapak tangan) dan membaca takbir. Dan Istislam Rukun Yamani dengan tidak mengucupnya.. 5. Berturut-turut tujuh pusingan tawaf. 6. Membaca zikir dan doa. 7. Sembahyang sunat Tawaf. 4- Sa`ie Sa`ie ialah berjalan berulang alik atau berlari-lari anak di antara bukit Safa dan bukit Marwah sebanyak tujuh kali, iaitu dimulai daripada bukit Safa dan disudahi di bukit Marwah. Sa`ie dikerjakan selepas mengerjakan tawaf dan sembanhyang sunat tawaf dua rakaat. Ketika berada di bukit Safa jemaah haji hendaklah mengadap ke Baitullah sambil membaca doa dan zikir seperti berikut:

Doa ketika melalui Babus Safa (pintu Safa) untuk mengerjakan sa`ie: Âá¼áÈ@á½õÅçGá éé îáêãïaçæãëï¹á á^@ááâsïúï áhá½álã?õèï?ámãëáhñ?éuáwãâá½ï,ç?õhçódá áoãâç¼ïîáèãhá½ñ?áè@ï ét?éãõe,âæð ÉâkágáÈð?ïAádáG@á½çGðAádãGï?,å¾Ëç¹á åhç @áoáï?éãõfï?ähãëá_á ééïîák Niat mengerjakan sa`ie: @ ákçíuáxñ?áðã ákè?áéãoï?ïïá ãhákçîáèãhá½ñ?áè@ï ét?áâãëágðá ãkïaãïaâdêõgðaðíàõeé¾âå¹? Ertinya: " Ya Allah, ya Tuhanku, aku bersa`ie di antara Safa dan Marwah tujuh kali sa`ie Haji kerana Allah Taala. Kemudian naik ke anak tangga bukit Safa sambil menghadap kearah Kiblat dan mengangkat dua tangan, membaca: Apabila sampai ke bukit Marwah atau ke bukit Safa semula hendaklah membaca: d½?è??*??*?? åhç @áoáï?éãõfï?ähãëá_á ééïîákâá¼áè@á½õåçgá éé îáêãïaçæãëï¹á á^@ááâsïúï áhá½álã?õèï?ámãëáhñ?éuáwãâá½ï,ç?õhçódá áoãâç¼ïîáèãhá½ñ?áè@ï ét?éãõe,å¾ëç¹á Syarat syarat sah Sa`ie: 1- Hendaklah dikerjakan Sa`ie itu setelah selesai Tawaf Rukun atau Tawaf Qudum. 2- Hendaklah Sa`ie itu cukup tujuh kali. 3- Hendaklah Sa`ie itu dimulai dari bukit Safa dan diakhiri dibukit Marwah. 4- Hendaklah Sa`ie itu dilakukan pada jalan yang ditentukan, iaitu melalui suatu jalan yang ditetapkan yang terbentang diantara Safa dan Marwah. Sunat-sunat dalam mengerjakan Sa`ie 1. Pergi ketempat Sa`ie melalui Babus Safa. 2. Menaiki bukit Safa atau Marwah hingga sampai batu-batu bukit (bagi jemaah lelaki) 3. Menghala kearah Baitullah serat bertakbir setiap kali berada dibukit Safa dan Marwah. 4. Berlari-lari anak bagi jemaah lelaki apabila sampai di tempat yang bertanda hijau (lampu atau tiangnya). 5. Muwalat (bertutut-turut). 6. Berwudu`. 7. Berjalan, kecuali jika uzur bolehlah menggunakan kenderaan. 8. Berdoa. 5- Bercukur atau bergunting rambut kepala. Mencukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya digunting tiga helai rambut dengan apa cara sekalipun (sama ada dengan gunting, dicabut dicukur dan sebagainya, sebaik-baiknya dicukur bersih bagi lelaki) Masa bergunting atau bercukur bagi orang yang mengerjakan Haji ialah selepas melontar "Jamratul Aqabah" pada 10 Zulhijjah. Ketika hendak bercukur/bergunting sunat membaca doa ini sambil memegang rambut kepala yang hendak dicukur/gunting: @ʼCÎh? k?è@êðhàeh?èï¼@ë±? ÉÊ?gÉÀÎh oºµgº S@ dëgðlës@àçfä¾å¹??????? @?Jg

Ertinya: "Allah yang maha besar, Allah yang maha besar, Allah yang maha besar, Ya Allah inilah hujung rambutku, maka jadikanlah tiap-tiap helai rambut itu cahaya bagiku di hari qiamat, dan ampunilah dosaku, wahai Tuhan yang luas pengampunannya." 6- Tertib Rukun Haji itu hendaklah dikerjakan dengan tertib pada kebanyakkan rukun-rukun, iaitu didahulukan niat dari rukun-rukun yang lain, kemudian wuquf, kemudian Tawaf Ifadhah, kemudian didahulukan bercukur dari Sa`ie. Bagitu juga boleh didahulukan Tawaf dari Sa`ie jika jemaah itu belum mengerjakan Sa`ie selepas tawaf Qudum. (adapun diantara bercukur dengan Tawaf tidaklah wajib tertib). PERKARA-PERKARA WAJIB HAJI Pengertian Wajib Haji Beberapa perkara amalan dalam ibadat Haji yang wajib dilakukan. Sekiranya terlupa atau sengaja ditinggalkan, tidaklah batal hajinya, tetapi dikenakan membayar Dam (denda). Perkara-perkara wajib Haji 1- Berniat ihram haji dari Miqat. 2- Bermalam di Muzdalifah pada 10 Zulhijjah. 3- Melontar Jamratul Aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah. 4- Bermalam di Mina selama tiga malam iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. 5- Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. 6- Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Keterangan bagi perkara-perkara wajib Haji 1- Berniat ihram haji dari Miqat. Niat ihram haji hendaklah dilakukan di Miqat Jika seseorang melampaui sempadan miqat, hendaklah ia kembali semula ketempat Miqatnya semula untuk berniat. Jika ia tidak balik semula ketempat Miqatnya dan ia berniat disitu juga, sahlah hajinya tetapi dikenakan membayar Dam. 2- Bermalam di Muzdalifah pada 10 Zulhijjah. Pengertiannya: Berada di Muzdalifah antara tengah malam pada 10 Zulhijjah hingga naik fajar sidiq walaupun sekejap. Syarat-syaratnya: Mesti berada di bumi Muzdalifah antara tengah malam hingga naik fajar sidiq 10 Zulhijjah walaupun sekejap. a- Memadai lalu sahaja walaupun tanpa berhenti. b- Disunatkan mengutip anak-anak batu untuk melontar di Mina. c- Jika sampai di Muzdalifah sebelum tengah malam, maka jemaah haji hendaklah menunggu di sana sehingga selepas tengah malam. 3- Melontar Jamratul Aqabah di Mina pada 10 Zulhijjah. Pengertiannya: Melontar dengan tujuh biji anak batu di Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah Masanya: Apabila sahaja sampai di Bumi Mina pada bila-bila masa 10 Zulhijjah.

4- Bermalam di Mina selama tiga malam iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. - Setiap jemaah Haji wajib bermalam di bumi Mina pada tiga hari Tasyriq iaitu pada malam 11, 12 dan 13 Zulhijjah. - Memadai berada dalam kawasan tanah Mina pada sebahagian besar dari tiap-tiap malam itu - Harus meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah yang dipanggil "Nafar Awal" 5- Melontar ketiga-tiga Jamrah pada 11,12 dan 13 Zulhijjah. Pengertiannya:Melontar dengan tujuh biji anak batu diketiga-tiga Jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan mengikut syarat yang tertentu, mulai dari tergelincir matahari. Nama-nama Jamrah: a) Jamratul Ula b) Jamratul Wusta c) Jamratul Aqabah. Syarat-syarat melontar: a) Hendaklah dengan tertib iaitu dimulai melontar Jamratul Ula kemudian Wusta dan kemudian Aqabah. b) Hendaklah dengan tujuh kali lontaran pada tiap-tiap satu Jamrah. c) Hendaklah Menggunakan anak-anak batu walau apa jenis sekali pun. d) Jangan ada tujuan-tujuan lain dalam lontarannya itu.(hedaklah dengan niat semata-mata kerana Allah). e) Yakin batu yang dilontar itu masuk ke dalam Jamrah, hendaklah batu itu kena pada tempat yang dilontar iaitu dalam lingkungan. f) Hendaklah dengan cara melontar yang sebenar, tidak memadai diletakkan sahaja. g) Tidak boleh melontar untuk orang lain kecuali setelah selesai untuknya. - 70 biji anak batu diperlukan untuk kesemua Jamrah iaitu 7 biji pada hari 10 Zulhijjah, 21 biji untuk hari-hari berikutnya. - 49 biji batu jika jemaah haji itu membuat Nafar Awal. Tarikh dan bilangan lontaran: JAMRAH TARIKH JUMLAH 10 11 12 13 ULA 7 7 7 21 WUSTA 7 7 7 21 AQABAH 7 7 7 7 28 JUMLAH 7 21 21 21 70 6- Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Apabila seseorang mengerjakan haji dan telah mula berihram, maka diharamkan kepadanya melakukan perkara-perkara tertentu disepanjang masa dia berihram, sekiranya dia melanggarnya juga kenalah dia membayar Dam. Perkara-perkara larangan tersebut ialah: a) Berjima` (bersetubuh dan kelakuan-kelakuan yang mendorongkannya seperti bercumbu-cumbuan dan bergurau senda. b) Mengerjakan maksiat dan kejahatan yang boleh melalaikan seseorang menurut perintah Allah. c) Bertengkar, berkelahi dan bergaduh dengan rakan-rakan atau orang gaji. d) Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki. e) Menjalankan akad nikah untuk dirinya sendiri atau sebagai wakil orang lain dan hukum nikahnya tidak sah.

f) Memotong kuku dengan apa cara sekalipun. g) Menggugurkan rambut samada bercukur, bergunting atau mencabutnya. h) Memakai bau bauan atau minyak wangi pada badan atau pakaian bagi lelaki dan perempuan. i) Memakai pakaian yang bercelup yang berbau wangi kecuali setelah dibasuh dan hilang baunya. j) Memburu atau sengaja membunuh binatang darat. k) Makan daging binatang buruan. l) Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bai perempuan. m) Meminyakkan rambut. n) Memotong dan membinasakan pokok-pokok. TAHALLUL Pengertiannya Keluar daripada ihram haji dan boleh melakukan perkara-perkara yang diharamkan setelah selesai melakukan ibadat yang tertentu. Bahagian-bahagian Tahallul i. Tahallul Awal Keluar daripada ihram haji setelah selesai melakukan dua daripada tiga perkara iaitu: a) Melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah. b) Bercukur atau bergunting rambut, c) Tawaf Rukun (Tawaf Ifadah) SetelahTahallul Awal semua larangan semasa berihram boleh dilakukan kecuali: a) Bersetubuh. b) Berakad Nikah. c) Bergurau senda antara suami dan isteri sehingga menaikkan syahwat. ii. Tahallul Thani Keluar daripada ihram haji setelah selesai mengerjakan tiga ibadat. Setelah Tahallul Thani selesai semua larangan boleh dilakukan. Hikmat diadakan Tahallul 1. Memberi kesenangan kepada Jemaah Haji kerana semasa mengerjakan ibadat Haji yang agak panjang boleh membebankan mereka. 2. Memberi kerehatan kepada Jemaah Haji yang uzur. 3. Supaya Jemaah Haji dapat menangguhkan ibadat tawaf untuk dikerjakan dihari-hari selepas 14 Zulhijjah kerana larangan semasa ihram sudah dibebaskan

Pengertiannya Meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali lagi ke Mina. NAFAR Bahagian-bahagian Nafar 1. Nafar Awal Keluar meninggalkan Mina selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijjah sebelum jatuh matahari dengan niat tidak kembali lagi ke Mina. 2. Nafar Thani Keluar meninggalkan Mina setelah selesai melontar pada 13 Zulhijjah. Syarat-syarat Nafar Awal 1. Hendaklah keluar dari Mina selepas gelincir matahari dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijjah. 2. Telah selesai melontar diketiga-tiga Jamrah pada hari 12 Zulhijah dan hari sebelumnya. 3. Berniat tidak akan kembali lagi ke Mina. 4. Telah bermalam selama dua malam di Mina. 5. Hendaklah meninggalkan Mina besertakan niat. Hukum bernafar ialah Harus Hikamat Nafar Awal 1. Menolong golongan yang uzur supaya dapat menghabiskan Ibadat Haji dengan cepat. 2. Memberi peluang kepada Jemaah Haji memendekkan Ibadat Haji. 3. Memberi kelonggaran kepada jemaah-jemaah yang sibuk dengan urusan lain di Tanah Suci. DAM (DENDA) Pengertiannya Denda yang dikenakan ke atas orang yang sedang mengerjakan Haji kerana meninggalkan salah satu perkara wajib haji atau kerana melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Sebab-sebab dikenakan Dam 1- Meninggalkan perkara-perkara yang wajib bagi Haji dan Umrah. 2- Melakukan salah satu daripada larangan semasa dalam Ihram Haji atau Umrah. 3- Mengerjakan Haji Tamattuk dan Haji Qiran. Hikmat-hikmat dikenakan Dam 1- Untuk menguji ketabahan dan kesabaran Jemaah Haji dalam menunaikan kewajiban mereka kepda Allah. 2- Menunjukkan bahawa tiap kesalahan itu ada hukumannya. 3- Supaya manusia menunaikan Ibadat Haji dengan sempurna kerana setiap kesalahan mereka telah pun dibayar.

Jenis-jenis Dam 1. Dam Tertib dantaqdir Dam Tertib dan Taqdir hendaklah mengeluarkan jenis Dam yang pertama dahulu, tidak harus mengeluarkan jenis Dam yan kedua melainkan setelah tidak mampu mengeluarkan Dam yang pertama. Kesalahan yang dilakukan 1. Mengerjakan Haji Tamattuk. 2. Mengerjakan Haji Qiran. 3. Luput Wuquf di Arafah setelah berniat. 4. Meninggalkan melontar Jamrah. 5. Meninggalkan bermalam di Muzdalifah. 6. Meninggalkan bermalam di Mina. 7. Tidak berniat ihram di Miqat. 8. Meninggalkan Tawaf Wida. 9. Menyalahi nazar dalam hal mengerjakan haji, seperti seorang bernazar hendak naik haji dengan kapal laut tetapi dia pergi dengan kapal terbang. Dam yang dikenakan a) Menyemeblih seekor kambing atau 1/7 bahagian daripada unta lembu atau binatang yan sebanding dengannya. b) Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 10 hari, iaitu tiga hari pada masa haji dan 7 hari setelah pulang ke tanah air. 2. Dam Tertib dan Takdil Dam Tertib dan Takdil hendaklah dikeluarkan denda ini mengikut tertiib dan susunan, jika tidak mampu untuk membayar denda yang pertama, bolehlah dikeluarkan denda yang kedua dan seterusnya, tetap mengikut nilaian atau harga denda yan pertama. Kesalahan yang dilakukan 1- Melakukan persetubuhan (Hajinya Batal) dan Dam yang dikenakan : a) Menyembelih seekor unta, atau b) Menyembelih seekor lembu, atau c) Menyembelih 7 ekor kambing, atau d) Membeli makanan dengan nilai seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Mekah, atau e) Berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta. 2- Kena tahan ditengah jalan sehingga dia tidak dapat masuk ke Mekah dan Dam yang dikenakan: a) Menyembelih seekor kambing, kemudian hendaklah bercukur atau berguntin (bertahallul). b) Jika tidak berkuasa, hendaklah dibeli makanan dengan nilai seekor kambing dan dibahagikan kepada fakir miskin. c) Jika berkuasa, hendaklah berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor kambing.

3. Dam Takhyir dan Takdil Dam Takhyir dan Takdil merupakan Dam yang diperbolehkan memilih satu daripada perkara-perkara yang ditetapkan. Kesalahan yang dilakukan 1- Memburu binatang buruan. 2- Menebang atau mencabut pokok di dalam Tanah Haram. (kecuali pokok yang mati kering) Dam yang dikenakan a) Menyembelih binatang bandingan dengan binatang yang boleh dibuat korban seperti kijang dengan kambing, kasawari dengan unta, rusa dengan lembu dan sebagainya. b) Membeli makanan asasi yang sama nilainya dengan harga binatang bandingan dan disedekahkan kepada fakir miskin. c) Berpuasa beberapa hari mengikut bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan harga binatang bandingan. (secupak menyamai sehari). 4. Dam Takhyir dan Taqdir Dam Takhyir dan Taqdir membolehkan memilih mana-mana satu jenis Dam dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. Kesalahan yang dilakukan 1- Memakai pakaian yang berjahit bagi lelaki. 2- Menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka bagi perempuan. 3- Membuang atau menggugurkan rambut atau bulu dari badan. 4- Memotong kuku dengan apa cara sekali pun. 5- Memakai bau-bauan atau minyak wangi. 6- Meminyakkan rambut. 7- Bertengkar atau bergaduh. 8- Bercakap dengan perkataan-perkataan yang kotor. 9- Melakukan kelakuan-kelakuan yang mendorongkan persetubuhan seperti bergurau senda dan bercumbu-cumbuan. Dam yang dikenakan a) Menyembelih seekor kambing, atau b) Bersedekah tiga cupak makanan, atau c) Berpuasa tiga hari.

Pengertian UMRAH Mengunjungi Baitullah pada bila-bila masa sahaja untuk melakukan ibadat-ibadat yang tertentu. Hukum Hukum mengerjakan Umrah adalah wajib ke atas umat islam yang cukup syarat, seumur hidup sekali. (sama dengan Haji) Dalil wajib umrah: 8@ K?»@ Ertinya: "Tunaikanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah". Îh½?ÈU??É?È Rukun Umrah Ada 5 perkara: 1. Berniat Ihram Umrah Lafaz niatnya: @ KÎh½ @G?hWÙ?MÊÉÀ Ertinya "Sahaja aku berihram dengan umrah kerana Allah Taala. 2. Tawaf mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali. 3. Saie berulang alik diantara Bukit Safa dan Marwah. 4. Bercukur atau bergunting rambut kepala. 5. Tertib pada kebanyakkan rukun. Perkara wajib Umrah Perkara wajib umrah ada dua perkara 1- Berniat Ihram Umrah dari miqat. 2- Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Perbezaan antara Haji dan Umrah Haji Umrah 1- Ibadat yang diwajibkan hanya sekali sahaja dalam setahun pada waktu yang ditetapkan. 2- Rukun haji ada enam. 3- Dikerjakan dalam bulan-bulan haji iaitu antara 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah. 4- Hukumnya wajib dikerjakan sekali dalam seumur hidup dan sunat jika berulang-ulang. 1- Amalan yang harus dikerjakan berkali-kali dalam sehari. 2- Ada lima rukun sahaja iaitu tidak ada wuquf di Arafah. 3- Dikerjakan pada bila-bila masa. 4- Hukumnya wajib dikerjakan sekali dalam seumur hidup dan sunat jika berulang-ulang.

MIQAT Pengertiannya Dari segi bahasa: Permulaan atau Sempadan Dari segi istilah: Sempadan masa atau tempat untuk memulakan niat haji atau umrah. Bahagian-bahagian Miqat 1- Miqat Zamani (Sempadan masa bagi memulakan niat Haji dan Umrah). i. Miqat Zamani bagi Haji : Mualai 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah. ii. Miqat Zamani bagi Umrah: Bila-bila masa kecuali ketika jemaah haji berada di Mina. 2- Miqat Makani (Sempadan tempat). Zulhulaifah/Bir Ali ήαδϔθϡτϟϭϋ ϰϡϋ Miqat bagi jemaah haji yang tiba dari Madinah. i. Yalamlam ϢϠϤϠϳ Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Asia Tenggara, Negeri-negeri di Timur jauh dan Yaman. ii. Juhfah ΔϔΤΟ Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Syam (Syria), Mesir, Maghribi, Sepanyol dan lain-lain lagi. iii. Qarnun ϥήϗ Bagi mereka yang datang dari Najjad. iv.zatul Irqin ϕήϋεϋ Bagi mereka yang datang dari Iraq dan negeri-negeri yang di sebelah timurnya. Bagi mereka yang sudah tinggal di Mekah termasuk penduduk Tanah Haram (penduduk Mekah) Haji : Dikediaman masing-masing. Umrah : Keluar ke tanah halal iaitu Tana`im atau Ja`ranah. Bagi mereka yang tidak ada Miqat Di Miqat yang dilaluinya. CARA MENGERJAKAN HAJI YANG LENGKAP Bil Waktu Ibadat yang dilakukan 1 1 Syawal 9 Zulhijjah Niat Haji dan berihram dengannya di Miqat 2 9 Zulhijjah Wuquf di padang Arafah antara gelincir matahari 9 zulhijjah hingga naik fajar sidiq 10 Zulhijjah. 3 Malam 10 Zulhijjah Berada di Muzdalifah selepas tengah malam (walaupun lalu sahaja sebelum naik fajar sidiq) 4 10 Zulhijjah Setelah sampai ke Mina terus sahaja melontar di Jamratul Aqabah dan selepas itu boleh bercukur untuk Tahalul Awal. 5 Malam 11,12 & 13 Zulhijjah Bermalam di Mina 6 Siang 11,12 & 13 Zulhijjah Melontar Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah. Pada 12 Zulhijjah boleh melakukan Nafar Awal. Dan 13 Zulhijjah Nafar Thani 7 14 Zulhijjah atau selepasnya Tawaf Ifadah atau rukun (boleh dilakukan juga pada 11,12 & 13 Zulhijjah). 8 14 Zulhijjah Saie (boleh dilakukan sebelum wukuf bagi yang mengerjakan Haji Ifrad).

BEBERAPA MASALAH MENGENAI HUKUM HAJI 1- Orang mati yang ada Qadha Haji Barangsiapa yang mati dan ada qada haji wajib yang belum disempurnakan atau haji yang dinazarkan, maka wajiblah keluarganya/penjaganya/warisnya mengupah orang membuat haji bagi pihaknya, dengan mengambil dari harta pusaka simati ataupun keluarga/warisya itu sendiri membuat haji bagi pihaknya dengan menggunakan harta puasaka simati. 2- Mengerjakan Haji bagi pihak orang lain Barangsiapa yang berkuasa dan telah cukup syarat untuk mengerjakan haji, kemudian uzur dan tidak berkuasa pergi ke Baitullah disebabkan sakit atau tua, maka wajiblah ia mengupahkan orang lain untuk mengerjakan haji bagi pihaknya. 3- Bernazar untuk mengerjakan Haji Barangsiapa yang benazar untuk mengerjakan haji, tetapi dia belum menunaikan haji yang wajib ke atas dirinya maka sahlah baginya kedu-dua jenis haji itu sekiranya dia pergi menunaikannya. 4- Hukum amalan Haji kanak-kanak dan hamba sahaya Tidak wajib haji ke atas hamba sahaya dan kanak-kanak, tetapi jika kedua-duanya itu menunaikan haji maka hukum hajinya adalah sah, tetapi tidak melepaskan kewajiban haji ke atasnya. Maka wajiblah ia mengerjakan haji sekali lagi iaitu apabila sudah baligh bagi kanak-kanak dan apabila sudah merdeka bagi hamba sahaya. 5- Hukum amalan Haji bagi orang perempuan Wajib ke atas perempuan menunaikan fardhu haji sebagaimana yang talah diwajibkan ke atas laki-laki dengan syarat-syarat yang telah disebutkan dahulu. MENZIARAHI MADINAH Hukum menziarahi Madinah (Makam Nabi Muhammad s.a.w) adalah sunat sahaja tidak termasuk dalam amalan haji. Maka seseorang itu bolehlah melakukannya jika ada masa yang terluang samada sebelum atau sesudah meneyempurnakan semua pekerjaan haji. Adab ziarah dan masuk Masjid Nabi 1- Sunat masuk masjid dengan keadaan hormat, tertib dan perlahan-lahan, memakai bau-bauan yang wangi dengan pakaian yang indah dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan sambil membaca doa. 2- Sunat membanyakkan membaca selawat atas Nabi s.a.w sepanjang jalan. 3- Sunat terus menujun ke Raudhatul As Syarifah terlebih dahulu dan mengerjakan sembahyang tahyatul masjid. 4- Setelah selesai sembahyang, sunat menuju kemakam Rasulullah. Dengan hati yang penuh khusuk, tawaduk sambil memberi salam kepada baginda. 5- Selepas itu bergerak ke kanan untuk memberi salam kepada Sayyidina Abu Bakar.

6- Kemudian bergerak ke kanan lagi dan memberi salam kepada Sayyidina Omar. 7- Setelah itu hendaklah mengadap qiblat dan berdoa. 8- Selama berada di Madinah sunat seseorang itu menghadiri sembahyang berjemaah di Masjid Nabawi. 9- Ketika hendak meninggalkan Madinah, sunat bagi seseorang itu memberi selamat tinggal kepada Rasulullah s.a.w (Ziarah Wida`) SEMBELIHAN ERTI SEMBELIHAN Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan benda yang tajam selain kuku, gigi dan tulang dengan tujuan memakan dagingnya. Semua binatang yang halal dimakan wajib disembelih dahulu sebelum dimakan kecuali ikan dan belalang. JENIS-JENIS SEMBELIHAN 1- Sembelihan biasa 2- Sembelihan Dam (wajib) 3- Sembelihan Korban (sunat) 4- Sembelihan Akikah 5- Sembelihan Nazar. Adapun bagi sembelihan Korban, Akikah atau Dam hanya sah dengan binatang An`am iaitu unta, lembu atau kerbau dan kambing. Dan yang paling afdhal sekali ialah unta kemudian lembu dan kemudian kambing. DALIL SEMBELIHAN? ÆGºW?@¼ÈhÊjÁ?¾È d?èïlë?¾µë¹ M¼hW Ertinya: "Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah, daging babi dan apa jua yang disembelih selain dari kerana Allah." SYARAT-SYARAT SAH SEMBELIHAN 1- Hendaklah dilakukan oleh orang Islam. 2- Hendaklah dengan niat sembelihan 3- Hendaklah putus urat halkum dan urat mareh 4- Hendaklah dengan benda yang tajam kecuali kuku, gigi dan tulang 5- Binatang yang halal dimakan 6- Binatang itu masih hidup 7- Hendaklah mati sekali sembelihan sahaja

8- Tujuan sembelihan kerana Allah bukan dengan tujuan lain 9- Tidak dalam ihram haji atau umrah bagi binatang buruan. PERKARA SUNAT KETIKA SEMBELIHAN 1- Dimulakan dengan membaca Bismillah 2- Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w 3- Menghadap qiblat dan baringkan atas rusuk kiri 4- Menggunakan alat yang tajam 5- Putus urat mareh dikiri dan kanannya supaya segera mati. HIKMAT SEMBELIHAN 1- untuk mengelakkan kita makan daging yang sudah busuk kerana tidak disembelih ( bangkai) 2- Binatang yang mati tanpa sembelih mungkin mempunyai penyakit tertentu yang memberi kemudaratan kepada manusia 3- Darah binatang yang disembelih telah keluar dari badannya (darah yang mengandungi kuman). 4- Mematikan binatang itu dengan cepat dan segera dan tidak menyeksa binatang tersebut. BINATANG YANG HARAM DIMAKAN 1- Binatang yang mencari makan dengan menggunakan taring seperti hrimau. 2- Binatang yang mencari makan dengan menggunakan kuku seperti helang 3- Binatang yang makan benda-benda najis seperti biawak 4- Binatang yang hidup dua alam (air dan darat) seperti katak dan buaya. 5- Binatang yang najis pada syara` iaitu anjing dan babi 6- Binatang yang mengandungi racun seperti ular. 7- Binatang-binatang yang disuruh oleh Islam membunuhnya seperti tikus, cicak, lipan dan sebagainya. BEBERAPA MASALAH SEMBELHAN 1- Binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya kerana terperesok atau terjatuh dalam perigi, maka harus disembelih dimanamana bahagian badan dengan diyakini dapat dimatikan. 2- Binatang yang kena tembak (tanpa sembelih) haram dimakan mengikut mazhab Syafi`e tetapi mazahab-mazhab lain mengharuskannya dengan syarat ada niat sembelihan ketika menembaknya. 3- Binatang yang mati kerana ditangkap oleh anjing pemburu yang terlatih ( anjing pemburuan yang dilatih sehingga ia tahu memilih mana binatang yang halal) maka halal dimakan tanpa disembelih. 4- Binatang yang mati kena panah pemburu adalah halal dimakan. 5- Halal dimakan anak yang berada didalam perut ibunya yang telah disembelih. 6- Makruh hukumnya orang perempuan menyembelih binatang tetapi sembelihannya adalah sah.

SEMBELIHAN KORBAN Pengertiannya Menyembelih binatang yang tertentu ( Al An`am) pada hari raya haji dan hari-hari tasyrik kerana beribadat kepada Allah s.w.a. Hukum Sunat muakad, dan wajib bagi sesiapa yang bernazar dengannya. Dalil korban Ertinya: Hendaklah engkau sembahyang kepada tuhan engkau (Allah) dan berkorbanlah kepadanya. Waktu korban Bermula daripada selepas sahaja naik matahari 10 Zulhijjah (Hari Raya Korban Pertama)kira-kira sekadar matahari setinggi satu galah (kira-kira selesai Sembahyang Hari Raya) hingga jatuh matahari pada 13 Zulhijjah. Hikmat Korban 1- Untuk menanamkan sifat sanggup berkorban apa saja demi menyahut perintah Allah dengan mencontohi pengorbanan Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya Nabi Ismail. 2- Melatih diri dengan pengorbanan, untuk menegakkan agama Islam yang memerlukan pengorbanan seluruh jiwa dan harta benda kerana Allah. 3- Korban menghilangkan perasaan bakhil dan kedekut yang selalu ada dijiwa manusia terutamanya pada orang-orang kaya. 4- Untuk memberi pertolongan kepada fakir miskin supaya mereka dapat bersama-sama bergembira pada Hari Raya Korban (Haji). 5- Korban mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam. 6- Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah atas rezeki yang dikurniakan. Syarat-syarat sah korban 1- Binatang itu hendaklah terdiri daripada binatang ternakan yang dietapkan iaitu binatang An`am seperti unta, kerbau dan kambing. 2- Binatang itu tidak mempunyai aib (cacat) yang boleh mengurangkan sesuatu yang dimakan daripadanya. 3- Binatang itu hendaklah cukup umur iaitu: a) Kambing biri-biri setahun lebih dan kambing biasa dua tahun lebih. b) Lembu dan kerbau dua tahun lebih.

c) Unta lima tahun lebih. 4- Hendaklah korban dilakukan didalam waktu yang ditetapkan oleh syarak. 5- Hendaklah diniatkan ketika menyembelih. 6- Hendaklah sembelihan itu sah menurut syarat-syarat sembelihan. Sunat-sunat korban 1- Binatang yang gemuk dan sihat. 2- Disembelih oleh orang yang membuat korban itu sendiri. 3- DIsembelih pada siang hari. 4- Dengan pisau yang tajam. 5- Dilakukan selepas sembahyang hari raya. 6- Membaca Bismillah. 7- Bertakbir selepas sembelihan. 8- Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 9- Menghadap qiblat. 10- Merehatkan binatang korban ditempat yang lembut. 11- Tidak mengasah pisau dihadapan binatang korban yang akan disembelih. HUKUM DAGING KORBAN Korban Wajib (Nazar) Wajib disedekahkan semuanya kepada fakir Miskin. Korban Sunat Wajib disedekahkan sebahagiannya kepada fakir miskin dan sunat bagi yang berkorban memakan sedikit daripada daging korban tersebut. Daging Korban haram dimakan oleh orang kafir. Cara pembahagian daging korban Ada dua cara 1- Disedekahkan kepada fakir miskin kesemuanya kecuali sedikit sahaja diambil oleh orang yang berkorban (kadar beberapa suap). 2- Dibahagikan kepada tiga: i. 1/3 untuk fakir miskin ii. 1/3 untuk orang kebanyakkan (bukan fakir miskin). iii. 1/3 untuk orang yang berkorban.

`AKIKAH Pengertiannya `Akikah itu ialah menyembelih binatang yang tertentu pada hari bercukur rambut kanak-kanak yang baru lahir. Hukum melakukan `Akikah adalah sunat muakad. Masa untuk melakukan `Akikah itu ialah pada ketika anak itu dilahirkan dan yang lebih afdhal ialah pada hari ketujuh kelahiran anak tersebut. Syarat-syarat `Akikah a) Binatang yang dijadikan `Akikah itu mestilah binatang an`am. b) Bintang tersebut tidak cacat. c) Binatang itu sudah cukup umurnya. d) Berniat `Akikah semasa menyembelih binatang tersebut. e) Hendaklah mengikut syarat-syarat sah sembelihan. Kadar jumlam binatang yang dijadikan `Akikah itu adalah seperti berikut: i. Bagi anak lelaki 2 ekor kambing atau 2/7daripada unta atau kerbau/lembu. ii. Bagi anak perempuan, seekor kambing atau 1/7 kerbau/lembu.