FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY 2012 KOD KURSUS : HBML1203 TAJUK KURSUS : PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Σχετικά έγγραφα
PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

UNIT 2 FONETIK DAN FONOLOGI

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) MEI 2012 (SMP KHAS) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : NORSITA BT LAKIBUL

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 5 / TAHUN 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER / TAHUN LIMA / 2012

BAB EMPAT SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

PENGERTIAN KONSONAN. Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SMP ( KHAS ) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SIMBOL FONOLOGI. Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.

BAB LIMA SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA PERANCIS

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Kalkulus Multivariabel I

Bab 1 Mekanik Struktur

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

Sebaran Peluang Gabungan

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Kalkulus Multivariabel I

Matematika

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Keterusan dan Keabadian Jisim

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Tegangan Permukaan. Kerja

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

A. Distribusi Gabungan

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Ciri-ciri Taburan Normal

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

BAB TIGA: KAJIAN LITERATUR. Walaupun demikian, ilmu fonetik di dalam bahasa Arab menjadi ilmu yang

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

TOPIK 2 : MENGGAMBARKAN OBJEK

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

BAB 3 PERENCANAAN TANGGA

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Kalkulus Elementer. Nanda Arista Rizki, M.Si. Fakultas Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam Universitas Mulawarman 2018

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Pengantar Proses Stokastik

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

Pengantar Proses Stokastik

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

STRUKTUR BAJA 2 TKS 1514 / 3 SKS PROGRAM STUDI TEKNIK SIPIL UNIVERSITAS JEMBER

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MAKMAL ELEKTROTEKNIK : LENGKUK KEMAGNETAN ATAU CIRI B - H

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

BAB 2 KEAPUNGAN DAN HIDROSTATIK

HMT FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA LANJUTAN

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

LITAR ELEKTRIK 1 EET101/4. Pn. Samila Mat Zali

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

ULASAN BUKU. Pengulas: Tajul Aripin Kassin

BAB 5 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Pengenalan

LITAR ARUS ULANG ALIK (AU)

EPPD1023: Makroekonomi Kuliah 1: Pengenalan Kepada Makroekonomi

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

KALKULUS LANJUT. Integral Lipat. Resmawan. 7 November Universitas Negeri Gorontalo. Resmawan (Math UNG) Integral Lipat 7 November / 57

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

PENILAIAN PETANDA ARAS KUALITI KURSUS KPLI DAN KDPM: KEBERKESANAN KURSUS DAN KEPUASAN PELATIH oleh Toh Wah Seng ABSTRAK

Transcript:

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY 2012 KOD KURSUS : HBML1203 TAJUK KURSUS : PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : SUHAIMI BIN TEH NO. MATRIKULASI : 001 NO. KAD PENGNEALAN : 710320 03 5437 NO. TELEFON : 017 9813588 E-MEL : suhaimiteh@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KELANTAN

ISI KANDUNGAN. Bil. Tajuk Muka surat 1. PENGENALAN 1 1.1. Fonologi 1 1.2. Fonetik 2 1.3. Alat alat artikulasi 2 2. KAJIAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU 6 2.1. Bunyi Vokal 7 2.2. Bunyi Konsonan 10 2.3. Bunyi Diftong 11 3. ARTIKULASI FONEM BAHASA MELAYU 3.1. Artikulasi Fonem Vokal 12 a) Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi ( i ) 12 b) Vokal Hadapan Separuh Sempit Atau Separuh Tinggi (e) 13 c) Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah 13 d) Vokal hadapan luas atau rendah 14 e) Vokal Belakang sempit atau tinggi (u) 15 f) Vokal belakang separuh sempit 16 g) Vokal separuh luas atau separuh rendah 17 h) Vokal tengah 18 3.2. Artikulasi Fonem Konsonan. 3.2.1. Konsonan letupan dua bibir ( b ) 19 3.2.2. Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara( p ) 19 3.2.3. Konsonan letupan gigi-gusi bersuara ( d ) 20 3.2.4. Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara ( t ) 21 3.2.5. Konsonan letupan lelangit lembut bersuara ( g ) 22 3.2.6. Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara ( k ) 22 3.2.7. Konsonan letupan lelangit keras bersuara ( j ) 23 3.2.8. Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara 24

3.2.9. Konsonan getaran gigi-gusi bersuara ( r ) 25 3.2.10 Konsonan sengau dua bibir bersuara ( m ) 25 3.2.11. Konsonan sengau gigi gusi bersuara ( n ) 26 3.2.12. Konsonan Sengau lelangit keras bersuara 27 3.2.13. Konsonan sengau lelangit lembut bersuara 27 3.2.14. Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara ( f ) 28 3.2.15. Konsonan pinjaman geseran bibie gusi bersuara (v) 29 3.2.16. Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara 29 3.2.17. Konsonan pinjaman geseran gigi gusi bersuara ( z ) 30 3.2.18. Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara ( x ) 31. 3.2.19. Konsonan geseran gigu gusi tak bersuara ( s ) 32 3.2.20. Konsonan geseran glotis bersuara ( h ) 32 3.2.21. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ) 33 3.2.22. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara (y) 34 4. ALAFON DAN FONEM. 4.1. Alafon 35 4.2. Fonem 35 5. CIRI CIRI SUPRASEGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU 37 5.1. Tekanan dan kelantangan. 37 5.2. Intonasi 38 5.3. Tempo 38 5.4. Rima 39 5.5. Mora 39 5.6. Jeda 39 6. KESIMPULAN 40 RUJUKAN 41

1. PENGENALAN. Bahasa boleh didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi bahasa, peranan dan fungsinya. Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa dan ahli linguistik telah memberikan konsep dan takrif bahasa yang hampir sama. Bahasa boleh diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka. Lambang-lambang yang diujarkan itu mempunyai makna-makna tertentu berdasarkan lingkungan masyarakat yang menuturkannya. Dalam setiap kegiatan manusia, bahasa memainkan peranan dan fungsi untuk memenuhi pelbagai tujuan dan matlamat tertentu. Antara fungsi bahasa yang amat ketara ialah peranannya sebagai alat untuk membantu manusia menyampaikan percakapan, buah fikiran dan maklumat kepada orang lain. Dalam kajian bunyi, terdapat 2 bidang utama iaitu fonologi dan fonetik. Fonologi. Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa. Bahasa itu sendiri merupakan satu bidang yang sangat luas dan mempunyai pelbagai teori bahasa. Bidang ini memerlukan pengetahuan khusus tentang aspek-aspek yang meliputinya seperti fonologi, morfologi dan sintaksis. Bidang fonologi ini tertumpu dan berhubung kepada anatomi dan fisiologi yang berkaitan dengan organ-organ ujaran dan bagaimana manusia menggunakan organ-organ tersebut Bidang sosiolinguistik yang berhubung tingkah laku sosial dan kaitannya dengan ciri-ciri bunyi yang digunakan untuk berhubung atau berkomunikasi dalam masyarakat. Bidang kajian fonologi juga termasuklah cara standard untuk merakamkan suara dan kemudiannya menggambarkannya semula menggunakan simbol-simbol khusus 1

1.2.. Fonetik. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia (Indirawati Zahid, 2006). Fonetik ialah kajian yang ditinjau dari segi bahan fizik atau jisim yang mewujudkan bentuk ucapan. Oleh itu,fonetik ialah kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran (Ali Mahmood, 2010). 1.3. Alat-alat Artikulasi Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Menurut Kamus Dewan, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala peranannya menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu ( 1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan, usaha ( proses ) menghasilkan atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat didengar ( 1998 : 191 ). 2

Manakala bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain ( 1998 : 87 ). Melayu pula menjelaskan maksud nama suatu bangsa dan bahasa ( terutama di Semenanjung Malaysia ) ( 1998 : 874 ) Jelaslah sudah bahawa definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian- bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa. Kesemua alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi menghasilkan bunyi bahasa ( vokal, konsonan dan diftong ) yang dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Tegasnya bunyi bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat tutur ( artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini. Contoh-contoh bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan ( menggigil ) dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang mengerjakan sesuatu atau organ ( 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata, perkataan atau ucapan ( 1998 : 1502 ). Manakala peranan menjelaskan maksud mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada lingkungan sesuatu ( 1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan, usaha ( proses ) menghasilkan, atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat di dengar ( 1998 : 191 ). Manakala bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain ( 1998 : 87 ). Melayu pula menjelaskan maksud nama suatu 3

bangsa dan bahasa ( terutama di Semenanjung Malaysia ) ( 1998 : 874 ) Jelaslah sudah bahawa definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagianbahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa. Alat tutur ( artikulasi ) atau disebut juga artikulator yang berfungsi dalam penghasilan bunyibunyi bahasa terdiri daripada alat-alat yang berikut: i. Paru-paru ( lungs ). ii. Batang tenggorok ( trachea ). iii. Pangkal tenggorok ( larynkx ). iv. Pita-pita suara ( vocal cord ). v. Krikoid ( cricoid ). vi. Tiroid ( throid ) atau halekum. vii. Aritenoid ( arythenoids ). viii. Dinding rongga kerongkong ( wall of pharynx ). ix. Epiglotis ( epiglottis ). x. Akar lidah ( root of the tongue ). xi. Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back of tongue, dorsum xii. Tengah lidah ( middle of the tongue, medium ). xiii. Daun lidah ( blade of the tongue, lamina ). xiv. Hujung lidah ( tip of the tongue, apex ). xv. Anak tekak ( uvula ). xvi. Langit-langit lembut ( soft palate, velum ). xvii. Langit-langit keras ( hard palate, palatum ). xviii. Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi alveola, ( alveolum ). xix. Gigi atas ( upper teeth, deria ). xx. Gigi bawah ( lower teeth, denta ). xxi. Bibir atas ( upper lip, labia ) 4

. xxii. Bibir bawah ( lower lip, labia ). xxiii. Mulut ( mouth ). xxiv. Rongga mulut ( oral cavity, mouth cavity ). xxv. Rongga hidung ( nose cavity, nasal cavity ). ALAT-ALAT ARTIKULASI 1. Bibir atas 11. Tengah lidah 2. Bibir bawah 12. Belakang lidah 3. Gigi atas 13. Akar lidah 4. Gigi bawah 14. Epiglotis 5. Gusi 15. Pita suara 6. Lelangit keras 16. Rongga tekak 7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung 8. Anak tekak 18. Rongga mulut 9. Hujung lidah 19. Rahang 10. Hadapan lidah 20. Tenggorok Rajah 1 :Alat-alat yang Mengeluarkan Bunyi Bahasa Melayu 5

2. KAJIAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di dunia ini. Dengan kata lain, bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Bunyi-bunyi bukan bahasa ialah bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk, bunyi orang berdehem, bunyi siulan, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur, bunyi orang kedinginan (menggigil) dan sebagainya. Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ada kaitannya dengan keadaan pita suara. Sekiranya semasa udara keluar melalui pita suara, keadaan pita suara (atau khususnya glotis) itu agak rapat, akan berlakulah getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara. Kalau keadaan glotis itu renggang atau terbuka, sewaktu udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran dan bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara dikeluarkan dari kedua-dua belah paru-paru melalui ruang tenggorok dan pita suara, kemudian masuk ke rongga tekak, seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung. Di dalam perjalanan keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut, udara tersebut mungkin menerima gangguan atau sekatan daripada alat-alat artikulasi yang lain atau mungkin juga tidak. Sekiranya semasa udara itu melintas pita suara yang tertutup rapat, udara terpaksa keluar secara terdesak, maka bunyi yang timbul ialah bunyi batuk. Kalau pita suara renggang sedikit, udara dapat keluar melaluinya menyebabkan ia bergetar, maka bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Apabila pita suara renggang udara boleh keluar dengan mudah dan pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. Udara yang keluar dari pita suara tadi akan memasuki rongga tekak dan dari sini, mungkin terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Lelangit lembut atau anak tekak akan mengatur jalan udara ini sama ada ke rongga mulut atau rongga hidung. Kalau lelangit lembut dan anak ekak tidak menutupi ruang ke rongga hidung, udara akan keluar melalui hidung. Bunyi yang terhasil disebut bunyi sengau. Sekiranya ruang ke rongga hidung tertutup, udara keluar melalui rongga mulut dan bunyi yang terhasil bukanlah bunyi sengau. Selepas udara melepasi pita suara, ia bergerak pula ke rongga tekak. Dari rongga tekak, udara boleh keluar melalui rongga tekak (oral) atau rongga hidung (nasal). 6

Lelangit manusia terbahagi kepada dua. Di sebelah depan dinamakan lelangit keras dan di bahagian belakang, dikenali sebagai lelangit lembut. Bahagian hujung lelangit lembut dinamakan anak tekak. Lelangit lembut dan anak tekak boleh digerak-gerakkan. Apabila bunyi /a/ dikeluarkan, lelangit lembut dinaikkan hingga kena pada belakang tekak dan dengan itu menutup rongga hidung. Bunyi /a/ dikeluarkan melalui rongga oral. Oleh itu, /a/ ialah bunyi oral. Bunyi nasal pula ialah bunyi yang dikeluarkan melalui rongga hidung. Lelangit lembut pada waktu itu diturunkan dan rongga oral ditutup dengan beberapa cara, antaranya dengan merapatkan dua bibir. 2.1. Bunyi Vokal Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru- paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu: i Vokal hadapan ii Vokal tengah iii Vokal belakang 7

Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu. Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyibunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah: Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal. 8

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut: Hampar Separuh hampar Bundar Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut: Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan kedudukan bibir semasa menyebut huruf-huruf vokal 9

2.2. Konsonan Konsonan ialah bunyi selain daripada bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa Melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu : - Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ). - Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). - Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). - Satu konsonan hentian glo tis. (? ) - Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) - Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ). - Satu konsonan getaran bersuara ( r ). - Satu konsonan sisian bersuara ( I ). - Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ, n ) - Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ). - Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung. 10

2.3. Diftong Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal, iaitu pada mula-mulanya hadir tanpa menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan apabila ketiadaan puncak kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja semata-mata.diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, yakni yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku kata, yakni ma dan in. Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu yakni / ai /, / oi / dan /au/. Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada diftong / au /. Lambang [ ˆ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong. Gambar rajah di atas menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu. 11

3.0. ARTIKULASI FONEM BAHASA MELAYU 3.1. Artikulasi Fonem Vokal a) Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ] Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian rongga untuk membuat sekatan, halangan atau sempitan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Sebagai contoh: Awalan pertengahan akhiran [ijab] [minum] [beli] [insan] [kilang] [cari] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit atau tinggi [ i ]. 12

b) Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ] Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung.udara dari paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sebagai contoh: [ekor] [kekok] [kole] [enak] [belok] [tauge] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh sempit atau separuh tinggi [ e ]. c) Vokal Hadapan Separuh Luas atau Separuh Rendah [ ε ] Bunyi vokal /ε/ dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi 13

vokal /e/. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Vokal ini juga dikenali juga sebagai vokal depan lampau separuh rendah. Sebagai contoh: [εsok] [kεk] [sorε] [εnak] [bεlok] [olε-olε] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau separuh rendah [ ε ]. d) Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ] Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami 14

sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a]. Sebagai contoh: [angsa] [rapi] [lupa] [alis] [palam] [kena] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ]. e) Vokal Belakang Sempit atau Tinggi [ u ] Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bersamaan dengan itu, pita suara dirapatkan serta digetarkan. Sementara itu, bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh: 15

Awalan pertengahan akhiran [ungka] [tuba] [batu] [ulam] [pucat] [kelu] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ]. f) Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ] Bahagian belakang lidah sedikit antara paling tinggi belakang dan yang paling rendah boleh dicapai di belakang lidah. Bibir dibiarkan dalam keadaan bundar. Apabila udara disalurkan keluar maka bunyi yang dihasilkan ialah vokal /o/. Sebagai contoh: [orang] [roket] [milo] [onar] [pocong] [keromo] 16

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o]. [כ [ Rendah g) Vokal Separuh Luas atau Separuh Vokal ini juga dikenali sebagai vokal belakang separuh luas rendah. Untuk menghasilkan vokal /כ/ ini, belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut. Manakala, lelangit lembut dan juga anak tekak pula dinaikkan untuk./כ/ dalam keadaan bundar. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal Sebagai contoh: [כ [ lehכ [pidat [ lehכ] b] [כ [ tonכ [tomat [ peraכ] [pr Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas atau separuh rendah.[כ] 17

h) Vokal Tengah [ ə ] Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal. Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bunyi /ə/ akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Sebagai contoh: awalan [əmak] [əmas] pertengahan [bəlah] [cəlah] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə]. 18

3.2. Artikulasi Fonem Konsonan 3.2.1. Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ]. Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat kebelakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan sertamerta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: [batu] [lumba] [kelab] [balu] [labu] [maktab] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. 3.2.2. Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Dua bibir ditemukan dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, tersekat di bahagian belakang rapatan dua bibir itu. Sekatan udara itu dilepaskan, dengan sertamerta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: 19

[palu] [sampah] [malap] [pedang] [sepah] [kejap] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. 3.2.3. Konsonan letupan gigi-gusi bersuara [ d ]. Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: [datuk] [sedut] [salad] [diari] [saderi] [nomad] 20

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d]. 3.2.4. Konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [ t ]. Hujung lidah diketemukan, mencapai ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan, rapat ke belakang rongga tekak. Manakala udara daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan, di bahagian belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gigi-gusi itu. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: [tebu] [satu] [selat] [tabur] [ketum] [pelat] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [t]. 21

3.2.5. Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: [gajah] [megah] [beg] [gelap] [sergah] [jag] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]. 3.2.6. Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, bahagian belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut supaya udara daripada paru-paru tersekat pada bahagian belakang lidah berdekatan dengan lelangit lembut tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai 22

contoh: [kalau] [bekal] [selak] [kari] [cekal] [elak] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. 3.2.7. Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak.kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta- merta dengan menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: [jambu] [laju] [kolaj] [jambang] [baju] [mesej] 23

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j]. 3.2.8. Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č]. Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: [čatan] [beča] [mač] [čuba] [kača] [klač] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č]. 24

3.2.9. Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]. Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai contoh: [rotan] [kerap] [pakar] [rancang] [perap] [cakar] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r]. 3.2.10. Konsonan sengauan dua bibir bersuara [m]. Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: [mantan] [semak] [selam] [maki] [amal] [suram] 25

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m]. 3.2.11. Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: [naga] [benam] [ikan] [niaga] [enam] [lokan] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. 26

3.2.12. Konsonan sengauan lelangit keras bersuara [n]. Bahagian depan lidah dirapatkan ke lelangit keras. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan [nawa] [nasi] pertengahan [senap] [guna] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit keras bersuara [n]. 3.2.13. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ŋ]. Bahagian belakang lidah dinaikkan rapat ke lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: 27

[ŋilu] [baŋsal] [senaŋ] [ŋaŋa] [seŋal] [renaŋ] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit lembut bersuara [ŋ]. 3.2.14. Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]. Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: [feri] [safari] [mualaf] [fasa] [kafir] [alaf] 28

3.2.15. Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke bahagian belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas tersebut sambil menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: awalan [van] [violin] pertengahan [larva] [kanvas] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. 3.2.16. Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ]. Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Sebagai contoh: 29

[θabit] [iθnin] [wariθ] [θelasa] [peθan] [keriθ] Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ]. 3.2.17. Konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. Daun lidah didekatkan di daerah gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar, sambil lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser di daerah gig-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah tersebut, sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: [zikir] [nazak] [lafaz] [zaman] [azimat] [hafaz] 30

Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. ]. 3.2.18. Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [ x Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut sendiri dinaikkan ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru dibiarkan, bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan bahagian belakang lidah tersebut, sambil pita suara tidak digetarkan. Sebagai contoh: [xianat] [maxluk] [tarix] [xamis] [axbar] [marix] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x]. 31

3.2.19. Konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. Daun lidah didekatkan ke bahagian gigi-gusi supaya dapat membuat sempitan udara keluar. Kemudian, lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yangdisalurkan keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi-gusi yang membuat sempitan dengan daun lidah itu. Pita suara pula tidak digetarkan. Sebagai contoh: [sama] [nasi] [kipas] [silap] [asap] [tulus] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. 3.2.20. Konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara direnggangkan luas dan udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti keadaan biasa ketika bernafas. Sebagai contoh: 32

[hantu] [mahir] [sirih] [haram] [dahan] [madah] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. 3.2.21. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. Bahagian bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh: [wakil] [bawal] [straw] [wilayah] [tawakal] [takraw] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. 33

3.2.22. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. Bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh: awalan [yuran] [yakni] pertengahan [sayu] [bayar] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. 34

4.0. ALAFON DAN FONEM 4.1. Alafon Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, kʷ dan ˀ. Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i ) Bunyi kʷ terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi ˀ terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kakaˀ. Dalam hal ini, alofon k, kʷ dan ˀ adalah alofonalofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, kʷ, ˀ iaitu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi dimaksudkan masingmasing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu tempat masing-masing dalam bahasa Melayu. 4.2.. Fonem. Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang berfungsi. Fonem juga merupakan unit yangbermakna atau perkataan yang terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contoh kata yang menjelaskan fonem ini ialah perkataan palu. Kata ini terdiri daripada empat 35

unit yang berbunyi iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem iaitu unit terkecil yang berfungsi. Sebagai contoh sekiranya p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Selain daripada itu fonem juga boleh difahamai sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Contohnya, pasangan minimal, pedang dengan petang. Dalam pasangan minimal pedang dengan petang itu terdapat bunyi yang berbeza iaitu bunyi d dan bunyi t. Perkataan pedang dikatakan hampir sama dengan perkataan petang namun hanya dibezakan dengan bunyi d dan t. Dalam konteks ini, bunyi d dan t merupakan bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi d dan t adalah bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi fonem itu diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /d / dan /t. 36

5.0. CIRI CIRI SUPRASENGMENTAL DALAM BAHASA MELAYU Dalam linguistik, suprasegmental ataumprosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan hanya dengan melihat simbol-simbol tulisan. Prosodi berfokus pada ujaran, iaitu yang ada kaitannya dengan intonasi dan rima. Prosodi turut melihat perubahan pada kepanjangan suku kata, kelantangan,nada dan beberapa perkara lain yang berhubung dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan Di samping itu, dalam bahasa tulisan kita sering menggunakan tanda baca seperti tanda koma, titik bertindih, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap perkara-perkara tertentu dalam teks yang dibacanya. Sebaliknya, dalam bahasa lisan kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar. Bunyi-bunyi sedemikian bukanlah menandakan ciri- ciri ujaran seseorang individu, tetapi khusus digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhannya. Ciri-ciri tersebut dinamakan suprasegmental atau ciri-ciri yang bukan segmental 5.1. Tekanan dan kelantangan. Tekanan dalam ujaran digabungkan dengan ciri yang lain seperti perubahan dalam ton suara dan tempo. Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan. Tekanan merupakan satu cara untuk menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Tekanan bertujuan untuk menyedapkan percakapan atau bacaan untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberikan perhatian. 37

5.2. Intonasi. Pelbagai intonasi yang berbeza menyatakan maksud tertentu kepada pendengar. Kontur intonasi, sama ada meninggikan atau menurunkan ton suara boleh memberikan perbezaan yang menandakan ujaran tersebut berbentuk pernyataan atau penyoalan. Dalam keadaan tertentu, ada penutur yang menggunakan intonasi berbentuk pernyataan dengan maksud sebenarnya adalah untuk membuat permintaan dan ada juga yang menggunakan intonasi pertanyaan tanpa bermaksud untuk bertanya. Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap dan kadangkala disebut nada suara. Justeru, intonasi merujuk kepada variasi nada apabila bertutur. Intonasi dan tekanan ialah dua elemen yang penting dalam prosodi linguistik.intonasi berperanan dalam menentukan jenis-jenis ayat dalam bahasa Melayu. Berdasarkan jenis ayat yang diujarkan, ayat-ayat tersebut boleh berbentuk mendatar, menaik, menurun dan sebagainya. Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah : a) Intonasi menaik bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa. b) Intonasi menurun. Bermakna nada suara diturunkan mengikut masa. c) Intonasi puncak Bermakna nada suara daripada naik kepada turun. d) Intonasi dipping Bermakna nada suara daripada turun kepada naik. 5.3. Tempo. Kita bercakap lama atau sekejap, banyak atau kurang dengan kadar yang cepat untuk tujuan dan sebab yang berbeza-beza. Hal ini mungkin berlaku kerana kita berhadapan dengan situasi yang menghendaki kita melafazkan ujaran sedemikian. Tempo memberikan kesan kepada sesuatu makna untuk memberikan rangsangan dan mendapatkan perhatian. 38

5.4. Rima. Pola tekanan, tempo dan nada secara bersama akan menghasilkan rima. Secara formal, rima digunakan dalam bidang muzik dan puisi. Dalam puisi, rima merujuk kepada bunyi yang sama pada huruf akhir atau kata akhir sesuatu rangkap seperti syair. Semua ujaran mempunyai rima. 5.5. Mora. Mora atau panjang pendek ialah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab. Lambang yang digunakan untuk menandakan panjang pendek itu ilah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora manakala [.] bermaksud setengah mora. 5.6. Jeda. Jeda disebut sebagai persendian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemenelemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [#] dan apabila digunakan jeda boleh membawa makna yang berbeza. Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan ialah [+]. Dalam bahasa Melayu, lambang ini juga berfungsi bagi membezakan makna. 39

6.0. KESIMPULAN. Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ tutur manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi atau artikulator. Bunyi bahasa pula ialah kesan yang didengar oleh telinga. Proses penghasilan bunyi bahasa berlaku apabila udara dari paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga hidung atau rongga mulut. Suprasegmental merupakan ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpang kepada sesuatu fonem Fonetik dan fonologi merupakan dua perkara yang berbeza. Fonetik berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya, manakala fonologi mengkaji sistem bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik, iaitu cara bunyibunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain 40

RUJUKAN. Ali bin Mahmood et al. (2010). Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Modul Open University Malaysia. Indirawati bt Zahid dan Mardian Shah bt Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Siti Hajar bt Abdul Aziz. (2008). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar Sdn. Bhd. 41.