FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER / TAHUN LIMA / 2012

Σχετικά έγγραφα
PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) MEI 2012 (SMP KHAS) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : NORSITA BT LAKIBUL

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 5 / TAHUN 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

PENGERTIAN KONSONAN. Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.

UNIT 2 FONETIK DAN FONOLOGI

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY 2012 KOD KURSUS : HBML1203 TAJUK KURSUS : PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BAB EMPAT SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

SIMBOL FONOLOGI. Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

SMP ( KHAS ) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

BAB LIMA SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA PERANCIS

Bab 1 Mekanik Struktur

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Keterusan dan Keabadian Jisim

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Matematika

HMT FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA LANJUTAN

Tegangan Permukaan. Kerja

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

A. Distribusi Gabungan

Kalkulus Multivariabel I

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Sebaran Peluang Gabungan

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

Kalkulus Multivariabel I

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Ciri-ciri Taburan Normal

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

ULASAN BUKU. Pengulas: Tajul Aripin Kassin

BAB TIGA: KAJIAN LITERATUR. Walaupun demikian, ilmu fonetik di dalam bahasa Arab menjadi ilmu yang

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

TOPIK 2 : MENGGAMBARKAN OBJEK

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

ELEKTRIK KEMAHIRAN TEKNIKAL : BAB 1

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

Kalkulus Elementer. Nanda Arista Rizki, M.Si. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Universitas Mulawarman 2018

Persamaan Diferensial Parsial

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA A03101 PENILAIAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 1/2015 Matematik Bahagian A Mei

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Latihan PT3 Matematik Nama:.. Masa: 2 jam. 1 a) i) Buktikan bahawa 53 adalah nombor perdana. [1 markah]

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

LITAR ELEKTRIK 1 EET101/4. Pn. Samila Mat Zali

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

LOGIKA MATEMATIKA. MODUL 1 Himpunan. Zuhair Jurusan Teknik Informatika Universitas Mercu Buana Jakarta 2012 年 04 月 08 日 ( 日 )

KOLEJ VOKASIONAL MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pemilihan kampung-kampung ini iaitu kampung Surau Panjang dan kampung. Atas Tol dibuat kerana penduduk di situ kebanyakannya adalah penduduk asal dan

artinya vektor nilai rata-rata dari kelompok ternak pertama sama dengan kelompok ternak kedua artinya kedua vektor nilai-rata berbeda

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

Hairunnizam Wahid Jaffary Awang Kamaruddin Salleh Rozmi Ismail Universiti Kebangsaan Malaysia

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Transcript:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER / TAHUN LIMA / 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIK : 730820065120001 NO. KAD PENGENALAN : 730820065120 NO. TELEFON : 0199205174 E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN : saba_rahman73@yahoo.com : PAHANG LEARNING CENTRE 1

ISI KANDUNGAN 1. Pendahuluan i. Pengenalan 3 2. Penghasilan bunyi bahasa dan alat artikulasi 4 3. Penghasilan bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu i. Vokal 5-6 ii. Cara penghasilan vokal 7-13 iii. Diftong 13-14 iv. Konsonan 14 v. Cara penghasilan konsonan 15-30 4. Perbezaa di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi Bahasa Malayu. 31-32 5. Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu 33 6. Kepentingan suprasegmental dalam pengajaran lisan 34-35 7. Kesimpulan 36 8. Bibliografi 37 2

PENDAHULUAN Pengenalan Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri. Seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya untuk menguasai kemahiran bertutur bahasa Melayu dengan baik. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang iaitu fonologi dan fonetik. Fonologi Fonologi adalah bidang untuk mengkaji sistem bunyi yang dituturkan atau diucapkan oleh manusia. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1986:61), bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984:61) pula menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Abdullah Hassan (1993:40) menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Parker (1974:112) menjelaskan ilmu fonologi ialah...sesuatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. Fonetik Bagi fonetik pula ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan dalam saluran suara dikenali sebagai Fonetik Artikulasi, juga sifat gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara iaitu Fonetik Akustik, dan ilmu yang mengkaji berkenaan dengan pendengaran dan proses-proses yang tertentu yang wujud semasa telinga kita mendengar bunyi bahasa dikenali sebagai Fonetik Auditori. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diujar. Kamus Dewan (2005:354) menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Marsono (1986:1) menyatakan ilmu fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. Abdullah Hassan (1993:40) pula menjelaskan ilmu fonetik sebagai ilmu yang mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. 3

Penghasilan bunyi bahasa dan alat artikulasi Udara merupakan sumber tenaga utama dalam penghasilan bunyi bahasa. Udara yang disedut ke dalam paru-paru dan dihembuskan keluar bersama-sama sewaktu kita bernafas. Udara yang di hembuskan itu kemudian mendapat halangan di berbagai-bagai tempat alat artikulasi dengan berbagai-bagai cara sehingga terjadilah bunyi-bunyi bahasa. Aliran udara juga di gunakan untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi Alat-alat artikulasi atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada sepertimana rajah di bawah : 1. Bibir atas 11. Tengah lidah 2. Bibir bawah 12. Belakang lidah 3. Gigi atas 13. Akar lidah 4. Gigi bawah 14. Epiglotis 5. Gusi 15. Pita suara 6. Lelangit keras 16. Rongga tekak 7. Lelangit lembut 17. Rongga hidung 8. Anak Tekak 18. Rongga mulut 9. Hujung lidah 19. Rahang 10. Hadapan lidah 20. Tenggorok 4

PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU Terdapat tiga golongan bunyi dalam bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang di hasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi ini hanya di pengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi ini dikenali sebagai vokal. Konsonan pula terhasil apabila bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara di sekat atau di halang dan udara keluar melalui rongga mulut atau rongga hidung. Terdapat pula bunyi geluncuran iaitu bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Vokal Bunyi vokal mempunyai mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Bunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi konsonan. Vokal terdiri daripada a, e, i, o, u dan ә. Dalam Bahasa Melayu vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu : i. Vokal Hadapan ii. Vokal Tengah iii. Vokal Belakang Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah ynag berperanan maka bunyi vokal yang di hasilkan ialah vokal depan. Bunyi vokal tengah pula dihasilkan sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan dan jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu maka bunyi vokal tersebut ialah bunyi vokal belakang. Rajah menunjukkan kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu. 5

Rajah kedudukan vokal diatas menunjukkan rajah kedudukan lidah mengikut bahagianbahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah, bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garisan melintang pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang di naikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal i dan u, contohnya, lidah di naikkan tinggi sekali. Bagi membunyikan vokal a, kedudukan lidah letakknya rendah sekali. Berdasarkan rajah di atas dapatlah dirumuskan: 1. Vokal hadapan : i) [ i ] vokal hadapan sempit. ii) [e ] vokal hadapan separuh sempit. iii) [ԑ ] vokal hadapan separuh luas. Contoh: ( dalam dialek Kelantan dan pinjaman daripada bahasa Inggeris. iv) [a ] vokal hadapan luas. 2. Vokal tengah: i) [ ә ] vokal tengah pendek. ii) [з ] vokal tengah panjang. 3. Vokal belakang: i) [ u ] vokal belakang sempit. ii) [ o ] vokal belakang separuh sempit. iii) [ ͻ ] vokal belakang separuh luas. Contoh: (terdapat dalam dialek Kelantan) Vokal [ ԑ, ͻ, з] wujud dalam dialek ( bahasa daerah). Dalam sistem tulisan biasa, lambang ini tidak digunakan. Terdapat satu lagi vokal iaitu vokal yang dinasalkan atau sengauan. Ia terjadi melalui proses nasalisasi yang ditandakan dengan atas lambang vokal. Sebagai contoh, nyanyi [ ɲaɲi ], udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut semasa kita menuturkannya, tetapi apabila [ ɲ ] disebutkan ada aliran udara melalui rongga hidung dan terjadilah sengauan. Vokal nasal banyak terdapat dalam dialek Kelantan, bahasa Acheh dan Perancis. Vokal nasal dalam dialek Kelantan dan bahasa Acheh misalnya, [a, i, e, u ] ( Sulaiman, 1970: 5 ). 6

Cara Penghasilan Vokal Semua vokal dalam bahasa Melayu bersuara, bermaksud pita suara bergetar dan aliran udara keluar tanpa sekatan. Berikut dihuraikan bagaimana atau cara bunyi vokal kardinal i, e, a,u,o dan ә dihasilkan oleh alat artikulasi. Vokal Hadapan 1. Vokal Hadapan Sempit ( Tinggi) [ i ] 1. Bibir dihamparkan. 2. Hadapan lidah dinaikkan tinggi ( setinggi mungkin ) ke arah gusi. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. : : : ibu, ikan, ipar sila, kita, biru tali, beli, besi Gambar rajah penghasilan vokal hadapan sempit [ i ] 7

2. Vokal Hadapan Separuh Sempit ( Separuh Tinggi ) [ e ] 1. Bibir dihamparkan separuh sempit. 2. Hadapan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. : elok, ela,ekor : sepet, berang, leper : sate Gambar rajah penghasilan vokal hadapan separuh sempit [ e ] 3. Vokal Hadapan Separuh Luas ( Separuh Rendah ) [ ԑ ] 1. Bibir dihampar separuh luas. 2. Hadapan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Contoh kehadiran bunyi ԑ, bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan : : esok,ejek, edoh : getek, pelek,beso : ude, tule, gode 8

Gambar rajah penghasilan vokal hadapan separuh luas 4. Vokal Hadapan Luas ( Rendah ) [ a ] 1. Bibir dalam keadaan hampar. 2. Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. : adik, ajar, asuh, : paku, satu, baju, : bila, kita, rasa, Gambar rajah penghasilan vokal hadapan luas [ a ] 9

Vokal Tengah 1. Vokal Tengah ( Pendek ) ә 1. Keadaan bibir hampar 2. Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. : emak, enam, emas, : kemas, penat, berat, Vokal ini hanya terdapat di awal dan di tengah perkataan sahaja. Vokal Belakang 1. Vokal Belakang Sempit ( Tinggi ) [ u ] 1. Bibir dibundarkan. 2. Belakang lidah dinaikkan tinggi( setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut. : ubi, unta, untuk, : buka, kabur, gandum : paku, bayu, labu, 10

Gambar rajah penghasilan vokal belakang sempit [ u ] 2. Vokal Belakang Separuh Sempit ( Separuh Tinggi) [ o ] 1. Bibir dibundarkan 2. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara. : obor, oren,oleh, : boleh, tolong, : solo Gambar rajah penghasilan vokal belakang separuh sempit [ o ] 11

3. Vokal Belakang Separuh Luas ( Separuh Rendah) ͻ 1. Bibir dibundarkan 2. Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. 3. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 4. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. 5. Contoh ( dalam dialek Kelantan ) : : oloh, otok, ore, : sudoh, pokok, boroh, : bilo, kito, guwano, Vokal Sengau Penyengauan atau nasalisasi merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti oleh vokal. Semasa menyebut bunyi sengau, misalnya m, n, ny, ng seperti dalam perkataan malam, nasi, nyamuk, ngantuk pengaruh bunyi sengau m, n, ny dan ng merebak kepada bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyabut bunyi vokal dalam perkataan tersebut. Biasanya vokal-vokal sengauan ini hadir dalam keadaan berikut : 1. Sebelumnya terdapat konsonan sengauan. Contohnya : [ mama ] [ minum ] 2. Kedua-dua vokal dalam susunan perkataan KVKV atau KVKVK. Dalam struktur ini, konsonan yang pertamanya adalah separuh vokal atau geseran glotis [ h ]. Contoh : [ ɲawa ] [ m ãhu ] 3. Kedua-dua vokal yang menuruti konsonan sengauan dalam susunan KVVK. Contoh : [ m Ɂal ] [ m Ɂak ] 4. Kedua-dua vokal yang mengikuti konsonan sengauan dalam susunan KVKVV. Contoh : [ duniya ] [ m n ua i ] 12

5. Vokal bagi perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang menuruti geseran rongga tekak [ Ɂ ] dalam tulisan jawi dilambangkan oleh [ E ]. Contoh : [ saɂat ] [ m n ã faɂ ã t ] Diftong Gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku kata. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal yang disebut secara berterusan tanpa ada segmen dan bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu, [ ai, oi, au ]. Gambar rajah pergerakan lidah untuk membunyikan diftong Diftong yang pertama iaitu ai, berlaku apabila bahagian hadapan lidah pada mulanya berada pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [ i ] tetapi tidak setinggi membunyikan vokal [ i ]. Contohnya, cuai, gulai, salai. Diftong yang kedua ialah au, hadapan lidah berada pada kedudukan untuk vokal [ a ], kemudian bergerak kepada kedudukan vokal [ u ], bibir yang dihamparkan kemudian dibundarkan. Contohnya, garau, surau, silau. 13

Yang ketiga ialah diftong oi. Semasa dihasilkan, lidah berada pada kedudukan vokal [ o ] dan kemudian bergerak kepada vokal [ i ]. Bibir yang mula-mula dibundarkan tetapi kemudian berkeadaan hampar. Contohnya, amboi, sepoi, dodoi. Konsonan Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Bunyi konsonan bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan (hambatan) oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru dan konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara. Konsonan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Menurut Yunus Maris, terdapat sebanyak 19 konsonan asli dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara, dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara, satu konsonan hentian glotis, dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara, dua konsonan geseran tidak bersuara iaitu geseran gusi tidak bersuara dan geseran glotis bersuara, satu konsonan getaran bersuara, satu konsonan sisian bersuara, empat konsonan sengau bersuara, dua konsonan separuh vokal bersuara iaitu satu separuh vokal dua bibir bersuara dan satu separuh vokal lelangit keras bersuara dan terdapat lapan konsonan pinjaman. 14

Carta konsonan Bahasa Melayu Cara Penghasilan Konsonan Konsonan Letupan 1. Letupan Dua Bibir Tidak Bersuara [ p ] 1. Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat sepenuhnya pada bibir kemudian dilepaskan serta-merta. : pokok, pukul, panjat, : lepas, dapur, sepak, : atap, dakap, sedap, 15

2. Letupan Dua Bibir Bersuara [ b ] 1. Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paruparu ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut kemudian udara dilepaskan dengan serta merta. : buku, batu, budak, : tiba, tubuh, tabur, : sebab, kitab, adab Konsonan letupan [ p ] dan [ b ] 3. Letupan Gusi Tidak Bersuara [ t ] 1. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 16

3. Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara, kemudian tersekat pada bahagian gisi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta merta. : tahu, tarik, tolong, : satu, datuk, putus, : sebut, lembut, patut, 4. Letupan Gusi Bersuara[ d ] 1. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan mengetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta merta. : duka, dapur, dalam : duduk, sidang, padang : tekad, maksud, abad Konsonan letupan [ t ] dan [ d ] 17

5. Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [ k ] 1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta merta. : kita, kami, kucing : sukan, syukur, sakat : badak, pekak, dekak 6. Letupan Lelangit Lembut Bersuara [ g ] 1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapay keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya di lepaskan dengan serta merta. : gila, gayung, gambir : syurga, agar, agih : epilog, dialog, blog Konsonan letupan [ k ] dan [ g ] 18

7. Letupan Lelangit Keras- Gusi Tidak Bersuara [ č ] 1. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi. Kemudian udara tersebut dilepaskan dengan perlahan(bukan dengan cepat atau dengan serta merta). : cuti, curi, cili : banci, benci, kuaci : mac, koc 8. Letupan Lelangit Keras Gusi Bersuara [ ǰ ] 1. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras- gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk menyekat udara daripada memasuki rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar kerongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan tersekat pada daerah lelangit keras gusi. Udara dilepaskan perlahan ( bukan dilepaskan dengan cepat atau serta merta ). : juga, jambu, jampi : bujang, hujan, tajam : kolaj, kolej, imej 19

Konsonan letupan [ ǰ ] 9. Hentian Glotis Ɂ 1. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dan tersekat serta terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan. : Ɂibu, Ɂikan, Ɂada : saɂat, jumaɂat : anaɂ, goloɂ, tidaɂ Konsonan letupan Ɂ 20

Konsonan Geseran 1. Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] 1. Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan. : sama, sapu, samar : dasar, pasar, kasar : beras, bilis, hiris Konsonan geseran [ s ] 2. Geseran Glotis Bersuara [ h ] 1. Pita suara direnggangkan untuk membuat sempitan pada glotis. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. 3. Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan. : harap, hangus, hampir : pihak, sihat, tahap : letih, lebih, kasih 21

Konsonan geseran [ h ] Konsonan Getaran 1. Getaran Gusi Bersuara [ r ] 1. Hujung lidah dikenakan pada gusi. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita suara digetarkan. : rata, ralat, ramai : keras, garas, karut : lebar, edar, dadar 22

Konsonan getaran [ r ] Konsonan Sisian 1. Sisian Gusi Bersuara [ l ] 1. Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. : laba, lama, lampu : bulat, pelat, kilat : pukal, bekal, basikal 23

Konsonan sisian [ l ] Konsonan Sengauan ( Nasal ) 1. Sengauan Dua Bibir Bersuara [ m ] 1. Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya udara dapat memasuki rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongga hidung. Bibir mulut dibuka dan pita suara digetarkan. : masam, malam, mula : lima, nama, timun : geram, salam, tilam 24

Konsonan sengauan [ m ] 2. Sengauan Gusi Bersuara [ n ] 1. Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. : naga, nama, nombor : kenanga, kenal, lunak : simpan, sampan, lapan Konsonan sengauan [ n ] 25

3. Sengauan Lelangit Keras [ ɲ ] 1. Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit mulut dan anak tekak diturunkan dengan membuka rongga hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar dari rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit kerasgusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Contohnya : : nyamuk, nyaman, nyakat : minyak, banyak, lanyak Konsonan sengauan [ ɲ ] 4. Sengauan Lelangit Lembut Bersuara [ ɳ ] 1. Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. 2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan sehingga membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar dari paru-paru ke rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung. Contoh penghasilan bunyinya adalah seperti berikut : : ngarut, ngaji, nganga : bangga, bangkai, bingkai : petang, tuang, tunang 26

Konsonan sengauan [ ɳ ] 5. Separuh Vokal Dua Bibir Bersuara [ w ] 1. Belakang lidah di angkat ke arah lelangit lembut, tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u] ). 2. Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk menghasilkan vokal tengah [e]. Contohnya : : wang, wangi,wanita : awan, lawan, lawak : sepak takraw Konsonan separuh vokal [ w ] 27

6. Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [ j ] 1. Depan lidah dinaikkan ke arah gusi seperti hendak menghasilkan bunyi vokal [ i ], kemudian semasa menghasilkan bunyi itu kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan vokal tengah [ e ]. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. : yatim, yakin, yuran :dayang, bayang, sayang Separuh vokal [ j ] Konsonan Pinjaman Konsonan pinjaman bukan berasal daripada bahasa Melayu tetapi dipinjam daripada bahasa lain, seperti bahasa Arab, Inggeris, Sanskrit dan sebagainya. Ada yang bunyi asalnya terus digunakan dalam banyak kata dan digunakan sehingga kini. Bunyi-bunyi itu ialah bunyibunyi geseran. 1. Geseran Bibir- Gigi Tidak Bersuara [ f ] 1. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit. 28

2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara tidak digetarkan. : faham, fikir, fitnah : sifir, sifar, sifat : alif, huruf, maaf 2. Geseran Bibir-gigi Tidak Bersuara [v] 1. Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui sempitan. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah bibir-gigi. Pita suara digetarkan. : vokal, varnis, variasi : universiti, novel Konsonan Pinjaman [f] dan [v] 29

3. Geseran Gusi Bersuara [z] 1. Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan. 2. Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung. 3. Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara digetarkan. : zink, zaman, zakat : muzium, muzik : lafaz, kuiz Konsonan Pinjaman [z] 4. Geseran gusi lelangit keras [s] 1. Lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. 2. Pita suara tidak bergetar. : syukur, syamil, syahadah : misal, mesyuarat 30

Konsonan pinjaman [s] PERBEZAAN DI ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU Pengenalan Bidang fonemik ialah bidang linguistik yang membincangkan tentang hal yang berkaitan dengan sistem atau fungsi bunyi bahasa. Dalam bidang ini, bunyi-bunyi bahasa akan di analisis dan menentukan taraf sesuatu bunyi itu sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif. Jika buny itu bertaraf distingtif iaitu membezakan makna, maka bunyi itu bertaraf fonem. Jika bunyi itu tidak distingtif dan tidak membezakan makna maka bunyi itu dianggap alofon. Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi dan dapat membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Misalnya, pasangan minimal pedang dengan sedang. Dalam pasangan minimal perkataan pedang dengan sedang itu terdapat bunyi yang berbeza (distingtif) iaitu bunyi / p / dan / s /. Oleh sebab perkataan pedang berbeza makna dengan perkataan sedang (walaupun dari segi bunyinya hampir sama), maka dikatakan bahawa bunyi / p / dan / s / adalah bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu, bunyi / p / dan / s / adalah bertaraf fonem yang berbeza. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /. 31

Contoh-contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna adalah seperti berikut: 1. kaya dan paya. / k / dan / p / adalah fonem yang berbeza. 2. barat dan karat. / b / dan / k / adalah fonem yang berbeza. 3. sayang dan wayang. / s / dan / w / adalah fonem yang berbeza. 4. sakat dan zakat. / s / dan / z / adalah fonem yang berbeza. Alofon Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya bunyi fonem / k / dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya. Dalam perkataan kuda contohnya, bunyi k terjadi kerana diikuti oleh vokal belakang u. Dalam perkataan kiri pula, bunyi k terjadi kerana diikuti oleh vokal depan i dan bunyi? terjadi kerana kehadirannya di akhir kata dalam suku kata tertutup seperti perkataan kaka? Ketiga-tiga bunyi ini mempunyai kesamaan fonetik. Bunyi-bunyi alofon ini hampir sama dari segi pengucapan dan juga penghasilannya dan saling melengkapi ( menduduki posisi tertentu dalam bahasa Melayu. Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Bervariasi bebas membawa maksud walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu tetapi perbezaan bunyi tidak membawa maksud yang berbeza. Contohnya, faham dengan paham. Contoh yang lain ialah, agama dan ugama. 32

CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU DAN KEPENTINGANNYA DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN Suprasegmental juga dikenali sebagai suprapenggalan ialah ciri atau sifat bunyi yang menumpangi atau menindihi sesuatu fonem. Ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus tuturan. Suprasegmental terdiri daripada tekanan, kepanjangan, jeda, nada dan intonasi. Tekanan Tekanan menunjukkan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Tekanan biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Tekanan ditanda dengan tanda /ʹ/ Lambang ini diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku pada vokal. Bunyi vokal dalam bahasa Melayu disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan. Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna. Kepanjangan Kepanjangan atau disebut juga panjang pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan. Ia ditanda dengan tanda titik yang dipanggil mora. Lambang bagi fonem ini ialah [ : ]. Lambang [ : ] menunjukkan satu mora, lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [. ] menunjukkan setengah mora. Ciri kepanjangan ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa yang tertentu seperti bahasa Inggeris dan Arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa Melayu. Jeda Dikenali juga sebagai persendian, iaitu unsur hentian ( senyap ) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda dilambangkan dengan tanda #. Unsur ini boleh membezakan makna. Sebagai contoh : saya membeli baju adik 1. # Saya membeli baju adik # ( membawa maksud membeli baju untuk adik ) 2. # Saya membeli baju # adik. ( membawa maksud memberitahu adik bahawa saya membeli baju ). 33

Tona / Nada Tona atau nada merupakan naik atau turunnya suara dalam pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditanda dengan nombor-nombor 1 ( rendah ), 2 ( biasa ), 3 ( tinggi ) dan 4 ( tinggi sekali ). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1. Dalam bahasa Melayu juga dinyatakan nada tidak fonemik iaitu nada tidak mempunyai sifat-sifat bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem. Intonasi Intonasi ialah turun naiknya nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Ia juga disebut sebagai lagu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat berbagai-bagai intonasi yang terdapat pada ayat. Contohnya, ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat dan ayat tanya pula mempunyai intonasi meninggi pada akhir ayat. Ayat-ayat yang kita tuturkan menggunakan intonasi yang berbeza-beza. Semua unsur suprasegmental iaitu tekanan, kepanjangan jeda dan tona secara kombinasi turut membentuk intonasi ayat dan digunakan dalam pertuturan. Kepentingan suprasegmental dalam pengajaran kemahiran lisan Ciri suprasegmental merupakan istilah yang digunakan dalam penandaan kemahiran lisan. Jika dalam kemahiran tulisan penandaan disebut sebagai tanda baca yang memainkan peranan penting dalam berbahasa. Klausa seperti saya akan pergi ke kedai merupakan satu pernyataan jika diakhiri tanda noktah (. ), namun klausa akan berubah menjadi pertanyaan apabila diakhiri tanda tanya. Sebagai contoh : Saya akan pergi ke kedai. Saya akan pergi ke kedai? Dalam kemahiran lisan tidak didapati tanda baca, oleh itu pengucapan kata atau ayat sangatlah penting. Berdasarkan contoh yang diberi, ayat yang diucapkan dengan intonasi menurun memberi erti pernyataan, sedangkan dengan intonasi menaik mengubah menjadi pertanyaan. Intonasi mempunyai hubungan yang erat dengan struktur ayat kerana ia menjelaskan sejauh mana kemahiran penutur. Penutur yang mahir berbahasa dapat mengenal hubungan antara intonasi dan ayat. 34

Melalui ciri-ciri suprasegmental juga dapat dinyatakan bahawa bahasa Melayu mempunyai bentuk. Bentuk-bentuk yang terkandung seperti ayat-ayat, rangkai kata dan perkataan berimbuhan. Dengan ini dapat diterangkan kepada pelajar tentang sifat-sifat bahasa Melayu mempunyai kelainan dengan bahasa lain. Di samping itu, ciri-ciri suprasegmental juga dapat menerangkan bahawa bahasa Melayu mempunyai imej atau laras yang tersendiri. Sebagai contoh, laras berita, sukan dan hiburan. Ini kerana bahasa Melayu mempunyai persaingan dengan bahasa-bahasa yang lain. Ciri-ciri suprasegmental juga dapat menyatakan bahawa bahasa Melayu mempunyai makna. Bahasa digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan manusia lain dan ia mempunyai bunyi-bunyi yang tersusun menurut hukum-hukum. Ia digunakan untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu. Kepentingannya dalam pengajaran lisan ialah pelajar boleh bertutur dengan jelas dan bermakna. Selain itu, ciri-ciri suprasegmental juga menyatakan bahawa bahasa mempunyai sistem iaitu susunan tertentu dalam bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu dan sintaksis. Melalui sistem ini, pertuturan dapat dilakukan dengan tepat dan bernas. Pengajaran kemahiran lisan dapat dilakukan mengikut sistem-sistem bahasa yang betul bagi mengelakkan berlakunya kesalahan dalam berbahasa. Ciri-ciri suprasegmental juga dapat menyatakan bahasa mempunyai bunyi. Tanpa bunyi yang dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi, bahasa tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Kepentingannya dalam pengajaran lisan ialah pengajaran bahasa ditekankan kepada cara penyebutan yang betul. 35

KESIMPULAN Dalam bahasa Melayu, fonologi dan fonetik berkait rapat antara satu sama lain. Ini kerana melaluinya kita dapat mengetahui secara terperinci tentang penghasilan bunyi-bunyi vokal dan konsonan serta diftong. Dapatlah dirumuskan kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal ialah bahagian lidah yang berperanan sama ada bahagian hadapan, tengah atau belakang. Ketinggian lidah yangdinaikkan sama ada tinggi atau rendah. Keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan dan pembukaan rahang sama ada luas atau sempit. Konsonan pula ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat halangan oleh alat artikulasi. Ia terdiri daripada konsonan bersuara dan tidak bersuara. Konsonan dalam bahasa Melayu terdiri daripada konsonan asli dan pinjaman. Diftong pula menyatakan bahawa dua vokal hadir dalam konteks yang sama, yang pertama mengikuti yang kedua. Sementara itu, fonem dan alofon pula membincangkan hal yang berkaitan dengan sistem atau fungsi bunyi bahasa. Bunyi-bunyi ini akan menentukan sama ada ia bunyi distingtif atau tidak distingtif. Kepentingan suprasegmental juga dibincangkan dalam kertas kerja ini. Dengan ciricirinya dapat dibuat kesimpulan bahawa bahasa Melayu mempunyai sistemnya yang tersendiri dan berdaya saing untuk menjadi bahasa yang utama di negara ini. ( 5,598 patah perkataan ) 36

BIBLIOGRAFI Abd. Hamid Mahmood. ( 2000 ). BBM 3202 Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Serdang : Universiti Putra Malaysia. Abd. Hamid Mahmood. ( 1993 ). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur : City Reprograpic Services. Abdullah Hassan. ( 1980 ). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ali Mahmood, Mashudi Bahari, Lokman Abd. Wahid, Seman Saleh, Adenan Ayob, Mohd. Rain Shaari. ( 2012 ). HBML 1203 Fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Arbak Othman. ( 1986 ). Permulaan ilmu linguistik. Ipoh : Chee Leong Press. Harimurti Kridalaksana. ( 1984 ). Kamus Linguistik ( Edisi Kedua ). Jakarta : P. T. Pramedia. Kamarudin Hj. Hussin. ( 1988 ). Pedagogi bahasa. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd. Marsono. ( 1986 ). Fonetik. Yogyakarta : Gadjah Mada University Press. Raminah Sabran dan Rahim Syam. ( 1985 ). Kajian bahasa untuk pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 37