SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA Prof. Madya Dr. Mohd Zainudin Saleh mzsaleh@ukm.my www.ukm.my/zainudin 29/01/2004 Kuliah 12 1
MAKROEKONOMI TERBUKA Bila sesuatu ekonomi dibuka kepada dunia luar maka sekurang-kurangnya akan berlaku; 1. Aliran keluar masuk barang-barang dan perkhidmatan Eksport, Import & Bayaran Pindahan. 2. Aliran keluar masuk modal dan aset kewangan pelaburan langsung asing & pelaburan portfolio asing. 29/01/2004 Kuliah 12 2
MAKROEKONOMI TERBUKA y = c + i + g + x - m (1) c = c( y - t [ y ]) (2) i = i( r ) (3) g = g (4) x = x( P, E ), x 0, x o < (5) P E > m = m( y, P, E ), m,m 0,m o > (6) y P E < P = EP f (7) Kadar pertukaran (E) = harga seunit matawang asing dalam sebutan matawang dalam negeri. 29/01/2004 Kuliah 12 3
IMBANGAN PEMBAYARAN Imbangan pembayaran biasanya didefinisikan sebagai penyata mengenai semua urusniaga di antara penduduk sesuatu negara dengan penduduk negara-negara lain yang biasanya merangkumi jangkamasa setahun. 29/01/2004 Kuliah 12 4
Jadual 1 Butiran Asas Imbangan Pembayaran Akaun Semasa 1. Eksport Barangan 2. Import Barangan 3. Eksport Perkhidmatan 4. Import Perkhidmatan 5. Bayaran Pindahan Bersih Akaun Modal 6. Aliran Modal Jangka Panjang 6.1 Pelaburan Langsung Asing 6.2 Pelaburan Portfolio Jangka Panjang 7. Aliran Modal Jangka Pendek 7.1 Pelaburan Portfolio Jangka Pendek 7.2 Kesilapan dan Ketinggalan Akaun Rizab Antarabangsa 8.1 Matawang Asing 8.2 Emas 8.3 Hak Pengeluaran Khas 29/01/2004 Kuliah 12 5
Jadual 2 Imbangan Pembayaran Malaysia Perkara 1994 I. BARANG-BARANG 2 (a) Eksport (f.o.b) (b) Import (f.o.b) (a-b) Imbangan dagangan II. PERKHIDMATAN (bersih) Tambang dan insurans Lain-lain pengangkutan Perjalanan Pendapatan pelaburan 3 Urus niaga Kerajaan t.t.l.t. 4 Lain-lain perkhidmatan Imbangan perkhidmatan 148,611 144,941 + 3,670-7,154 + 257 + 3,866-8,896-22 - 3,723-15,672 IMBANGAN BARANG-BARANG DAN PERKHIDMATAN - 12,002 III. PINDAHAN (bersih) + 400 IMBANGAN BARANG-BARANG, PERKHIDMATAN DAN PINDAHAN - 11,602 IV. MODAL JANGKA PANJANG (bersih) Modal jangka panjang rasmi Pinjaman Kerajaan Persekutuan 5 Pinjaman PABK 6 Lain-lain 7 Modal jangka panjang swasta + 452 (- 4,757) (+ 5,367) (- 158) (+13,000) IMBANGAN MODAL JANGKA PANJANG +13,452 IMBANGAN ASAS + 1,850 V. MODAL KEWANGAN SWASTA DAN URUSNIAGA TIDAK DIREKOD (bersih) Bank-bank perdagangan 8 Lain-lain 9 Kesilapan dan ketinggalan, termasuk lain-lain modal jangka pendek - 16,967 + 2,215 + 4,640 IMBANGAN KESELURUHAN (lebihan + /kurangan -) - 8,262 VI. PERUNTUKAN HAK-HAK PENGELUARAN - KHAS (SDR) VII. SUMBER DARIPADA IMF - VIII. PERUBAHAN DALAM RIZAB BERSIH BANK NEGARA MALAYSIA (bertambah -/berkurang +) 8,262 Hak-hak pengeluaran khas Kedudukan rizab dengan IMF Emas dan pertukaran wang asing 20 Sumber: Bank Negara Malaysia, Buletin Sukutahunan, 1999. (- 23) (- 184) (+ 8,469) 29/01/2004 Kuliah 12 6
ALIRAN MODAL ANTARABANGSA Biasanya aliran masuk-keluar modal dikaitkan dengan kadar bunga dalam negeri, kadar bunga luar negeri dan kadar pertukaran. Kadar bunga dalam negeri biasanya merupakan proksi terhadap pulangan daripada pelaburan dalam negeri dan kadar bunga luar negeri merupakan proksi terhadap pulangan daripada pelaburan di luar negeri. Ini bererti bahawa kenaikan kadar bunga dalam negeri menggalakkan aliran masuk modal dan mengurangkan aliran keluar modal. Sebaliknya kenaikan kadar bunga luar n egeri menggalakkan aliran keluar modal dan mengurangkan aliran masuk modal. Bila kadar pertukaran jatuh, yang bererti harga matawang tempatan naik, maka pelabur-pelabur asing yang hendak melabur ke dalam negeri memerlukan lebih banyak matawang mereka untuk ditukarkan dengan matawang tempatan. Ini bererti kejatuhan kadar pertukaran atau kenaikan harga matawang tempatan mengurangkan aliran masuk modal dan kenaikan kadar pertukaran menggalakkan aliran keluar modal. Jika h adalah aliran masuk modal bersih maka; h = f = h( r,r f ( r,r Dh,E ), Dr Dh 0, Dr Dh 0, DE f > < > f atau Df Df,E ), < 0, Dr Dr Df 0, DE f > < f dengan f = aliran keluar modal bersih, atau f = -h 29/01/2004 Kuliah 12 7 0 0
r r BP f y x-m x-m x-m=f f y Rajah 1 Penerbitan Fungsi Imbangan Pembayaran (BP) 29/01/2004 Kuliah 12 8
DEFINISI FUNGSI BP Satu keluk/lokus titik-titik yang menggambarkan keadaan imbangan pembayaran sentiasa seimbang pada berbagai kombinasi kadar bunga dan pendapatan. Keseimbangan imbangan pembayaran berlaku pada kombinasikombinasi kadar bunga relatif dan pendapatan relatif yang rendah atau kadar bunga relatif dan pendapatan relatif yang tinggi. 29/01/2004 Kuliah 12 9
KENAPA FUNGSI BP BERCERUN POSITIF? Keseimbangan imbangan pembayaran berlaku pada kombinasi-kombinasi kadar bunga relatif dan pendapatan relatif yang rendah atau kadar bunga relatif dan pendapatan relatif yang tinggi. INI KERANA: pendapatan yang tinggi menyebabkan eksport bersih menjadi rendah dan dengan ini keseimbangan imbangan pembayaran memerlukan aliran keluar modal bersih yang rendah yang mana dapat dicapai dengan kadar bunga dalam negeri yang tinggi. atau kadar bunga dalam negeri yang rendah menyebabkan aliran keluar modal bersih yang tinggi. Jadi keseimbangan imbangan pembayaran memerlukan eksport bersih yang tinggi. Ini dapat dicapai dengan paras pendapatan yang rendah. 29/01/2004 Kuliah 12 10
SEBARANG TITIK DI ATAS FUNGSI BP MENGGAMBARKAN IMBANGAN PEMBAYARAN SEIMBANG Sebarang titik si belah atas dari fungsi ini menggambarkan imbangan pembayaran lebihan kerana pada setiap kadar bunga yang sama kita dapati paras pendapatan adalah terlalu rendah. Ini menyebabkan import terlalu rendah yang bererti eksport bersih atau imbangan akaun semasa terlampau tinggi dari sepatutnya. Sebaliknya sebarang titik di sebelah bawah dari fungsi ini menggambarkan imbangan pembayaran defisit kerana pada setiap kadar bunga yang sama tingkat pendapatan terlampau tinggi yang menyebabkan tingkat import terlampau tinggi dan seterusnya menyebabkan eksport bersih terlampau rendah. Hujah dapat juga dikemukakan dari segi imbangan akaun modal. Pada sebarang titik di sebelah atas dari fungsi imbangan pembayaran kita dapati pada setiap tingkat pendapatan yang sama, kadar bunga dalam negeri adalah terlalu tinggi. Ini menyebabkan lebihan dalam aliran masuk modal bersih. Sebaliknya pada sebarang titik di sebelah bawah dari fungsi imbanganpembayaran kita dapati pada setiaptingkat pendapatan yang sama kadar bunga terlalu rendah yang menyebabkan kurangan dalam aliran masuk modal bersih 29/01/2004 Kuliah 12 11
ANJAKAN FUNGSI IMBANGAN PEMBAYARAN Antara Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Akaun Semasa (a) Perubahan Harga Dalam Negeri. (b) Perubahan Harga Luar Negeri. (c) Perubahan Kadar Pertukaran Asing. (d) Perubahan eksogen yang lain. 29/01/2004 Kuliah 12 12
ANJAKAN FUNGSI IMBANGAN PEMBAYARAN Antara Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Akaun Modal (a) Perubahan Kadar Bunga Luar Negeri. (b) Perubahan Kadar Pertukaran Asing (c) Perubahan eksogen yang lain. 29/01/2004 Kuliah 12 13
r r BP(x 0 -m 0 ) BP(x 1-m 1) f y x-m x-m x-m=f x 1 -m 1 x 0 -m 0 45 0 f y Rajah 2 Anjakan Fungsi BP Akibat Kenaikan Eksport Bersih 29/01/2004 Kuliah 12 14
r r f0(r) f1(r) BP(f0) BP(f 1 ) f y x-m x-m x-m=f f y Rajah 3 Anjakan Fungsi BP Akibat Kenaikan Aliran Masuk Modal Bersih 29/01/2004 Kuliah 12 15
PASARAN PERTUKARAN ASING Satu pasaran di mana urusniaga pertukaran (jualbeli) sesuatu matawang dengan matawang lain dilakukan. Urusniga pertukaran asing tidak mempunyai tempat khusus; ianya boleh berlaku di antara bank dengan bank, individu dengan bank, individu dengan individu. Pada masa sekarang banyak urusniaga pertukaran asing dilakukan melalui telefon atau alat-alat perhubungan elektronik lain. 29/01/2004 Kuliah 12 16
KADAR PERTUKARAN ASING Kadar pertukaran asing ialah nilai/harga sesuatu matawang dalam sebutan matawang lain. Ada 2 kaedah mengungkapkan kadar pertukaran; 1. Nilai/harga matawang tempatan dalam sebutan matawang asing 2. Nilai/harga matawang asing dalam sebutan matawang tempatan 29/01/2004 Kuliah 12 17
DUA AKTIVITI YANG BERKAITAN DENGAN PASARAN PERTUKARAN ASING 1. Perdagangan antarabangsa Eksport barang & Perkhidmatan Import Barang & Perkhidmatan Bayaran Pindahan 2. Pelaburan fisikal/kewangan antara bangsa Pelaburan portfolio antarabangsa Pelaburan langsung asing* 29/01/2004 Kuliah 12 18
PERHUBUNGAN DI ANTARA PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN PELABURAN ANTARABANGSA DENGAN PASARAN PERTUKARAN ASING Aktiviti Urusniaga Permintaan Ringgit Malaysia (D RM ) Penawaran Ringgit Malaysia (S RM ) Permintaan Yen Jepun (D J ) Penawaran Yen Jepun (S J ) Eksport Malaysia ke Jepun atau Import Jepun dari Malaysia mencipta v v Import Malaysia dari Jepun atau Eksport Jepun ke Malaysia mencipta Pelaburan Rakyat Jepun di Malaysia mencipta Pelaburan Rakyat Malaysia di Jepun mencipta JUMLAH v Jumlah D RM v v Jumlah S RM v v Jumlah D J v Jumlah S J 29/01/2004 Kuliah 12 19
KELUK-KELUK PERMINTAAN DAN PENAWARAN MATAWANG Permintaan terhadap ringgit mencipta penawaran yen atau sebaliknya permintaan terhadap yen mencipta penawaran ringgit. Bagi setiap permintaan sesuatu matawang maka wujud penawaran matawang yang berkaitan dengan urusniaga berkenaan atau sebaliknya bagi setiap penawaran sesuatu matawang maka wujud permintaan matawang yang berkaitan dengan urusniaga berkenaan. 29/01/2004 Kuliah 12 20
R = 1 E E D RM S RM D JY S JY 1 R 1 = E1 E 2 R 0 = R 2 = 1 E0 1 E2 E 0 E 1 Q 0 Q RM R 0 Q 0 Q JY Pasaran Ringgit Pasaran Yen Rajah 4 Penentuan Kadar Pertukaran Keseimbangan - Pasaran Pertukaran Ringgit Dan Yen 29/01/2004 Kuliah 12 21
KADAR PERTUKARAN BENAR Kadar pertukaran asing benar ialah satu petunjuk terhadap harga relatif semua barang yang dikeluarkan dalam sesuatu negara (contohnya Jepun) dalam sebutan semua barang yang dikeluarkan dalam negara lain (contohnya Malaysia). 29/01/2004 Kuliah 12 22
CONTOH PENGIRAAN KADAR PERTUKARAN BENAR Contoh Satu Barang Jepun mengeluarkan Honda Harga J 10,000,000.00 Malaysia mengeluarkan Proton Harga RM50,000.00 RM Kadar pertukaran, E = 0. 01 Ł JY ł» Harga Honda dalam RM = 0.01xJ 10,000,000.00=RM100,000.00» Harga Honda dalam sebutan Proton = 100,000.00/50.000.00 = 2» Kadar pertukaran benar di antara RM dan JY = 2 Contoh Banyak Barang Kadar pertukaran benar, iaitu harga barang Jepun dalam sebutan barang Malaysia (e); e = EP f P apabila P ialah pendeflasi KDNK di Malaysia, P f ialah pendeflasi KDNK di Jepun dan E sebagai kadar pertukaran nominal (harga yen dalam sebutan ringgit). Naiknilai benar (real appreciation) =Kenaikan harga relatif barang - barang dalam negeri dalam sebutan barang-barang luar negeri. Susutnilai benar (real depreciation) = Kejatuhan harga relatif barang - barang dalam negeri dalam sebutan barang-barang luar negeri. Kerana kadar pertukaran benar mengukur harga barang-barang luar negeri dalam sebutan barang-barang dalam negeri maka ini bererti naiknilai benar adalah sama dengan kejatuhan e dan susutnilai benar adalah dengan kenaikan e. 29/01/2004 Kuliah 12 23
KESEIMBANGAN DALAMAN DAN LUARAN Titik persilangan di antara keluk-keluk IS dan LM menggambarkan keseimbangan dalaman (internal balance). Sebarang titik di sepanjang keluk BP menggambarkan keseimbangan luaran (external balance). Jika titik persilangan keluk-keluk IS & LM berada di sebelah kanan/bawah daripada keluk BP bererti keseimbagnan dalaman tercapai ketika imbangan pembayaran defisit. Jika titik persilangan keluk-keluk IS & LM berada di sebelah kiri/atas daripada keluk BP bererti keseimbagnan dalaman tercapai ketika imbangan pembayaran lebihan. 29/01/2004 Kuliah 12 24
r r IS LM IS LM BP E 0 BP E 0 y y Keseimbangan Dalaman Ketika Imbangan Pembayaran Defisit Keseimbangan Dalaman Ketika Imbangan Pembayaran Lebihan Rajah 5 Keseimbangan Dalaman dan Luaran 29/01/2004 Kuliah 12 25
SEKIAN TERIMA KASIH 29/01/2004 Kuliah 12 26