BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

Σχετικά έγγραφα
KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Bab 1 Mekanik Struktur

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KT/ERT/PN/PK

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Sebaran Peluang Gabungan

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Matematika

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Ciri-ciri Taburan Normal

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1 DCV 2 PENSYARAH: EN. MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDULLAH

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA PENILAIAN AKHIR SEMESTER 3 SESI 1/2014 TEKNOLOGI ELEKTRIK Kertas Teori Mei

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN MASALAH

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

TOPIK 2 : MENGGAMBARKAN OBJEK

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Tegangan Permukaan. Kerja

REKABENTUK LITAR HIDRAULIK. Objektif Am : Merekabentuk dan menerangkan pembinaan litar asas hidraulik secara praktikal.

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 1.2 PENYATAAN MASALAH

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

MODUL 3 : KERTAS 2 Bahagian A [40 markah] (Jawab semua soalan dalam bahagian ini)

Latihan PT3 Matematik Nama:.. Masa: 2 jam. 1 a) i) Buktikan bahawa 53 adalah nombor perdana. [1 markah]

Lukisan Bergambar. Lukisan Skematik 2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK

BAB 1 PENDAHULUAN. kebanyakkan pengguna motosikal lebih kerap mengunakan tongkat sisi kerana lebih

Kalkulus Multivariabel I

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

Kalkulus Multivariabel I

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

BAB 4: REKABENTUK PERSIMPANGAN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENGENALAN

BAB 2 KONSEP ASAS KUALITI

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM /1 PRINSIP ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK Kertas 1 September 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

BAB 5 : FUNGSI TRIGONOMETRI (Jangka waktu : 9 sesi) Sesi 1. Sudut Positif dan Sudut Negatif. Contoh

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

TAJUK KAJIAN: KERANGKA PENGUKURAN GOVERNAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI: KAJIAN KES DI SEKTOR AWAM MALAYSIA

Jawab semua soalan. P -1 Q 0 1 R 2

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

Katakunci : penasihatan akademi, tahap pencapaian akademik

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

PERENCANAAN JALAN ALTERNATIF & PERKERASAN LENTUR TANJUNG SERDANG KOTABARU,KALIMANTAN SELATAN KM KM 7+000

gram positif yang diuji adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus ATCC 25923,

13 M. Syuhaimi.indd 149 5/28/10 4:21:43 PM

Keterusan dan Keabadian Jisim

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2005

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

BAB 9 PENENTUAN KEDUDUKAN

ASAS PENGUKURAN -FIZIK- SULAIMAN REJAB Penolong Pegawai Sains Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

LITAR ARUS ULANG ALIK (AU)

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Transcript:

BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Pengelap adalah sejenis komponen yang bermotor dan mempunyai getah pengelap yang digunakan untuk mengelap cermin hadapan kereta. Terdapat beberapa jenis pengelap kereta, iaitu jenis selari, bersilang dan singleblade. Kebanyakan kereta, pengelapdisambung pada liver yang berada berhampiran steering supaya pemandu mengawal pengelap tersebut. Pada zaman moden kini, kebanyakkan kereta mempunyai pengelapautomatic sebagai inovasi atas teknologi pengelap. Semasa kenderaan dibawah atau diletakkan dibawah panas terik, ia menyebabkan kerosakan kepada pengelap. Oleh itu, pengguna itu perlu menggangkat pengelapsebelum meninggalkan kenderaan bagi mengurangkan kerosakkan pada pengelap. Selain kerosakan getah pengelap, ia juga boleh menyebabkan kerosakan atau pun menyebabkan calar pada cermin hadapan kenderaan. Kerosakan tersebut juga boleh menyebabkan kemalangan pada cuaca hujan disebabkan pengelapan cermin yang tidak sempurna. Kebanyakan kereta di Malaysia dan di negara-negara cuaca panas menggunakan Traditional Frame Style Pengelap yang menggunanakan halogen hardened rubber. Selain itu, pengelap jenis silicon telah 1

dikeluarkan untuk pengelapan yang sempurna. Kebanyakan pengguna kereta kerap menukar pengelap disebabkan berlakunya kerosakan, perkara ini menyebabkan kerugian dari segi wang dan masa pengguna. Masalah pengelap juga boleh merosakkan komponen lain pada kereta, jika tidak diselesaikania boleh mengakibatkan kerosakan cermin hadapan. Oleh itu, adalah penting mengangkat pengelap sebelum berlakunya kerosakan. 1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN Latar belakang kajian ini,apabila timbulnya masalah dimana pengguna kenderaan seperti kereta sering meletakkan kenderaan mereka di kawasan letak kenderaan yang terdedah pada cahaya matahari tidak kira dikawasan rumah mahupun ditempat kerja. Hal ini menyebabkan kenderaan pengguna tersebut mengalami masalah getahpengelap menjadi keras daripada tempoh jangka hayat yang sepatutnya. 1.3 PENYATAAN MASALAH Sebelum projek menginovasikan pengelap hadapan kenderaan dilakukan, proses mengenalpasti masalah dilakukan terlebih dahulu.ini bertujuan bagi memastikan segala masalah yang timbul dapat diselesaikan sebelum siapnya projek ini.reka bentuk adalah bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang terdapat pada sesuatu produk atau memberi imej baru kepadanya. Reka bentuk akan terhasil dari masalah yang dikenalpasti. Hal inibertujuan untuk mencari kriteria yang diperlukan pada projek yang akan kami lakukan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Antara pernyataan masalah yang akan kami nyatakan ialah: i. Getah bersentuhan dengan cermin kenderaan ketika terdedah pada suhu matahari. Hal ini, menyebabkan ketika permukaan getah pengelap menjadi keras dan rapuh. 2

ii. Getah pengelap hilang kefungsian untuk menyapu air di permukaan kenderaan tersebut. iii. Getah pengelap yang sudah keras boleh menyebabkan cermin kenderaan calar. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang ditetapkan. Antaranya objektif yangingin dicapai di akhir projek ini ialah: i. Mereka bentuk suatu alat yang boleh membantu pengguna untuk mengangkat pengelap cermin hadapan secara automatik. ii. Fabrikasi prototaip alat mengangkat pengelap cermin hadapan. iii. Menguji keberkesanan alat untuk mengangkat pengelap cermin hadapan secara automatik. 1.5 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian ini adalah sejauh manakah keberkesanan pengelap cermin automatik dapat berfungsi dengan baik untuk mengangkat pengelap cermin hadapan kereta ketika berada dikawasan yang terdedah oleh cahaya matahari? 1.6 SKOP KAJIAN Skop atau had perlaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan setiap perlaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop perlaksanaan projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek. Oleh itu, 3

projek Automatic pengelap lifter ini mestilah tidak melampaui matlamat dan fungsinya. Diantaranya:- i. Digunakan pada pengelap cermin hadapan kereta sahaja. ii. Menggunakan folding motor untuk menaikkan pengelap dari permukaan cermin hadapan. iii. Menggunakan suis (on/off) untuk laluan arus. iv. Lebih sesuai untuk penggunaan dalam cuaca panas. v. Untuk kereta yang menggunakan pengelap yang dibuat dari getah sahaja. vi. Menggunakan bateri 12volt vii. Menggunakan temperature sensor untuk suhu bagi mengawal motor menaik dan menurun 1.7 KEPENTINGAN KAJIAN Kepentingan projek ini adalah bagi membantu pengguna dalam menjaga kenderaan mereka agar sentiasa berada dalam keadaan baik tanpa ada sebarang kecacatan. Selain itu, projek ini juga membantu pengguna-pengguna yang cuai dalam penjagaan kenderaan mereka sebagai contoh dari segi penjagaan pengelap cermin kereta yang dianggap sesuatu benda yang paling mudah untuk dijaga tetapi mereka terlupa cara penjagaannya. Oleh itu, projek ini direka bentuk untuk mengatasi semua masalah yang dialami oleh semua pengguna kenderaan. 1.8 TAKRIFAN ISTILAH / OPERASI 4

Tarikfan istilah ini adalah untuk mengetahui keberkesanan projek ini merujuk kepada hasil yang diperoleh iaitu daripada kajian dan penyataan masalah. Hasil diperoleh dengan cara mengkaji penyataan masalah yang berlaku pada semua pengguna kenderaan di Malaysia. 1.9 RUMUSAN Rumusan bagi bab ini, untuk menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh pengguna kenderaan yang cuai dan terlupa untuk mengangkat pengelap cermin kereta mereka ketika meletakkan kenderaan dikawasan yang terdedah pada cahaya matahari. Oleh itu, suatu alat perlu direka bagi menyelesaikan masalah ini. 5

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENDAHULUAN Sejarah pengelap cermin kereta bermula dengan ciptaan kereta. Kenderaan pengangkutan yang tidak mempunyai pengelap cermin. Kuda dan trak bergerak pada kelajuan perlahan, dan kaca tidak diperlukan untuk melindungi pemandu atau penumpang atau untuk bertindak sebagai penahan angin. Pengelap cermin depan pertama ialah berus. Pencipta JH Apjohn datang dengan kaedah menggerakkan dua berus ke atas dan ke bawah pada cermin depan kaca plat menegak pada tahun 1903. Pada tahun yang sama, Mary Anderson mencipta lengan berayun yang melanda hujan di luar kaca apabila pemandu berpindah tuil yang terletak di dalam kereta. Anderson dipatenkan ciptaan beliau pengelap cermin kereta mekanikal pada tahun 1905, dan ia menjadi peralatan standard dengan tahun 1913. Motor elektrik tidak digunakan lagi untuk keperluan kereta kuasa atau aksesori, dan peranti Anderson mempunyai kelemahan. Tanpa sumber kuasa yang lain, pemandu terpaksa menggunakan satu tangan untuk menggerakkan tuil. Sebaliknya pemandu mengemudi kereta (sama ada dengan roda atau petani stereng) dan bekerja peralihan batang dipasang gear dan cengkaman brek berdiri di atas lantai kereta atau di luar sebelah pemandu di papan berjalan. Jalur getah menggantikan berus sebagai alat pembersihan pada pengelap cermin depan pada tahun 1905. Malangnya, keperluan berbahaya untuk pemandu untuk mengelap 6

windshields semasa memandu tidak dihapuskan sehingga tahun 1917. Penyelesaiannya adalah untuk menggunakan motor elektrik untuk bergerak pengelap tunggal dengan pisau getah panjang ke belakang dan sebagainya. Hawaii doktor gigi Dr Ormand Wall mencipta pengelap automatik dengan meletakkan motor elektrik di pusat atas kaca supaya pengelap arced ke atas hud kereta dalam bentuk separuh bulat atau pelangi. Pengelap cermin depan adalah salah satu peranti pertama elektrik dalam kereta selepas starter elektrik telah dibangunkan pada tahun 1912. Kebanyakan wipers atas kereta sebelum tahun 1930 telah dipasangkan dan digantung turun dari bahagian atas kaca. Mereka telah berpindah ke pangkal kaca sebagai sistem elektrik menjadi lebih rumit. Pencuci cermin depan telah ditambah kepada pengelap pada off tuil, dan muncung semburan yang diperlukan di hadapan kaca, tangki untuk cecair mesin basuh dalam petak enjin, dan sambungan elektrik untuk menyelaras operasi ini. Pada tahun 1962, Bob Kearns mencipta pengelap sekejap dengan selang dan kelajuan bahawa pemandu boleh berubah. Kemunculan sistem elektronik dengan fius dan pemutus litar untuk beroperasi, mengawal selia, dan menyelaras komponen elektrik berkembang kemungkinan untuk pengelap cermin depan lebih pelbagai. Pengelap cermin depan telah ditambah kepada lampu pada 1980-an, yang memerlukan sambungan antara pencahayaan dan sistem pengelap. Dalam tahun 1990-an, microsensors telah dibina ke windshields untuk mengesan hujan pada kaca, mengaktifkan Pengelap cermin depan, dan menyesuaikan penggunaan laju dan sekejap bagi jumlah hujan. 2.2 BAHAN MENTAH Pengilang membeli semua bahagian-bahagian daripada syarikat-syarikat yang pakar dalam memalsukan bahagian daripada aluminium dan keluli, bilah getah, sesendal plastik untuk hubungan, dan motor. Pengelap cermin depan dan sistem pengelap cermin kereta (dengan motor) adalah perhimpunan yang berbeza; sesetengah pengeluar membuat kedua-duanya, dan lain-lain menghasilkan wipers sahaja. Menyambung dan link memandu dan pivots yang bergerak pengelap diperbuat daripada keluli tergalvani. Galvanisasi adalah proses memohon salutan zink untuk keluli untuk melindungi daripada kakisan. Senjata Drive untuk bot-bot dan kenderaan yang digunakan dalam industri marin 7

diperbuat daripada keluli tahan karat yang menentang kerosakan akibat air garam. Penggantungan pengelap dan kuku juga keluli tergalvani. Lapisan zink galvanizing adalah lebih mudah untuk cat daripada keluli bersalut. Keluli juga bahan di bahagianbahagian kecil wipers, seperti pencuci, skru, kacang, air, dan kurungan. Rangka bilah diperbuat daripada aluminium. Bilah diperbuat daripada getah asli atau sebatian sintetik. Beberapa bilah getah komposit getah lembut di pinggir mengelap (squeegee permukaan) dan getah firma yang menyokong kelebihan mengelap di seluruh bilah. Bahan-bahan lain yang terdiri daripada bahagian wipers cermin depan getah untuk pencuci dalam pivots dan sesendal plastik yang lubang garis untuk menyambung bahagian pemaut. Penggantungan pengelap biasanya dicat hitam. Jika pengeluar pengelap juga membina sistem pengelap, motor dibeli daripada subkontraktor. Motor yang terkandung dalam perumahan keluli dan termasuk magnet kekal motor luka dengan dawai tembaga. Perumahan masing-masing mempunyai sambungan untuk wayar elektrik yang adalah sebahagian daripada kenderaan dan abah-abah pendawaian dilengkapi khusus untuk mengendalikan pengelap cermin. Setiap motor juga mengandungi satu atau lebih litar elektronik bergantung kepada kecanggihan bahawa sistem kawalan motor. 2.3 JENIS- JENIS PENGELAP CERMIN HADAPAN iaitu Seperti yang dinyatakan, jenis-jenis pengelap cermin terdiri daripada tiga jenis Rajah 2.1:Pengelap jenis TANDEM 8

Sumber :https://harshparmar.wordpress.com/2011/08/31/tandem-wipers/ Pengelap TANDEM pengelap jenis ini yang digunakan atas kenderaan. Kebanyakan kenderaan di negara ini menggunakan pengelap jenis ini. Pengelap jenis ini dikenalkan oleh syarikat Jerman dan banyak digunakan oleh syarikat Jepun. Kenderaan Jepun dibawa dan diperkenalkan di negara ini dan mula digunakan oleh syarikat kenderaan Malaysia seperti PROTON dan PERODUA.Pengelap jenis TANDEM ini adalah murah dan senang untuk dipasang, hanya menggunakan satu motor untuk satu pengelap dan menggunakan rod untuk pengelap kedua. Kos penyelengaraan pengelap jenis ini juga murah berbanding dengan pengelap jenis lain.kebanyakan pengelap jenis TANDEM ini digunakan pada kenderaan ringan sahaja. (Rajah 2.1) Rajah 2.2: Pengelap jenis OPPOSED Sumber :http://www.hiseamarine.com/opposed-marine-wiper-system-4459.html Menggunakan motor jenis TWIN REVERSE DRIVE MOTOR untuk memutarkan gear pengelap. Kebanyakan jenis pengelap ini digunakan atas kenderaan jenis-jenis SUV (SPORTS UTILITY VEHICLE), MPV (MULTI PURPOSE VEHICLE) dan kereta penumpang biasa. Pengelap jenis ini memberi kemudahan kepada pemandu kenderaan steering bahagian kanan dan kiri. (Rajah 2.2) 9

Rajah 2.3: Pengelap jenis SINGLEARM Sumber :http://www.trapeziumengineering.com/2014/10/23/single-armwindshield-wiper-system/ Pengelap jenis SINGLEARM, pengelap jenis ini kebanyakan digunakan atas kenderaan berprestasi tinggi dan kereta jenis sport. Sebagai contohnya: MERCEDES- BENZ dan SUBARU XT. Pengelap ini menggunakan satu motor putaran dua arah yang disambungkan pada actuator dan pivot pengelap. Pengelap ini membersihkan kesemua bahagian cermin hadapan. Ini memberi pengguna penglihatan yang sempurna pada cuaca hujan. (Rajah 2.3) 2.4 TEORI PENGELAP CERMIN Salah satu punca utama berlakunnya kerosakkan getah pengelap disebabkan oleh cuaca panas. Masalah kerosakkan ini boleh dikurangkan dengan mengangkat pengelap dari cermin semasa meletak di bawah panas. Masalah kerosakkan getah pengelap juga menjejaskan penglihatan pemandu dengan merosakkan cermin hadapan. Kesan calar adalah bahaya bagi pemandu perjalanan waktu malam yang boleh mengakibatkan kemalangan. Oleh itu, adalah amat penting untuk memeriksa dan menjaga penyelengaraan pengelap. Masalah kerosakkan cermin berlaku dari masalah kerosakkan getah pengelap yang rosak, keras dan hancur. 10

Oleh itu, adalah amat penting bagi pemandu kereta untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang sempurna sebelum menggunakannya. 2.5 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN Terdapat beberapa perbezaan antara pengelap getah dan silicon. Juga terdapat beberapa kelebihan menggunakan pengelap silicon. 2.5.1 Kelebihan pengelap silicon berbanding pengelap getah: Pengelap silicon diperbuat daripada silicon yang tebal. Pergerakkan pengelap akan menjadi lebih lancar dan aktiviti pembersihan akan menjadi sempurna. Walaupun harganya berlebihan berbanding dengan pengelap getah tetapi ia memberi penjimatan kepada pengguna dari segi penjagaan cermin dan pertukaran pengelap getah berkali-kali. Pengelap tidak mudah rosak walaupun meletakkan dibawah cuaca panas. Ini adalah pengalaman dan pandangan sesiapa yang menggunakan pengelap silicon. Kebanyakan kes kerosakkan cermin datang daripada kegunaan pengelap getah. Pengalaman penulis sendiri yang menggunakan pengelap getah dan silicon juga bersetuju dengan pendapat umum. Sejak bertukar kepada pengelap silicon, penukaran pengelap tidak berlebihan seperti pengelap getah tetapi dengan cuaca panas negara ini pengelap silicon juga mengalami kerosakkan selepas masa tertentu. Pengelap silicon membersihkan cermin dengan sempurna. Ia juga membersihkan penuh kesan cecair bersabun dan kesan minyak jika berbanding dengan pengelap getah. Bentuk dan warna pengelap silicon juga menarik perhatian dan pilihan pengguna. 11

Rajah 2.4 : Kelebihan dan kekurangan pengelap silicon dan getah 2.5.2 Spesifikasi pengelap yang berada di pasaran Teknologi baru dalam sistem pengelap meningkatkan keselamatan dan menjaga cermin kenderaan daripada sebarang kerosakan. Dengan peningkatan teknologi dalam pengelap, kepuasan pengguna dapat ditingkatkan. Pengguna kenderaan membuat perbandingan harga, teknologi tersebut hendaklah mengurangkan kerja mereka dan menjaga cermin kenderaan daripada sebarang calar atau kerosakan. Oleh itu, penaik taraf dalam sistem pengelap dapat mengurangkan kos penyelengaraan dan menjaga cermin hadapan kenderaan apabila menggunakan sistem pengelap berteknologi baru. Perkara ini menarik perhatian pengguna kenderaan dan keuntungan pengeluar. 12

Rajah 2.5 : Magic Vision Control Wiper Sumber : http://www.caricos.com/cars/m/mercedes-benz/2017_mercedesbenz_sl/2560x1440/21.html? Pengelap ini memberi adalah ciptaan teknologi baru oleh syarikat MERCEDES- BENZ. Pengelap jenis ini banyak digunakan di luar Negara. Seperti yang ditunjukkan di rajah 2.4, pengelap ini direkabentuk supaya membersihkan cermin dengan betul. Sistem pengelap ini juga hanya digunakan oleh kenderaan yang digelar Roof Lessyang bumbungnya boleh dibuka dan tutup. Pengelap ini dicipta untuk kenderaan Roof Less, air yang dikeluarkan untuk membersihkan cermin masuk kedalam kereta dan menggangu pemandu. Untuk mengelakkan perkara tersebut dan untuk mengatasi masalah tersebut, pengelap jenis ini dicipta. 13

Rajah 2.6 : Rain Sensor wiper Sumber : https://www.mbusa.com/vcm/mb/digitalassets/accessories/2008/c350wz/2008- c350wz-345.jpg Pengelap automatic atau digelar Rain Sense wiper, dicipta untuk mengelap cermin kenderaan jika mempunyai kesan air. Pengelap jenis automatik ini banyak digunakan oleh banyak kenderaan masa kini. Keluaran kenderaan baru buatan Malaysia seperti Proton Suprima, Iriz, dan Preve juga mempunyai jenis pengelap ini. Pengelap ini disambung dengan sensor yang boleh mengesan kesan air atas cermin dan membersihkan. Pengelap ini mengurangkan kerja pemandu pada musim hujan. Pengelap ini juga sedia membersihkan cerminnya apabila pamandu tiada dalam kenderaan. [5] 14

Rajah 2.7 : Wiper Thermal Blade Sumber : https://i.ytimg.com/vi/2lrcongbyas/maxresdefault.jpg Pengelapthermal blade bermaksud, pengelap yang menjadi panas apabila cuaca menjadi sangat sejuk sehingga cermin kenderaan menjadi beku. Getah pengelap ini akan menjadi panas dan mengelap cermin dengan sempurna dan mencairkan air beku diatas cermin. Getah pengelap ini dicipta untuk menahan suhu yang berlebihan. Jenis pengelap ini digunakan di luar negara sahaja dan jenis pengelap ini sesuai digunakan pada cuaca sejuk sahaja. (Rajah 2.7) Rajah 2.8: Pengelap Silicon 15

Sumber : http://www.thermalblade.com/images/p/flex-no-heat-400.jpg Pengelapsilicon adalah sejenis getah yang dicampur dengan silicon. Kilang pengeluaran pengelap telah membuat kajian dan mengeluarkan pengelap silicon ini untuk menahan kepanasan dan pembersihan cermin yang sempurna. Analisa mengatakan iaitu pengelap silicon meningkatkan jangka hayat penggunaan pengelapblade. Bukan sahaja di negara cuaca panas tetapi di negara cuaca sejuk juga menggunakan pengelap silicon ini. (Rajah 2.8) 2.5.3 Kajian Awal Penerangan tentang pembuatan AUTOMATIC WIPER LIFTER kereta adalah kerana kebanyakan pengguna di Malaysia tidak mengangkat pengelap selepas meletakkan kereta dibawah panas dan hal ini menyebabkan kerosakkan keatas getah pengelap. Disebabkan hal itu, kami ingin menginovasikan alat penaik pengelap yang mudah dan memberi kepuasan kepada pengguna dengan meningkatkan jangka hayat pengelap. Sehubungan dengan itu, kami mereka satu rekabentuk yang telah diinovasikan dan mesra pengguna. Walaubagaimanapun, rekabentuk ini mempunyai sebuah motor yang dipanggil motor power window yang diambil dari sistempower window kereta untuk dijadikan sebagai pergerakkan. Dengan itu, satu besi yang disambungkan pada motor power window dan diletakkan berhampiran pengelap kenderaan supaya dapat mengangkat dan menurunkan pengelap dari cermin. Panjang batang pemacu tersebut berukuran 10cm dan gear yang akan disambung pada motor power window berukuran 2cm yang diletakkan di atas permukaan motor power windowbagi memudahkan proses pemutaran gear dan membantu menolak batang pemacu keatas. Seperti suis ON/OFF kenderaan suatu litar akan diletakkan bagi menyambung litar ON/OFF kenderaan ke litar sensor suhu bagi mengaktifkan litar pengangkat pengelap.sambungan akan melalui ON/OFF ignition kerana litar akan berfungsi ketika kenderaan berada dalam keadaan rehat (OFF). Hal ini juga kerana, supaya tidak ada kebocoran arus elektrik selepas kunci OFF. Ini memberi pemandu senang untuk operasi. 16

2.5.4 Perbezaan diantara pengelap teknologi baru dan automatic wiper lifter Perbezaan diantara pengelap teknologi baru dan automatic wiper lifter adalah, pengelap berteknologi baru hanya mementingkan kepuasan pengguna dan menyenangkan kerja pemandu. Ciptaan teknologi baru tidak mempunyai kos yang tertentu kerana syarikat tersebut hanya perlukan kepuasan pengguna. Pengelap berteknologi baru dipenuhi dengan sensor dan hanya boleh dibuat oleh syarikat yang berkenaan sahaja. Seperti yang dinyatakan, penciptaan pengelap berteknologi baru memerlukan kos yang tinggi dan hanya kereta-kereta tertentu sahaja mempunyainya. Oleh demikian, penciptaan penghasilan automatic wiper lifter amat berbeza jika dibandingkan dengan pengelap berteknologi baru. Walaupun mempunyai satu spring pada besi pengelap untuk mengangkat dan menurunkan pengelap, kebanyakan pengguna tidak peduli dan tidak mengangkatnya. Oleh itu, satu sistem direkabentuk dan dipasang pada pengelap kereta untuk mengangkat dan menurun pengelap. Satu sistem dicipta dengan kos yang murah, efisyen dan mesra pengguna. Sistem power window kereta digunakan pada pengelap untuk memberi fungsi kepada besi pengelap supaya dapat mengangkat dan menurunkan. Seperti yang dinyatakan, pemandu hanya perlu mematikan kenderaan dalam keadaan OFF sahaja sebelumkeluar dari kenderaan dan proses pengangkatan pengelapakan berlaku dengan secara automatik mengikut keadaan suhu di sekeliling. 2.6 KEROSAKAN MOTOR WIPER Rajah 2.9: kerosakan motor pengelap cermin 17

Sumber : www.encikmus.com/tag/proton-waja-wiper-pump/ Antara kerosakan yang berlaku pada motor pengelap: Fius terbakar Motor ketat untuk berpusing Carbon brush habis/haus Commutator kotor Litar pintas Winding terbakar. 2.7 PENGUMPULAN DATA KEROSAKKAN GETAH PENGELAP. Data yang diambil adalah sampel data yang diperolehi daripada Soon Huat Auto Electric Service Sdn Bhd. Data ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Data tersebut adalah sampel untuk pengelap cermin depan kereta. Data pengelap cermin depan yang digunakan adalah daripada jenama Bosch Eco dengan harga RM25.00 yang terdapat di Malaysia. Jenis pengelap cermin depan adalah Konvensional atau Standard Jenis Bilah pengelap. Jadual 2.1 : Data pengelap cermin Masa(hari) 1 41 2 41 3 42 4 43 5 61 6 62 7 63 8 64 9 70 18

10 72 11 79 12 81 13 86 14 90 15 97 16 100 17 101 18 102 19 103 20 105 21 106 22 107 23 107 24 110 25 119 26 125 27 132 28 132 29 133 30 134 31 139 32 140 33 140 34 143 35 145 36 146 37 150 38 151 39 162 40 162 41 166 42 169 43 182 44 204 45 214 46 220 47 230 48 235 49 241 50 250 Sumber: Soon Huat Auto Electric Service Sdn Bhd 19

2.7.1 Mengkaji graf kadar rosak lawan masa menggunakan parameter yang tidak dioptimum Rajah 2.10 pula adalah graf kadar rosak h(t) terhadap masa t bagi data pengelap cermin depan kereta dengan nilai α=4.3892, θ=0.1496, dan σ=256.3982. Rajah 2.10: Bandingan kadar rosak h(t) lawan masa (t) dengan menggunakan data pengelap cermin depan tanpa pengoptimuman parameter Sumber: Soon Huat Auto Electric Service Sdn Bhd Kadar rosak pada kerosakan awal juga berlaku dalam data pengelap cermin depan kereta cuma tidak dapat ditunjukan dengan jelas dalam rajah 2.10 kerana kadar rosak dengan penurunan nilai yang kecil. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan data pengelap cermin depan kereta yang diperolehi untuk dianalisis adalah bermula daripada masa 41 hari. Kerosakan awal mungkin berlaku lebih awal sebelum 41 hari. Oleh itu, 20

nilai kadar rosak tidak dapat menunjukkan dengan jelas berbanding dengan data jurnal yang bermula daripada t=0.01. Selain itu, Kerosakan awal mungkin telah berlaku semasa pembuatan pengelap cermin depan di dalam industry atau kilang Rajah 2.11: Bandingan kadar rosak h(t) lawan masa t berhubung kerosakan awal bagi data pengelap cermin depan tanpa pengoptimuman parameter Sumber: Soon Huat Auto Electric Service Sdn Bhd Daripada graf Kadar rosak h(t) Lawan Masa Rosak t Berhubung Fasa Kerosakan Malar didapati pada nilai α=4.3892, θ=0.1496, dan σ=256.3982 kadar rosak mencapai titik yang rendah iaitu pada t=70 dan akhirnya konsisten dengan seragam sehingga pada t=151 lebih lambat daripada kadar rosak pada nilai α=4.5984, θ=0.1498, dan σ=92.1064 yang mencapai titik rendah pada t=18 dan akhirnya konsisten dengan seragam sehingga t=47 dengan nilai kadar rosak dalam lingkungan 0.0068 hingga 0.0097. Nilai ini bermaksud bilangan kerosakan yang wujud semasa t=70 adalah 0.0068 dan t=151 ialah 21

0.0097. Walau bagaimanapun tempoh kadar rosak adalah konsisten dan lebih panjang bagi data jurnal. Dengan kata lain tempoh alat jentera itu beroperasi dalam keadaan normal adalah lebih panjang. Rajah 2.12: Bandingan kadar rosak h(t) lawan masa t berhubung kerosakan malar bagi data pengelap cermin depan tanpa pengoptimuman parameter Daripada graf garis Kadar Rosak h(t) Lawan masa rosak t Berhubung Kerosakan Selepas Penggunaan menggambarkan bilangan kerosakan yang wujud selepas suatu tempoh alat itu digunakan. Keadaan ini berlaku pada t=162 sehingga t=250. Daripada graf, didapati penokokan bilangan kerosakan bagi setiap unit masa adalah tinggi berbanding dengan penokokan pada nilai t=70 hingga t=151. Nilai kadar rosak pada t=250 ialah 0.0209. Nilai ini bermaksud bilangan kerosakan yang wujud semasa t=250 adalah 0.0209. 22

Rajah 2.13: Bandingan kadar rosak h(t) lawan masa t berhubung kerosakan selepas penggunaan bagi data pengelap cermin depan tanpa pengoptimuman parameter 2.8 KAJIAN KOMPONEN YANG AKAN DIGUNAKAN Rajah 2.14: Suis ON/OFF Sumber :http://www.edustream.com.my/shopimg/201701/watermark/1483967238.jpg Suis ini mempunyai dua fungsi iaitu ON dan OFF. ON adalah untuk memberi laluan kepada arus supaya dapat memberi pergerakan kepada sesuatu sistem. Pilihan OFF adalah untuk memotong arus yang lalu melalui suis tersebut. Dalam projek ini, suis ini akan digunakan untuk mengaktifkan sensor suhu yang akan disambungkan kepadanya 23

dan disambung kepada motor actualtor. Apabila suis ditekan pilihan OFF, sensor suhu akan berfungsi dan apabila sensor suhu mencapai suhu yang ditetapkan iaitu 30 C secara langsung ia akan mengaktifkan motor actualtor. Setelah motor actuator diaktifkan proses menaikkanpengelap akan berlaku dan bahagian ON berfungsi sebagai mematikan pengaktifan sensor suhu. Dalam projek ini, suis on/off ini berfungsi sebagai suis ignition. Seperti mana dalam kenderaan arus menyalir selepas ignition OFF, suis ini juga akan menghantar arus kepada suis utama selepas OFF. Rajah 2.15 :Motor Power Window Sumber : http://i.ebayimg.com/00/$t2ec16fhjf8e9nnc6lgsbry0oye38!~~_35.jpg Motor power window juga mempunyai dua fungsi iaitu menaik dan menurun sebanyak 90. Motor ini menggunakan arus yang dihantar oleh betari. Motor ini memerlukan arus sebanyak 12volt untuk berfungsi. Dalam projek ini, motor power window tersebut akan digunakan sebagai komponen terutama dan akan menggurangkan darjah menaik dan menurun sebanyak 35. 24

Rajah 2.16 :Bateri 12 volt Sumber :http://www.craftys.co.nz/wp-content/uploads/2013/04/12v-7ah-battery- 260204.jpg Bateri adalah komponen yang paling penting bagi projek ini. Bateri memainkan peranan dengan menghantar dan memberi fungsi kepada motor dan sensor suhu. Wayar akan disambungkan dari bateri ke suis, sensor suhu dan motor power window supaya dapat menggerakan motor. Bateri yang berkuasa 12volt ini akan menghantar arus kepada motor dan sensor suhu melalui suis (ON/OFF) dan suis utama. Rajah 2.17: Wayar Sumber : http://1.bp.blogspot.com/ AUEAIirOV64/VfdEJ5Pia1I/AAAAAAAACA0/x6PzwzTaHOQ/s1600/2core.jpg 25

Wayar juga memainkan peranan penting dalam projek ini. Wayar digunakan untuk membuat sambungan litar antara motor,sensor suhu, bateri, dan suis. Sebanyak 2 hingga 5 meter wayar akan digunakan dalam projek ini. Rajah 2.18: Cermin Sumber : http://s268.photobucket.com/user/andychuah/media/windscreen2_zps99d43509.jpg.ht ml Cermin hadapan kereta akan digunakan sebagai contoh untuk projek kami. Cermin akan diletakkan pada papan yang dibentuk seperti keadaan hadapan kereta. Pengelap akan diletakkan atas cermin seperti yang ada pada kereta sebenar dan memasangkan motor folding dibawah pengelap untuk mengangkat dan menurunkan pengelap. 26

Rajah 2.19: Pengelap Sumber : https://d3vl3jxeh4ou3u.cloudfront.net/sbf%20windshield%20wiper%20motor.jpg Pengelap digunakan dalam projek ini. Projek ini adalah terutamanya untuk pengelap dan pengelap digunakan sebagai contoh untuk mengangkat dan menurunkan pengelap. pengelap bersaiz 15cm(arm) dan 15cm(blade) akan digunakan dalam projek ini. Rajah 2.20: papan Sumber :https://2.bp.blogspot.com/-ggujtqtce1o/ur- 5Cgx8VbI/AAAAAAAAD7Q/MunFEEhQvh4/s1600/Kayu+Merbau+tangga+kmp.jpg 27

Papan kayu(ply-wood) digunakan dalam projek ini. Papan digunakan untuk menyandarkan, memegang cermin dan sebagai tempat memasang pengelap dan motor. Papan akan direkabentuk seperti bahagian hadapan kereta. Rajah 2.21: Sensor suhu Sumber :https://ecs12.tokopedia.net/newimg/product- 1/2014/5/4/3887484/3887484_1a495214-d34b-11e3-b957-def24908a8c2.jpg Sensor suhu digunakan untuk mengesan suhu yang telah ditetapkan iaitu 30 C. Selain itu, ia juga mengawal motor menaik dan menurun mengikut suhu yang ditetapkan untuk ia menaik. Menerima arus dari bateri melalui suis on/off (ignition) dan menghantar arus ke motor. Rajah 2.22: Penyambung Wayar (cable connector) Sumber : http://www.meritmalta.com/electrical/electrical-131.png 28

Penyambung wayar digunakan untuk menyambung sambungan wayar dari satu sambungan ke satu sambungan. Untuk membuat sambungan wayar terdapat cara dengan menggunakan wiretapetetapi untuk kelihatan kemas, penyambung wayar ini digunakan. Rajah 2.23: Alat pengukur Sumber :http://www.dhgate.com/product/wholesale-8201-fashion-pocket-rulertape/385877624.html Alat pengukur ini digunakan untuk mengukur bahan bahan projek seperti cermin dan papan. Dengan bantuan alat ini, ukuran dapat dibuat dengan tepat dan dapat menyiapkan proses penyiapan projek dengan cepat. 29

BAB 3 METADOLOGI 3.1 PENGENALAN Bab ini mengandungi kaedah yang digunakan serta spesifikasi dan hasil jangkaan. Ianya melibatkan penggunaan peralatan bahan mentah dan perkakasan untuk merekabentuk produk. Perbincangan dan penghuraian idea kerja perlulah dilaksanakan kerana ia penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Perbincangan bersama penyelia projek mestilah dilakukan agar penghuraian idea-idea yang bernas serta berkaitan dengan projek dapat dilakukan. Oleh itu, dalam perlaksanaan projek ini perancangan yang teliti adalah penting dan ternyata berkesan untuk memastikan projek berjalan lancar mengikut perancangan yang telah dilakukan. 30

3.2 PROSES PENYEDIAAN PROJEK 3.2.1 Mencari tajuk projek Setelah menerima borang proposal daripada penyelia, kami dikehendaki mencari tajuk yang sesuai untuk projek akhir dalam masa yang ditetapkan oleh penyelaras projek. 3.2.2 Memperoleh tajuk projek Setelah tempoh yang diberi tamat iaitu dua minggu, tajuk cadangan yang telah lengkap dihantar kepada penyelia dan penyelaras. 3.2.3 Menghantar proposal Draf proposal yang harus dihantar hendaklah dikemaskini sebelum dihantar kepada penyelaras.tempoh yang diberikan untuk mengemaskini proposal adalah 10 minggu selepas mendapat tajuk projek. 3.2.4 Mencari bahan atau komponen Setelah mendapat kelulusan daripada penyelia dan penyelaras, tugas seterusnya adalah mencari dan mengenal pasti komponen yang akan digunakan. 3.2.5 Menghasilkan bahagian komponen alat reka bentuk Operasi ini dilakukan setelah segala bahan dan ukuran pada projek telah dibuat dan dipersetujui oleh penyelia dan pelajar. 31

3.2.6 Pemasangan komponen Pemasangan komponen yang telah siap dilakukan kemudiannya dicantumkan mengikut perancangan yang telah dibuat, ini termasuklah komponen bahagian mekanikal pada mesin. 3.2.7 Menguji sistem mekanikal Pengujiandilakukan untuk melihat tahap kebolehannya.ia dapat mengenal pasti kelemahan yang terdapat pada sistem mekanikal tersebut. 3.2.8 Persembahan projek Setelah semuanya siap, projek hendaklah dipaparkan kepada umum sebelum dipersembahkan kepada penyelia dan penyelaras. 32

3.3 CARTA GANTT Jadual 3.1: Carta Gantt persem bahan projek R menguji sistem mekanikal L R pemasangan komponen L R pembelian bahan L R laporan projek L R MINGGU /AKTIVI TI PROJEK STATUS M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16 33

L 3.4 CARTA ALIR Mula Pernyataan masalah Kajian Idea/inovasi modifikasi Gerak kerja Tidak Pembentangan/ Penilaian Kertas Cadangan Projek Diterima? Tamat 34

Rajah 3.1: Carta alir 3.5 PEMILIHAN REKABENTUK PROJEK Rekabentuk memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan kita kerana ia mempengaruhi setiap perkara yang kita lakukan. Semua rekabentuk yang dihasilkan haruslah mempunyai jalan penyelesaian kepada masalah yang berpunca daripada situasi persekitaran hidup manusia. Jika rekabentuk dapat memenuhi keperluan sesuatu situasi sepenuhnya, rekabentuk tersebut dikatakan telah berjaya bagi merekabentuk sesuatu rekabentuk, projek ini mementingkan beberapa aspek yang penting untuk memastikan rekabetuk yang dihasilkan memenuhi keperluan dan dapat menyelesaikan masalah yang timbul. Antara aspek-aspek yang dimaksudkan adalah seperti di bawah: 3.5.1 Fungsi utama Alat ini dapat mengangkat secara automatik bilah pengelap ketika kereta dimatikan enjin. 3.5.2 Peralatan dan bahan yang digunakan Peralatan yang digunakan adalah daripada peralatan mekanikal seperti: i. Motor power window. Motor ini berfungsi bagi membantu mengerakkan picu pengangkat pengelap cermin ke atas mengikut ketinggian yeng diinginkan. 35

ii. Rajah 3.2: Motor power window Pengelap cermin. Pengelap cermin digunakan sebagai model dalam projek ini bagi menunjukkan contoh bagaimana wiper diangkat dan diturunkan. Pengelap cermin yang digunakan berukuran 93.5 cm Rajah 3.3: Pengelap cermin iii. Papan Papan digunakan sebagai tapak untuk meletakkan bahan-bahan untuk mengangkat pengelap cermin. Antara ukuran sais papan yang digunakan ialah setebal 3mm, lebar 93.5cm 30cm dan ketinggian 20cm. 36

Rajah 3.4 : Papan iv. Besi Besi digunakan untuk membuat rangka tapak meletakkan pengelap cermin. Rajah 3.5 : Besi rangka tapak v. Skru Skru digunakan sebagai pengikat bahan-bahan pada tapak projek. Saiz-saiz skru yang digunakan ialah 6 x ½ dan 6 x ¼. 37

Rajah 3.6: Skru vi. Hand drill Hand grill digunakan untuk menebuk lubang pada besi bagi memudahkan proses mencantum papan ke rangka besi yang dibuat. Rajah 3.7: Hand drill vii. Hand skru driver drill Hand skru driver grill digunakan bagi melekatkan skru-skru padan bahan dengan lebih cepat dan mudah. 38

Rajah 3.8: Hand skru driver drill viii. Perspek Perspek digunakan sebagai model daripada cermin asal. Di atas perspek akan di letakkan pengelap cermin. Rajah 3.9: Perspek Viiii Bateri Bateri digunakan nbagi menghidupkan motor dan litar. Bateri yang digunakan adalah 12volt. 39

Rajah 3.10: Bateri 3.5.3 Kos projek Kos keseluruhan projek ini adalah yang palng optima. Kami boleh.memperoleh barangbarang daripada yang sedia ada dijual di pasaran.barangan-barangan terpakai juga boleh digunakan kembali seperti motor yang digunakan untuk mengangkat pengelap. 3.5.4 Keselamatan Terdapat beberapa keselamatan yang diwujudkan dalam projek kami, antaranya ialah tiadanya bucu-bucu tajam yang boleh membahayakan para pengguna.kami juga mengutamakan keselamatan daripada segi berlakunya llitar pintas pada alat rekabentuk kami. 3.5.5 Nilai estetka dan ergonomic Nilai-nilai estetika dan ergonomic adalah amat penting bagi kami kerana ia dapat menarik perhatian pengguna dari segi luaran projek, keselamatan, kecantikan projek, kreativiti dan sebagainya. 3.6 KONSEP REKABENTUK 40

Pada awalnya seorang daripada ahli kumpulan telah merekabentuk satu rekabentuk untuk diguna pakai dalam projek ini. Ia juga telah dipersetujui oleh penyelia projek untuk diguna menerusi projek ini tetapi pada akhirnya, rekabentuk yang dikemukakan mengalami masalah dari segi mekanisma. Oleh itu, hasil dari perbincangan yang dihasilkan semula suatu rekabentuk baru telah dibuat dan telah menerima kata sepakat bagi menggunakan rekabentuk yang lain untuk digunakan bagi menjayakan projek ini. Lakaran ini telah diukur ketepatan dan kesimbangan agar ia tidak akan mematahkan bilah pengelap selain mencalarkan cermin hadapan kenderaan. Selain itu, projek ini diperbuat daripada barngan terpakai. 3.6.1 Analisa Konsep rekabentuk a) rekabentuk konsep 1 Rajah 3.1 menunjukkan lakaran pertama yang dibuat diatas kertas. Lakaran ini menunjukkan pandangan dari hadapan lakaran seperti mana ia berada di atas kenderaan dan posisi motor yang akan digunakan dalam projek ini. 41

Rajah 3.11 : Lakaran Pertama Kelebihan: i. Motor berada di luar. ii. Mudah untuk diselenggara. Kekurangan: i. Rod motor mudah patah. ii. Mudah dicuri. b) Rekabentuk konsep 2 Rajah 3.11: menunjukkan lakaran kedua, lakaran ini menunjukkan pandangan dari sisi kanan hadapan. Pada lakaran kedua ini, lakaran dilakarkan lebih teliti dengan menggunakan pilihan bahan-bahan yang digunakan semasa pembinaan projek. 42

Rajah 3.12: Lakaran Kedua Kelebihan: i. Motor berada di dalam dan konsep ini menggunakan tali untuk mengangkat pengelap. ii. Wiper mudah diangkat. Kekurangan: i. Tali pengangkat tidak kukuh. ii. Darjah menaik sederhana c) Rekabentuk konsep 3 Rajah 3.3 menunjukkan lakaran ketiga yang dibuat dengan cara lakaran tangan. Lakaran ini menunjukkan pandangan dari tepi kanan. Pada lakaran ketiga ini, lakaran dilakarkan lebih teliti dengan menggunakan pilihan bahan-bahan yang digunakan semasa pembinaan projek. Kedudukan bateri, dan cermin dapat dilihat dengan lebih teliti dari pandangan tepi ini. 43

Rajah 3.13: Lakaran Ketiga Kelebihan: i. Motor diletakkan dibawah bonet ii. iii. Rod motor dipanjangkan Lebih selamat Kekurangan: i. Menggunakan satu push button ii. Darjah menaik tinggi 3.6.2 Pemilihan idea a) Jadual Penilaian Bermatrik Penilaian dan pemilihan konsep ini dilakukan dengan membuat perbezaan konsep dengan konsep rujukan. Penilaian dan pemilihan ini dilakukan dengan menilai setiap 44

konsep yang terdapat untuk menentukan konsep yang terbaik. Langkah ini dinamakan Matrix Evaluation Method seperti yang ditunjukkan di jadual 3.2. Keputusan yang diperolehi ditentukan berdasarkan kelebihan dan kekurangan. Oleh itu, sebarang kelemahan yang terdapat dalam rekabentuk yang dipilih boleh ditambah baik. Jadual 3.2 dibawah menunjukkan perbandingan di antara rekabentuk konsep 1. 2 dan 3 dengan rujukan. Jadual 3.2 : Jadual Matriks No Kriteria Kepentingan Konsep Kriteria 1 Konsep 2 Konsep 3 1 Kecekapan 5 - - + 2 Rekabentuk 4 + + S komersial 3 Kos 4 + + + 4 Kebarangkalian 3 S - - 5 Mobiliti 5 - - S 6 Jumlah (+) 3 2 3 7 Jumlah (-) 2 3 2 8 Jumlah keseluruhan 1-1 1 9 Jumlah sebenar 1-5 7 Daripada jadual diatas (-) mewakili bagi kriteria kurang memuaskan manakala (+) mewakili bagi kriteria yang memuaskan. Konsep 3 mendapat pilihan memuaskan iaitu sebanyyak 7. Konsep 1 mendapat keputusan memuaskan juga iaitu 1. Konsep 2 mendapat keputusan yang kurang memuaskan dengan memperolehi keputusan iaitu -5. Konsep 3 menjadi pilihan rekabentuk. 45

b) Lukisan Berbantu Komputer Rajah 3.14 : Lakaran berbantu komputer Rajah 3.13 menunjukkan lakaran dimension isometric yang penuh. Ukuran bahan dan lakaran penuh projek 46

c) Litar Rajah 3.15: Litar 47

Rajah 3.16 : Lakaran Litar Rajah menunjukan litar bagaimana proses pengelap itu dinaikkan apabila suhu mencapai 35 darjah celcius. Sensor LM35 digunakan untuk mengesan suhu persekitaran dalam kereta. Apabila sensor mengesan suhu melebihi paras 35 darjah celcius, pic 18 akan terus mengalirkan elektrik ke motor dan motor berpusing. 48

d) Pemilihan bahan Kos bahan yang digunakan merupakan faktor yang paling penting untuk menghasilkan sesebuah produk atau projek yang mempunyaikegunaan yang lebih tetapi nilai kos yang minimum dan sesuai dengan produk yang sedia ada di pasaran supaya dapat bersaing dengan produk lain. Selain itu, kos bahan yang diperlukan perlu juga diselaraskan dengan kekuatan dan kegunaan bahan tersebut. Menurut hasil yang kami dipeerolehi untuk menyiapkan projek ini kerjasama diantara ahli kumpulan untuk membeli bahan -bahanyang diperlukan dan dapat membahagi perbelanjaan untuk pembelian komponen berkenaan. 49

3.7 KOS PROJEK Berikut adalah anggaran kos bagi projek Automatic Wiper Lifter : Jadual 3.3: kos projek Bahan Harga(Rm) Heat Sensor 60.00 Power Window 90.00 Wiring 20.00 Suis 3.50 Purspek 20.00 Papan Lapis 28.00 Bateri (12 V) 55.00 Jumlah 276.50 50