PENDEKATAN ISTIHALAH DALAM PRODUK YANG BERUNSURKAN BABI

Σχετικά έγγραφα
TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

Kalkulus Multivariabel I

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Matematika

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Bab 1 Mekanik Struktur

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Kalkulus Multivariabel I

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Tegangan Permukaan. Kerja

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

Keterusan dan Keabadian Jisim

Sebaran Peluang Gabungan

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

A. Distribusi Gabungan

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

ACCEPTANCE SAMPLING BAB 5

PENGGUNAAN NAJIS DALAM PERUBATAN. Setiap penyakit itu ada ubatnya, jika tepat ubatnya maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Hendra Gunawan. 16 April 2014

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Katakunci : persepsi pelajar, makanan berlogo halal

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

Persamaan Diferensial Parsial

Pengantar Proses Stokastik

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

Pengantar Proses Stokastik

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

UJIKAJI 1 : PENYEDIAAN SPESIMEN DAN KAJIAN METALOGRAFI KELULI KARBON

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

BAB DUA KAJIAN BERKAITAN

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

BAB 2. digunakan oleh para fuqaha silam. Ia sangat banyak digunakan oleh Abu Hanifah

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

STQS1124 STATISTIK II LAPORAN KAJIAN TENTANG GAJI BULANAN PENSYARAH DAN STAF SOKONGAN DI PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK (PPSM), FST, UKM.

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Ciri-ciri Taburan Normal

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Kalkulus Elementer. Nanda Arista Rizki, M.Si. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Universitas Mulawarman 2018

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

perubatan (Struelens, 1998). Strain Staphylococcus aureus dan juga beberapa strain efektif dari sumber semulajadi seperti tumbuhan adalah perlu.

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

AL-TAFSĪR AL-ʿILMῑ SERTA PENGARUH AL-MARĀGHI TERHADAP TAFSIR Al-AZHAR. Wan Helmy Shahriman Wan Ahmad

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

LITAR ARUS ULANG ALIK (AU)

Katakunci : faktor, minat, matematik

Teorem Titik Tetap Pemetaan 2 Mengecut Pada Ruang 2 Metrik

Transcript:

PENDEKATAN ISTIHALAH DALAM PRODUK YANG BERUNSURKAN BABI Oleh: Dr Saadan Man Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 1. Pengenalan Kepesatan pembangunan teknologi dalam dunia moden kini turut menyaksikan berlakunya impak yang besar dalam industri pemakanan, perubatan, produk barangan kegunaan harian dan seumpamanya. Pelbagai isu baru timbul rentetan dari perkembangan ini yang melibatkan perbincangan akademik dalam kalangan para sarjana termasuklah berhubung dengan persoalan etika dan hukum. Dalam konteks hukum Islam semasa, banyak ijtihad telah dilakukan oleh para ulamak bagi menguraikan permasalahan halal haram bahan-bahan berkenaan ekoran timbulnya keraguan dan persoalan tentang status hukumnya. Sebagai sebuah din yang sempurna, Islam menyediakan jawapan bagi setiap persoalan yang timbul. Dalam konteks halal haram makanan, ubat-ubatan dan apa juga bahanbahan kegunaan harian yang lain, Islam telah meletakkan prinsip-prinsip dan kaedahkaedah yang tertentu untuk dijadikan garis penentu bagi mengukur status halal atau haram bahan berkenaan. Antaranya kaedah yang sering disebutkan oleh para ulamak dalam hal ini ialah kaedah istihalah atau biasa disebut dalam bahasa yang mudah sebagai perubahan atau transformasi, iaitu perubahan dari sifat yang najis kepada suci atau sebaliknya. Kaedah istihalah ini bukanlah sesuatu yang baru dalam fiqh, sebaliknya ia telah dibincangkan oleh para ulama silam dalam karya-karya mereka yang terdahulu secara umum, misalnya dalam bab taharah dan al-at`imah wa al-asyribah. Cuma penggunaan istilah ini sebagai satu terminologi yang bersifat teknikal dalam fiqh hanya mula digunakan oleh para ulamak era kontemporari. 2. Memahami Konsep Istihalah Istihalah adalah perkataan dalam bahasa Arab yang berasal dari akar kata istahala ( ), yastahilu ( ), istihalah ( ) yang membawa maksud berubah sifat sesuatu dan tabiatnya dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Dalam konteks penggunaan yang lain ia bermaksud sesuatu yang tidak mungkin atau mustahil (sama ada berbentuk perlakuan atau perkataan) (al-qamus al-fiqhi: 105; al-munjid: 163). Dalam bahasa Inggeris, perkataan istihalah diterjemah sebagai change, transformation, transmutation dan impossibility (Hans Wehr: 219). Dalam konteks perbincangan ini maksud istihalah ialah perubahan sesuatu dari sifat tertentu kepada keadaan lain yang berbeza. 1

Dari sudut istilah syarak, pada daarnya para ulamak mendefinisikan istihalah sebagai perubahan sesuatu benda kepada sesuatu yang lain di mana ia melibatkan perubahan total perkara tersebut daripada satu bentuk keadaan kepada bentuk yang lain (Mawsu`ah Jamal `Abd al-nasir: 5:7). Dalam konteks yang lebih khusus, istihalah merujuk kepada perubahan sesuatu yang najis kepada sesuatu yang suci, iaitu seperti perubahan zat dan sifat najis, arak dan khinzir menerusi proses-proses tertentu seperti pembakaran, pemeraman atau perubahan yang berlaku dengan bercampurnya sesuatu yang najis dalam bahan yang suci seperti unsur-unsur khinzir yang dicampur dengan garam sehingga ia menjadi garam (al-mawsu`ah al-fiqhiyyah: 213). Wahbah al-zuhayli dalam karya agungnya al-fiqh al-islami wa Adillatuh ketika menghuraikan kaedah penyucian najis menyebut bahawa istihalah adalah proses perubahan sesuatu benda yang najis (`ayn najasah) kepada sesuatu yang suci sama ada secara tabie atau melalui perantaraan. Beliau membawa contoh seperti perubahan darah kijang menjadi kasturi, arak yang berubah menjadi cuka dengan secara tabie atau perantaraan sesuatu (yang mempercepatkan proses pemeraman), bangkai binatang atau anjing yang menjadi garam kerana jatuh dalam garam, atau tahi yang menjadi abu kerana dibakar, lelemak najis yang dijadikan sabun, tanah parit (yang mengalirkan benda najis) yang telah kering dan hilang kesan najisnya, atau najis yang ditanam di dalam tanah dan telah hilang kesan najisnya setelah beberapa lama. (Wahbah al-zuhayli, 1997: 1:100). Dengan meneliti sebahagian dari definisi yang disebutkan itu, kaedah istihalah boleh dirumuskan sebagai perubahan sifat jirim atau zat bagi sesuatu bahan yang boleh menyebabkan perubahan hukumnya yang asal. Dari penjelasan ini, bahan najis yang haram boleh berubah menjadi suci dan halal apabila zatnya berubah menjadi bahan lain yang berbeza sama ada dari segi nama, kriteria dan juga sifatnya (Anisah Ab. Ghani, Jurnal Halal 2008: 45-46,: Muhammad Safiri Makanan Ubahsuai GenetiK: Satu Analisis Hukum, 2008: 78). Kaedah istihalah sebagaimana yang dihuraikan di atas seringkali juga dirujuk oleh ulamak silam sebagai istihlak (penguraian) yang membawa konsep yang hampir sama. Istihlak merujuk kepada percampuran yang berlaku antara bahan suci dalam kuantiti yang banyak dengan bahan najis yang sedikit tanpa disengajakan oleh pelakunya, di mana bahan najis yang sedikit itu terurai dan hancur di dalam bahan yang suci tanpa wujudnya lagi zat dan sifat asalnya (Muhammad Safiri, 78-79). Contoh yang sering diberikan ialah bangkai binatang najis yang terjatuh dalam garam yang banyak sehingga ia bertukar menjadi garam sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Begitu juga sebaliknya apabila sesuatu benda yang suci, terjatuh ke dalam bahan yang najis yang banyak, akan menyebabkan bahan suci tersebut terlarut dalam najis dan menjadi najis kerana sifat najis tersebut menjadi dominan kerana kuantitinya lebih banyak. 2

( Seminar Fenomena Najis Mughallazah Walaupun kedua-dua kaedah ini sedikit berbeza, ia mempunyai persamaan di sudut berlakunya perubahan terhadap bahan asal tersebut dan dengan berlakunya perubahan ini hukum asal terhadap bahan berkenaan turut berubah. 3. Istihalah Dari Perspektif Ulamak Silam Secara umumnya, idea bagi konsep istihalah ini sebenarnya datang dari sumber wahyu Allah SWT sebagaimana yang tercatat dalam surah al-nahl ayat 66: t Î/Ì ±=Ïj9 $ZóÍ!$y $TÁÏ9%s{ $Ψt7 9 5ΘyŠuρ 7^ösù È t/. ÏΒ ÏµÏΡθäÜç/ Îû $ ÿêeε /ä3 É)ó Σ Zοuö9Ïès9 ÉΟ yè ΡF{$# Îû ö/ä3s9 βî)uρ Dan Sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. (al-nahl: 66) Dalam pemerhatian terhadap ayat di atas, konsep istihalah dapat dilihat dari aspek bahawa susu yang dihasilkan oleh binatang ternakan adalah halal walaupun ia berada di antara najis dan darah haiwan berkenaan. Susu itu terhasil dari makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut yang kemudiannya dicernakan di dalam perut di mana sebahagiannya menjadi darah, daging dan susu, manakala selebihnya menjadi najis yang dikeluarkan apabila tiba masanya. Justeru, para ulamak merumuskan, perubahan tabie darah yang haram dimakan kepada susu dan daging yang suci dan halal di makan adalah proses istihalah yang diterima. Begitu juga halnya dengan perubahan jus anggur kepada arak dan arak yang menjadi cuka, air najis yang disiram sebagai baja kepada pokok yang kemudiannya menghasilkan buah, najis yang berubah menjadi tanah, haiwan jallalah yang dikuarantin dalam tempoh tertentu sehingga keadannya seperti sedia kala. Semuanya ini merupakan proses istihalah yang diterima oleh majoriti fuqaha. Aplikasi konsep istihalah walaupun disebut dalam banyak karya fiqh silam, bukanlah menjadi suatu perkara yang disepakati di kalangan ulamak. Berlaku perselisihan pandangan yang agak ketara di kalangan ulamak dalam isu ini, di mana secara umumnya konsep istihalah ini diterima pakai secara ittifaq dalam beberapa kes sahaja, manakala sejumlah besar lain menjadi pegangan dalam mazhab-mazhab tertentu sahaja sebagaimana yang akan dihuraikan nanti. 3.1. Mazhab Hanafi Para ulamak dalam mazhab Hanafi kebanyakannya menerima konsep istihalah ini secara agak meluas walaupun terdapat sedikit perselisihan antara Muhammad dan Abu Yusuf. Ibn Nujaym dalam karyanya al-bahr al-raqa iq menyebut (Ibn Nujaym: 238) 3

Antara perkara yang boleh menjadi suci sesuatu yang bercampur najis apabila bertukar atau berubah zatnya, seperti arak yang bertukar menjadi cuka. Masalah arak bertukar menjadi cuka tidak ada perselisihan pendapat dalam kalangan fuqaha. Namun demikian dalam masalah lain seperti babi dan bangkai jatuh ke dalam garam dan bertukar menjadi garam, maka garam itu boleh dimakan. Begitu juga dengan tahi binatang yang dibakar menjadi abu, maka abu itu adalah suci. Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Muhammad, manakala Abu Yusuf berpendapat ia tetap najis walaupun zatnya telah berubah. Ibn `Abidin dengan maksud yang sama menegaskan (Ibn `Abidin: 291): Penyucian sesuatu yang najis boleh berlaku dengan proses perubahan `ain. Contohnya minyak yang najis apabila dicampurkan ke dalam bahan seperti sabun adalah suci sekiranya minyak berkenaan telah berubah `ainnya. Perubahan tersebut adalah perubahan satu hakikat kepada satu hakikat yang lain. Al-Kasani pula dalam kitabnya Bada i` al-sana i` menyatakan perkara yang sama (al- Kasani: 442) Mengikut Muhammad, sesuatu yang najis apabila bertukar sifat dan zatnya maka terkeluarlah dari keadaan najis, kerana najis adalah nama bagi sesuatu yang disifatkan. Apabila sesuatu yang disifatkan itu telah tiada maka tiadalah sifatnya, seperti arak yang bertukar menjadi cuka. 3.2. Mazhab Maliki Pandangan dalam mazhab Maliki berhubung perkara ini hampir menyerupai pandangan mazhab Hanafi. Ibn Rusyd menghuraikan dalam Bidayat al-mujtahid (Ibn Rusyd: Bidayat al-mujtahid: 1: 461): Arak dan bekasnya menjadi suci apabila ia bertukar menjadi cuka dengan sendirinya, atau secara dipindahkan dari tempat yang ada bayang ke bawah sinaran matahari atau sebaliknya (bagi mempercepatkan proses pertukaran), kerana sifat kenajisannya iaitu kuasa memabukkan itu telah hilang, tanpa menjadikan penggantinya (cuka) itu najis. Al-Dasuqi pula menyatakan (al-dasuqi, Hasyiyat al-dasuqi: 50): Sesuatu yang berubah kepada yang baik adalah suci, sebaliknya sesuatu yang berubah kepada yang buruk dan kotor adalah najis, umpamanya susu anak Adam walaupun daripada orang kafir adalah suci kerana berlaku perubahan (istihalah) kepada yang baik. Manakala muntah yang keluar dari usus adalah najis kerana berlaku perubahan (istihalah) kepada yang kotor. Mazhab Maliki juga menganggap bahawa abu najis yang dibakar serta asapnya sebagai suci. Bagaimanapun mazhab ini tidak menganggap kulit bangkai binatang yang 4

melalui proses penyucian (dabgh - samak) sebagai suci. (Wahbah al-zuhayli: al-fiqh al- Islami 1: 109) 3.3. Mazhab Syafie Dalam mazhab Syafie pula, konsep istihalah ini diterima dalam tiga perkara sahaja iaitu: i) arak yang menjadi cuka dengan secara tabie; ii) kulit binatang yang mati selain dari anjing dan babi apabila disamak; iii) sesuatu yang berubah menjadi binatang, seperti bangkai yang bertukat menjadi ulat, kerana wujudnya kehidupan (Wahbah al-zuhayli: 1: 101) Arak yang berubah menjadi cuka disebabkan perbuatan manusia mengubahnya bagi tujuan mempercepatkan proses pertukaran tidak dianggap suci (Wahbah al- Zuhayli: 1: 110). 3.4. Mazhab Hanbali Mazhab Hanbali mempunyai pendirian yang hampir sama dengan mazhab Syafie, di mana prinsip istihalah ini hanya diterima dalam konteks arak yang menjadi cuka dengan sendirinya, atau dipindahkan oleh manusia ke tempat yang boleh mempercepatkan proses penukaran tanpa disertai dengan niat berbuat demikian. Proses pembakaran najis tidak menjadikannya suci, dengan makna bahawa abu dan asapnya adalah najis, begitu juga wap sesuatu yang najis adalah najis. Tanah liat yang dipenuhi dengan tahi binatang yang haram dimakan adalah najis walaupun dibakar untuk dijadikan pasu dan seumpamanya. Dalam kes jika binatang najis jatuh ke dalam garam dan bertukar menjadi garam, atau pun jatuh ke dalam sabun dan menjadi sabun, ia tetap najis dan haram (Wahbah Zuhayli: 1: 111-112). 3.5. Mazhab-mazhab lain Ibn Hazm dalam mazhab Zahiri menegaskan (Ibn Hazm: al-muhalla: 1: 138): Apabila sifat sesuatu bahan najis atau haram itu berubah, maka namanya turut berubah dan sifat najisnya terbatal, di mana nama tersebut menjadi sebab kepada penentuan hukum haram tersebut. Lalu status bahan tersebut beruabah kepada status atau nama lain berdasarkan kepada ciri-ciri baru yang terdapat padanya. Ia bukan lagi menjadi bahan najis dan haram, sebaliknya ia telah berubah menjadi satu bahan lain yang mempunyai satu hukum yang berlainan. Demikianlah juga keadaannya dengan bahan-bahan suci yang mana keadaannya telah berubah menjadi najis, maka namanya juga menjadi bahan najis dan haram. Contohnya seperti jus buah-buahan yang menjadi arak, atau arak menjadi cuka, daging babi yang dimakan oleh itik yang berubah menjadi sebahagian dari daging halal itik berkenaan, air minuman yang berubah menjadi air kencing, makanan yang berubah menjadi tahi, tahi dan air kencing yang digunakan sebagai baja yang membantu pokok mengeluarkan buah-buahan yang halal dimakan.. dan conotoh-contoh dalam hal ini amat banyak sekali. Jelas dari kenyataan beliau bahawa konsep istihalah ini boleh digunakan secara terbuka dengan melihat kepada sifat-sifat sesuatu bahan yang telah berubah tersebut. 5

Ibn al-`arabi juga menyebut hal yang hampir sama: (dipetik dari Nazih Hammad, Penggunaan Bahan-bahan Haram dan Najis dalam Makanan dan Ubat-ubatan, p. 19) Ulamak berselisih pendapat tentang benda-benda yang boleh dimakan yang terbit dari benda najis, adakah dihukumkan sebagai suci atau najis, seperti sayur-sayuran yang disiram dengan air najis atau dibajai dengan bahan najis. Ulamak yang menghukumkan sebagai najis mengaitkannya dengan sifat yang terdapat pada zat sesuatu benda dan membina hukum atas sifat zat tersebut. Yang menjadi peganganku ialah ianya adalah suci kerana bahan najis tersebut telah hilang sifatnya dan bentuknya juga sudah berubah. Sifa-sifatnya sekarang telah menjadi sifat yang lain lalu hukumnya ditetapkan kepadanya juga berubah. Ramai yang menimbuskan sampah sarap yang bernajis ke dalam tanah dan tumbuhan yang tumbuh di atasnya tidak pula dihukumkan najis. Dari huraian di atas, dapat dirumuskan bahawa dalam kalangan fuqaha silam, ada ulamak yang menerima konsep istihalah ini secara terhad sebagaimana yang dilihat dalam mazhab Syafie dan Hanbali, dan ada yang menerimanya secara lebih terbuka seperti mazhab Hanafi, Maliki dan Ibn Hazm. 4. Aplikasi Konsep Istihalah Dalam Barangan Berunsurkan Babi Masa Kini Dunia pada hari ini menyaksikan bahawa industri makanan, ubat-ubatan dan barangan kegunaan harian telah banyak dicampur dengan bahan-bahan haram khususnya bahan dari khinzir. Disebutkan bahawa babi adalah haiwan yang paling banyak kegunaannya dalam industri pemakanan, ubatan dan bahan kegunaan harian termasuk alat kosmetik dan toiletries. Setiap inci dari tubuh khinzir itu digunakan oleh pihak-pihak berkenaan sepenuhnya (lihat lampiran). Bahan bahan seperti aditif dan emulsifier yang dalam makanan, insulin dan gel kapsul dalam ubat-ubatan banyak diambil dari sumber babi, begitu juga dalam GM Food di mana banyak DNA babi dimasukkan dalam tumbuhan dan seumpamanya untuk tujuan penambahbaikan. Penggunaan bahan berunsurkan babi seperti ini menimbulkan isu hukum yang perlu dihuraikan dan dijawab oleh ulamak semasa. 4.1. Penilaian Jika dilihat kepada produk-produk yang dihasilkan tersebut, ia kelihatan secara zahirnya tidak lagi mempunyai sifat-sifat atau unsur babi. Bahan- bahan dari babi seperti gelatin, lemak, darah, tulang dan organ-organ lain telah melalui pelbagai proses secara chemical dan menghasilkan bahan yang pada mata kasar manusia tidak lagi mempunyai sifat najis babi berkenaan. Apabila dicampurkan dalam bahan makanan atau ubat-ubatan untuk tujuan aditif, pengawetan dan seumpamanya maka ia telah bercampur dengan bahan lain yang lebih dominan dan ia tidak lagi menjadi satu bahan yang kelihatan najis pada zahirnya. 6

Dalam menjawab persoalan ini dengan menggunakan kayu ukur kaedah istihalah, kita dapati bahawa jika berasaskan kepada mazhab Hanafi, Maliki, Ibn Hazm dan mereka yang sependapat dengannya, kaedah istihalah ini boleh diaplikasi dan menjadikan ia bahan yang suci dan halal dimakan atau digunakan. Ini kerana bagi mereka setiap bahan najis yang telah bertukar sifat dan ciri-cirinya tidak lagi dinamakan dengan nama najis itu tetapi telah bertukar menjadi satu bahan lain yang mempunyai sifat dan ciri-ciri baru dan nama baru. Contohnya tulang babi yang asalnya najis dan haram, tetapi apabila diproses menjadi gelatin, sifat najis tulang babi tersebut telah hilang kerana perubahan pada sifat dan namanya. Kemudian apabila gelatin itu dicampurkan dalam bahan makanan dan menjadi salah satu dari ingredientnya, sifatnya telah menjadi semakin jauh berubah dan ia tidak lagi dikenali sebagai bahan tersebut, walaupun fungsinya tetap ada. Jika ia dimasukkan dalam gula-gula, produk akhir itu dikenali sebagai gula-gula, bukannya gelatin. Bagaimanapun, jika dinilai dari perspektif mazhab Syafie dan Hanbali yang agak ketat penerimaan mereka terhadap konsep istihalah ini, proses perubahan bahan najis dari babi seperti yang dinyatakan di atas kepada bahan lain seperti gelatin dan serum, tidak semestinya sifat kenajisannya itu telah hilang, sebaliknya ia mungkin kekal bersama nama baru yang diberikan kepadanya. Ini kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku kerana perubahan yang berlaku mungkin tidak sepenuhnya dan sifat-sifatnya kenajisannya mungkin kekal dan tidak mengalami sebarang perubahan. Jika setiap perubahan nama itu boleh dikatakan telah berlaku istihalah sudah tentulah bahanbahan dari babi yang tidak begitu jelas kenajisannya iaitu selain dari daging, tulang, kulit, bulu dan organ-organ lain itu boleh digunakan secara meluas tanpa perlu dibimbangi kenajisannya. Ini membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan babi secara berleluasa dan akan menjerumuskan umat Islam kepada penggunaan sesuatu yang najis dan haram. 4.2. Contoh Aplikasi Istihalah Semasa Dalam penelitian ulamak semasa, terdapat banyak pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana Muslim berhubung persoalan ini. Dalam resolusi Nadwah Pengurusan Islam Dalam Ilmu Perubatan Ke 8 yang diadakan di Kuwait pada Mei 1995, diputuskan bahawa (Wahbah al-zuhayli, 9: 660-665): i.gelatin yang terbentuk daripada proses istihalah daripada tulang binatang najis, kulit dan uratnya adalah bersih dan halal dimakan. ii. Sabun yng dibuat melalui proses istihalah dari lemak khinzir ataupun bangkai binatang adalah suci dan harus digunakan. iii.keju yang dihasilkan daripada rennet yang didapati daripada bangkai haiwan yang halal dimakan adalah suci dan halal dimakan. iv. Alat-alat solek yang mengandungi lemak khinzir tidak boleh digunakan, kecuali jika telah pasti berlaku proses istihalah dan telah berlaku pertukaran ain atau zatnya. v.bahan makanan yang mengandungi lemak khinzir sebagai ingredientnya dengan tidak berubah zatnya seperti yang terdapat pada sesetengah keju, minyak, mentega, dadih, biskut, coklat dan aiskrim adalah haram dimakan. 7

vi. Insulin yang diambil dari khinzir adalah harus digunakan bagi mengubati penyakit kencing manis kerana darurat. Dalam konteks Malaysia, beberapa fatwa berhubung penggunaan bahan yang berunsurkan babi telah diputuskan, antara lain: i. Hukum menyuntik insulin daripada najis mughallazah (babi) bagi tujuan perubatan pesakit kencing manis adalah harus kerana darurat. Begitu juga mereka yang melakukan suntikan (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke 6, Oktober 1983) ii. Penggunaan gelatin dalam ubat adalah diharuskan kerana darurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidak lagi harus (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke 8, September 1984) iii. Baja yang diperbuat dari tahi babi adalah najis mughallazah tetapi penggunaannya sebagai baja adalah harus serta makruh. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke2 Mei 1981) iv. Makanan yang diproses daripada bahan-bahan yang bercampur dengan najis seperti darah lembu, darah babi dan lain-lain adalah harus dan halal dimakan (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Peringkat Kebangsaan Ke2 Mei 1981). v. Barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bioteknologi menggunakan DNA babi adalah bercanggah dengan syarak dan hukumnya haram (Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Julai 1999). 5. Penilaian dan Rumusan Dengan merujuk kepada fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh para ulamak semasa, sama ada di peringkat antarabangsa atau nasional, didapati bahawa pendekatan istihalah telah digunakan dalam kebanyakan kes-kes yang disebutkan. Justeru kita melihat bahawa kaedah istihalah ini sebagai satu kaedah yang releven untuk diaplikasi khususnya dalam situasi semasa dalam kes yang melibatkan penggunaan bahanbahan dari pada babi. Bagaimanapun kaedah ini perlu digunakan secara berhati-hati dan teliti terutamanya dalam aspek memastikan bahawa perubahan zat dan sifat najis itu telah benar-benar berubah. Dalam soal ini, kepakaran mereka yang berkecimpung dalam bidang berkenaan amat diperlukan. Dengan maklumat dan pandangan dari pakar teknologi makanan, saintis bioteknologi, pakar farmaseutikal dan seumpamanya, pendekatan kaedah istihalah ini dapat ditentukan dan usaha memutuskan hukum akan menjadi lebih mudah dan berkesan. WALLAHU A`LAM Bi AL-SAWAB. 8

Lampiran: Babi dan Kegunaannya 9