FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Σχετικά έγγραφα
PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH) MEI 2012 (SMP KHAS) HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAMA : NORSITA BT LAKIBUL

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN SEMESTER 5 / TAHUN 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

UNIT 2 FONETIK DAN FONOLOGI

FAKULTI PENDIDIKAN BAHASA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER MEI / 2012 HBML1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBML1203SMP FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU(SMP)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER / TAHUN LIMA / 2012

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MAY 2012 KOD KURSUS : HBML1203 TAJUK KURSUS : PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

BAB EMPAT SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

HMT 221 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA

PENGERTIAN KONSONAN. Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara.

SIMBOL FONOLOGI. Vokal Konsonan Diftong Konsonan gandingan SIMBOL FONETIK BAHASA MELAYU.

SMP ( KHAS ) FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

BAB LIMA SISTEM FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA PERANCIS

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

Bab 1 Mekanik Struktur

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

Kalkulus Multivariabel I

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Keterusan dan Keabadian Jisim

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

DETERMINATION OF CFRP PLATE SHEAR MODULUS BY ARCAN TEST METHOD SHUKUR HJ. ABU HASSAN

Ciri-ciri Taburan Normal

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Tegangan Permukaan. Kerja

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

EEU104 - Teknologi Elektrik - Tutorial 11; Sessi 2000/2001 Litar magnet

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

Sebaran Peluang Gabungan

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

SEMINAR KEBANGSAAN PENDIDIKAN SAINS DAN MATEMATIK OKT 2008

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

Matematika

PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

Katakunci : faktor, minat, matematik

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012

Katakunci : tahap pengetahuan, guru fizik, peka fizik

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

Kalkulus Multivariabel I

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

A. Distribusi Gabungan

BAB TIGA: KAJIAN LITERATUR. Walaupun demikian, ilmu fonetik di dalam bahasa Arab menjadi ilmu yang

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

Persamaan Diferensial Parsial

TOPIK 1 : KUANTITI DAN UNIT ASAS

Unit PENGENALAN KEPADA LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM OBJEKTIF KHUSUS

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN. Seramai 100 orang responden telah dipilih secara rawak dalam kajian ini.

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI BAHASA MALAYSIA TAHUN

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

BAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

Tahap Kognitif Pelajar Tingkatan Empat Di Sekolah Menengah Di Dalam Daerah Kluang Johor Berdasarkan Taksonomi Bloom Dalam Mata Pelajaran Sains

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

SELAMAT DATANG KE KULIAH 12 EX2023 MAKROEKONOMI II FAKULTI EKONOMI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Amalan Pengajaran Guru Pelatih UTM Dalam Pendidikan Sains Aziz Nordin & Md.Norakmal Bin Abdul Latip Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kajian Tinjauan Penerapan Kemahiran Generik Melalui Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Hendra Gunawan. 16 April 2014

Transformasi Koordinat 2 Dimensi

Kalkulus 1. Sistem Koordinat. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia. Sistem Koordinat

Katakunci : faktor pendorong, pemilihan kerjaya perguruan

SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH, PERAK. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM. MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 5 KERTAS 1 Dua jam JUMLAH

ANALISIS PERBANDINGAN DI ANTARA KAEDAH BACAAN AL-QURAN TEKNIK IQRA DAN AL-BAGHDADI

Katakunci : kesediaan pelajar, mata pelajaran pengajian keruteraan awam

Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal 76

Katakunci : proses pengajaran dan pembeljaran, sekolah Bandar, sekolah luar Bandar.

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

BAB 2 PEMACU ELEKTRIK

BAB I PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

SESI: MAC 2018 DSM 1021: SAINS 1. Kelas: DCV 2

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

HMT FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MALAYSIA LANJUTAN

Jawab semua soalan. P -1 Q 0 1 R 2

Pengantar Proses Stokastik

BAB 2 PEMODULATAN AMPLITUD

Bilangan Euler(e) Rukmono Budi Utomo Pengampu: Prof. Taufiq Hidayat. March 5, 2016

Kuliah 4 Rekabentuk untuk kekuatan statik

TOPIK 2 : MENGGAMBARKAN OBJEK

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

Pembinaan Homeomorfisma dari Sfera ke Elipsoid

HMT 503 TEORI DAN KAEDAH PENYELIDIKAN LINGUISTIK

Pengantar Proses Stokastik

BAB 3 PERENCANAAN TANGGA

Transcript:

FALKULTI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN MEI 2012 HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 810713125386001 NO. KAD PENGNEALAN : 810713125386 NO. TELEFON : 0128101102 E-MEL : kongchuilee@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 3 2.0 Penghasilan bunyi-bunyi bahasa 3-4 2.1 Organ Artikulasi dan Fungsinya 4-5 2.1.1 Bibir 6 2.1.2 Lidah 6 2.1.3 Gigi 6 2.1.4 Gusi 6 2.1.5 Lelangit 6 2.1.6 Anak Tekak 7 2.1.7 Rongga 7 2.1.8 Pita suara 7 3.0 Penghasilan bunyi Bahasa Melayu 7-8 3.1 Cara penghasilan bunyi-bunyi vokal 8 3.1.1 Vokal hadapan 9-10 3.1.2 Vokal belakang 10-11 3.1.3 Vokal tengah 11 3.1.4 Vokal sengau 12 4.0 Bunyi konsonan 12 4.1 Konsonan letupan 12 4.1.1 Letupan bibir 12 4.1.2 Letupan gusi 13 4.1.3 Letupan lelangit lembut 13 4.1.4 Letupan pita suara 13 4.2 Konsonan geseran 14 4.2.1 Geseran gusi 14 4.2.2 Geseran pita suara 14 4.3 Konsonan Getaran 15 4.4 Konsonan Sisian 15 4.5 Separuh Vokal 15 1

4.6 Konsonan pinjaman 16 4.7 Konsonan Sengauan 16 4.7.1 Sengauan bibir 16 4.7.2 Sengauan gusi 17 4.7.3 Sengauan lelangit keras 17 4.7.4 Sengauan Lelangit lembut 17 4.8 Carta konsonan Bahasa Melayu 17 4.9 Transkripsi Fonetik Dan Fonemik 18-19 4.9.1 Transkripsi Fonetik 19 4.9.2 Transkripsi Fonemik 20 5.0 Fonologi 20 5.1 Fonem 20-21 5.2 Alofon 21 6.0 Ciri-ciri Supresegmental Bahasa Melayu 22 6.1 Tekanan 22 6.2 Panjang- pendek 22 6.3 Tona 22 6.4 Jeda 22 7.0 Kepentingan Dalam Pengajaran Kemahiran Lisan 23-24 8.0 Kesimpulan 24 9.0 Rujukan 25 2

1.0 Pengenalan Bahasa adalah satu cara yang amat penting bagi menimbulkan dan memupuk perhubungan antara manusia. Suatu pandangan yang menyeluruh mengenai bahasa berdasarkan linguistik, serta pengalaman dalam mengajar dan pembelajaran bahasa akan dikemukakan dahulu. Bagi seorang guru bahasa dan ahli linguistik, bahasa merupakan mata pelajaran penting untuk dikaji. Umumnya, ilmu linguistik itu suatu ilmu pengkajian terhadap bahasa yang dilakukan secara saintifik ( J. Lyons,1968:1). Haruko Momma (2001) pula berpendapat bahawa ilmu linguistik ialah disiplin atau bidang ilmiah yang berkaitan dengan kajian bahasa sebagai sains. Terdapat beberapa bidang bidang kajian yang dinyatakan dalam buku-buku C. F. Hockett (1955), Robin (1957) dan lain-lain seperti psikolinguistik, linguistik komputer, linguistik gunaan dan sosiolingustik. Setiap bidang ini meneliti aspek tertentu dalam bidang bahasa. Justeru, ilmu linguistik amat penting dalam kajian terhadap bahasa. Dalam bahasa mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan dapat kita menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa dengan baik dan berkesan, Seorang pengguna bahasa perlulah mempunyai ilmu pengetahuan fonologi untuk menuturkan atau mengeluarkan bunyi-bunyi yang bermakna. Ilmu fonologi ialah ilmu yang berkaitan dengan cara-cara pengguna bahasa menuturkan atau melahirkan secara saintifik. bunyi yang bermakna dalam bahasa 2.0 Penghasilan Bunyi-bunyi Bahasa P.B.Denes dan E.N. Pinson (1963) dalam bukunya The Speech Chain telah membuat kajian fonetik dari segi urat-urat saraf dan tindakannya dalam menghasilkan bunyi. K.L.Pike, ( 1943) pula telah membuat sumbangan yang penting dalam bukunya bertajuk Phonetics, yang mengkaji bagaimana bunyi bahasa itu diujarkan. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada 2 bidang, iaitu fonetik dan fonologi.fonetik merupakan kajian bunyi bahasa dari segi organ pertuturan, pendengaran (auditori) dan sifat bunyi bahasa (akustik). Oleh itu, fonetik Terdapat 3 bidang utama ilmu fonetik iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Fonologi pula kajian mengenal pola bunyi bahasa, iaitu kajian sistem bunyi bahasa yang bermakna yang 3

diucapkan oleh manusia melalui alat artikulasi. Kajian tentang fonetik 2.1 Organ Artikulasi Dan Fungsinya Organ artikulasi merupakan alat yang menghasilkan bunyi bahasa dan cara menghasilkan bunyi tersebut. Alat yang terlibat ialah alat yang menerbitkan bunyi setelah udara daripada paru-paru dipam ke dalam organ-organ yang terlibat. Perbuatan ini asalnya adalah untuk keperluan pernafasan, iaitu untuk menyedut oksigen bagi membersihkan darah. Aliran udara juga digunakan untuk mengeluarkan bunyi bahasa. Dalam sistem ujaran ini tercakup semua organ dalam sistem pernafasan. Organ-organ ini penting dalam sistem aliran udara yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Rajah Sistem Pernafasan 4

Organ dalam sistem penghasilan bunyi dikenali sebagai organ artikulasi.bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti berikut: Rajah Organ artikulasi. 1. Bibir atas 11. Tengah lidah 2. Bibir bawah 12. Belakang lidah 3. Gigi atas 13. Akar lidah 4. Gigi bawah 14. Epiglotis 5. Gusi 15. Pita suara 6. Lelangit keras 16. Rongga tekak 7. Lelangit lembut 17. Rongga hidung 8. Anak Tekak 18. Rongga mulut 9. Hujung lidah 19. Rahang 10. Hadapan lidah 20. Tenggorok 5

2.1.1 Bibir Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut yang boleh berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut.bibir berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. 2.1.2 Lidah Lidah merupakan organ artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung, tengah, hadapan, dan belakang. Bahagian hadapan, tengah, dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Maka, lidah aktif dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa dan disebut sebagai artikulator. 2.1.3 Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi tetapi ia kurang aktif kerana gigi tidak boleh digerak-gerakkan seperti lidah atau bibir dan hanya berfungsi sebagai penahan udara daripada terus keluar dengan bebas daripada rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [e], [y], [c],[q] gigi turut sama berperanan, dan dikenali sebagai daerah penyebutan. 2.1.4 Gusi Gusi ialah bahagian yang embung, dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Ia berfungsi sebagai daerah artikulasi. Gusi berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [t], [d], [l], [r], [s], [z] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 2.1.5 Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi. Lelangit lembut pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan dan dinaikkan. Jika diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung. Organ ini penting untuk menentukan sama ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau pun tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukan bunyi sengau. 6

2.1.6 Anak tekak Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut dan berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. 2.1.7 Rongga Rongga terbahagi kepada rongga mulut, rongga hidung dan rongga tekak. Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar masuk daripada paru-paru. 2.1.8 Pita suara Pita suara terletak di dalam ruang tenggorok dan ia juga amat penting untuk penghasilan bunyi. Lubang di antara dua keping selaput itu boleh diluas atau disempitkan dalam usaha mengeluarkan bunyi. Jika seseorang yang mengalami kerosakan pita suara akan mengalami gangguan suara dan orang yang tidak mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Rajah Pita suara 3.0 Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu Umumnya, dalam Bahasa Melayu terdapat 3 golongan bunyi iaitu, vokal, konsonan dan diftong. Pertama, bunyi dikeluarkan dengan cara udara tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tersekat atau terhimpit.bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan sedemikian akan dikenali sebagai Vokal. 7

Kedua, bunyi-bunyi itu dapat dihasilkan dengan menekan udara keluar dari paruparu. Aliran udara itu kemudian terganggu oleh alat-alat sebutan tadi semasa melalui rongga mulut atau rongga hidung.bunyi yang dikeluarkan dengan cara demikian dikatakan bunyi konsonan. Menurut cara sebutan tersebut yang diterangkan di atas, bunyi bahasa tersebut dibahagi kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan. Deskripsi bunyi yang mengasingkan bunyi vokal dan konsonan adalah suatu cara tradisional.analisis ciri-ciri pembeza ini dimulakan oleh R.Jacobson(1956) dengan melihat ciri-ciri akustik bunyi-bunyi tersebut.setiap bunyi itu ditentukan oleh ciri pembeza sahaja, iaitu di mana ia berbeza antara satu sama lain. 3.1 Cara Penghasilan Bunyi-bunyi Vokal Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir. Vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu seperti contoh jadual berikut: Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut: Rajah Vokal yang dihasilkan 8

3.1.1 Vokal Hadapan Kalau bahagian lidah yang terlibat itu hujung lidah, maka bunyi vokal yang dihasilkan vokal hadapan kerana hujung lidah itu terletak di bahagian mulut. Depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran sempit untuk udara keluar.saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal.ada 4 buah fon vokal depan iaitu [ i ], [ e ], [ ] dan [ a ]. Vokal Hadapan dapat menghasilkan : No Lambang Fonetik Gambarajah (i) [ i ] vokal hadapan sempit ( Rajah dipetik daripada buku OUM) (ii) [ e ] vokal hadapan separuh sempit Penjelasan Dan Contoh Apabila hujung lidah diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut tetapi lidah tidak menyekat aliran udara dari paruparu. Udara ditekan keluar dari paru-paru. Maka bunyi vokal akan dihasilkan. Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari Hujung lidah dibawa turun 1/3 daripada titik untuk vokal sempit.udara dari paru-paru ditekankan keluar.dua bibir dileperkan. Ini menghasilkan bunyi vokal separuh sempit. Contohnya: kole, tauge, bendi, elok ( Rajah dipetik daripada buku OUM) (iii) [ ] vokal hadapan separuh luas Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan lidah diturunkan 1/3 dari kedudukan untuk mengeluarkan vokal [ e ]dan[ i ]. Contohnya: tauke, gelek, gesek, gerek ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 9

(iv) [ a ] vokal hadapan luas Untuk menghasilkan bunyi vokal ini,depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal [ e ]dan[ i ]. Contohnya: pandai, anak, landai, siapa ( Rajah dipetik daripada buku OUM) 3.1.2 Vokal Belakang Kalau bahagian belakang lidah yang terlibat, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu akan dikenali sebagai vokal belakang. Untuk menghasilkan bunyi ini, bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan dekat dengan lelangit lembut. Kita boleh melakukan satu kajian kecil bahawa letakkan tangan di bawah rahang dan sebut [u], kemudian sebut [o]. Vokal [o] juga vokal belakang, tetapi kedudukan belakang lidah lebih rendah ketika kita menghasilkan bunyi [u]. Rajah Kedudukan rahang/bibir, lidah ketika menghasilkan bunyi [a], [u] dan [i] Vokal belakang dapat menghasilkan : No Lambang Gambarajah Penjelasan Dan Contoh Fonetik (i) [ u ] vokal belakang sempit Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin di atas,tetapi tidak menutup ruang aliran udara.bentuk bibir dibundarkan. ( Rajah dipetik daripada buku Contohnya: ubat, ulat, undang, udang OUM) 10

(ii) [ o ] vokal belakang separuh sempit HBML1203 Bunyi dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah.keadaan bibir pula dibundarkan. Contohnya: obor, solo, toko ( Rajah dipetik daripada buku OUM) (iii) [ ↄ] vokal belakang separuh luas Mengikut Yunus Maris(1969), vokal ini adalah gantian vokal belakang separuh sempit [ o ].Ia wujud kerana pengaruh dialek daerah. Bunyi dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit dan bentuk bibir turut dibundarkan. 3.1.3 Vokal Tengah Kalau lidah dalam keadaan bersahaja, iaitu terletak di lantai rongga mulut dalam keadaan sedikit tegang maka vocal yang dihasilkan itu dipanggil vokal tengah [Ә ]. Vokal tengah dapat menghasilkan : No Lambang Gambarajah Penjelasan Dan Contoh Fonetik (i). [ә] vokal tengah pendek Meletakkan lidah terhampar di lantai rongga mulut.tengah lidah agak melengkung ke atas sedikit.luas rongga mulut agak sederhana.keadaan bibir juga bersahaja. Contohnya:perahu, tompat 11

3.1.4 Vokal Sengau Vokal sengau adalah vokal yang dihasilkan dengan artikulasi yang hampir sama dengan artikulasi bunyi-bunyi vokal oral yang telah dihuraikan di atas.perbezaannya adalah dari segi aliran arus udara dari paru-paru itu dibenarkan keluar melalui rongga nasal dengan sebahagian darinya tetap mengalir juga di rongga mulut.vokalnya ini dibezakan dengan vokal oral dengan cara menandakan tanda diakritis [ ~ ]di atas vokal berkenaan. Contohnya, seperti [mȃkan], [mȃndi]. 4.0 Bunyi Konsonan Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara dari paru-paru yang tersekat, disempitkan dan lain-lain semasa rongga mulut atau disalurkan melalui rongga hidung. Ia bertentangan dengan bunyi vokal yang dihasilkan tanpa gangguan terhadap aliran udara tersebut. Dalam mendeskripsikan bunyi-bunyi konsonan ini, ketiga-tiga faktor ini akan digunakan iaitu daerah artikulasi, cara sebutan dan keadaan pita suara.bunyi-bunyi konsonan Bahasa Melayu boleh dibahagi kepada duo golongan, iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. 4.1Konsonan Letupan Bunyi letupan ini dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana daerah sebutan.udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat.apabila udara tersekat ini dilepaskan dengan serta-merta maka bunyi letupan akan dihasilkan. Bunyi letupan akan berubah jika daerah dan alat sebutan berubah.kita memanggil bunyi letupan itu mengikut daerah sebutannya. 4.1.1 Letupan bibir [p], [b] Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari paru-paru akan bertahan.kalau letupan itu dilakukan dengan getaran pita suara maka bunyi itu menjadi letupan bibir tak bersuara, iaitu [p] dan [b] pula dilakukan dengan pita suara tidak bergetar.rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan bibir. 12

Letupan bibir [p], [b] 4.1.2 Letupan gusi [t] dan [d] Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Udara yang tertahan dalam rongga mulut dilepaskan dengan serta merta.bunyi dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [t] dan letupan gusi bersuara [d]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan gusi. Letupan gusi [t] dan [d] 4.1.3 Letupan lelangit lembut [k] dan [g] Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.udara yang tertahan dilepaskan dengan serta merta dan menghasilkan bunyi letupan lelangit lembut [k] tak bersuara dan bersuara [g]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan lelangit lembut [k] dan [g]. Letupan lelangit lembut [k] dan [g] 4.1.4 Letupan pita suara [?] Jika pita suara dirapatkan dan tekanan udara dari paru-paru dilepaskan dengan serta merta, dan menghasilkan bunyi letupan. Letupan berlaku di pita suara, maka kita tidak mengambil kira ianya bersuara atau tidak. [?]dijadikan lambang bunyi. Rajah dibawah menunjukkan bunyi letupan pita suara [?]. 13

Letupan pita suara [?] 4.2 Konsonan Geseran Konsonan geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui rongga mulut.lelangit lembut dirapatkan ke dinding belakang rengkung dan udara hanya keluar melalui rongga mulut. Penyempitan rongga mulut menyebabkan udara dari paru-paru kita keluar dengan cara bergeser untuk menghasilkan bunyi geseran.geseran ini boleh bersuara dan tidak bersuara. 4.2.1 Geseran Gusi [s], [z] Hujung lidah dirapatkan ke arah sempadan gusi lelangit keras tetapi aliran udara tidak tersekat.udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser. Bunyi geseran gusi lelangit keras tak bersuara[s] dan yang bersuara [z]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi geseran gusi [s], [z]. Geseran Gusi [s] 4.2.2 Geseran pita suara [h] Pita suara boleh disempitkan dan menyebabkan udara keluar di antara pita suara dengan bergeser. Pita suara ini tidak dikatakan bersuara atau tidak.geseran pita suara ialah [h].dalam tesis Ph. D.nya, bertajuk Some Aspects of Malay Phonology and Morphology (1976), Farid Onn, mengatakan [h] mempunyai cirri bersuara. Rajah dibawah menunjukkan bunyi geseran pita suara [h]. 14

Geseran pita suara [h] 4.3 Konsonan Getaran [r] Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan mengetarkan lidah dalam rongga mulut.terdapat satu bunyi getaran dalam Bahasa Melayu.Lidah diangkat ke arah gusi atas.udara dari paru-paru ditekan keluar hingga menggetarkan lidah untuk menghasilkan bunyi getaran [r].bunyi ini bersuara. Rajah dibawah menunjukkan konsonan bunyi getaran [r]. Konsonan Getaran [r] 4.4 Konsonan Sisian [l] Bunyi ini dihasilkan dengan menggetarkan lidah dari kiri dan kanan dalam rongga mulut.hujung lidah diangkat ke arah gusi atas.udara dari paru-paru ditekan keluar ikut kiri dan kanan lidah. Satu bunyi sisian [l]dihasilkan dan bunyi bersuara dalam Bahasa Melayu. Rajah dibawah menunjukkan konsonan Sisian [l]. Konsonan Sisian [l] 4.5 Separuh Vokal [w] dan [y] Separuh vokal ini merupakan bunyi vokal yang tidak selesai.ia tidak tidak dikenal sebagai vokal penuh kerana ia tidak terdapat sebarang gangguan kepada aliran udara, tetapi di sini mempunyai masalah gangguan aliran udara.ada dua bunyi separuh vokal, 15

iaitu:separuh vokal bibir [w] dan separuh vokal lelangit keras [y]. Rajah dibawah menunjukkan Separuh Vokal [w] dan [y]. Separuh Vokal [w] 4.6 Konsonan pinjaman Gigi bawah dirapatkan ke arah bibir atas tetapi tidaklah rapat sehingga menyekat aliran udara.udara dari paru-paru tertekan dan keluar dengan bergeser.bunyi geseran gigi-bibir yang bersuara ialah [v]dan yang tak bersuara ialah [f]. Rajah dibawah menunjukkan Konsonan pinjaman [v] dan [f]. Konsonan pinjaman [v] dan [f] 4.7 Konsonan Sengauan Konsonan ini dihasilkan dengan cara yang seakan serupa dengan letupan. Tetapi lelangit lembut diturunkan untuk membolehkan udara keluar melalui rongga hidung.bunyi sengauan akan terhasil.semua bunyi sengauan adalah bersuara. 4.7.1 Sengauan bibir [m] Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas.ini menghasilkan bunyi sengau bibir [m]. Rajah dibawah menunjukkan sengau bibir [m]. Sengauan bibir [m] 16

4.7.2 Sengauan Gusi [n] Hujung lidah dirapatkan ke gusi atas. Ini menghasilkan bunyi sengau gusi[n]. Rajah dibawah menunjukkan sengauan gusi [n]. Sengauan Gusi [n] 4.7.3 Sengauan Lelangit Keras[ɲ] Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras. Bunyi yang dihasilkan dikenali sebagai bunyi sengauan lelangit keras bersuara[ɲ]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi sengauan lelangit keras bersuara [ɲ]. Sengauan Lelangit Keras[μ] 4.7.4 Sengauan Lelangit Lembut[ŋ] Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Bunyi yang dihasilkan dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara[ŋ]. Rajah dibawah menunjukkan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara[ŋ]. Sengauan Lelangit Lembut[ŋ] 17

4.8 Carta Konsonan Bahasa Melayu Untuk menjelaskan bunyi-bunyi yang dideskripsi, satu carta telah dimasukkan sebagai rujukan.dalam carta ini, daerah sebutan dirujukkan kepada cara sebutan, dinyatakan juga sama ada bunyi itu bersuara atau tidak. Carta Konsonan Bahasa Melayu 4.9 Transkripsi Fonetik dan Fonemik Kita telah membincangkan bagaimana bunyi dihasilkan, baik vokal mahupun konsonan. Transkripsi adalah penurunan lambang-lambang bunyi daripada lambang tulisan yang mencatat sesuatu dalam kehidupan. Semua lambang dapat dipakai bagi merakamkan bunyi secara bertulis.hanya setelah bunyi-bunyi ini terakam dalam bentuk lambang barulah bunyi tersebut dapat dianalisa.penganalisaan bunyi untuk menimbulkan sistem bunyi dalam kajian fonologi. Bermacam-macam bunyi boleh dilahirkan sekiranya daerah sebutan dibahagi dengan lebih rapi.transkripsi terbahagi kepada dua jenis iaitu transkripsi fonetik dan transkripsi fonemik. Ini dapat dilihat dalam carta Fonetik Antarabangsa di bawah. 18

Carta Fonetik Antarabangsa 4.9.1 Transkripsi Fonetik Transkripsi fonetik merupakan cara yang mempelajari segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang-lambang fonetik untuk bunyi itu masing-masing. Contohnya seperti berikut: 19

4.9.2 Transkripsi Fonemik HBML1203 Transkripsi fonetik pula merupakan cara yang mempelajari bunyi-bunyi bahasa dan cara pengelompokan mereka ke dalam fonem-fonem.ia lebih ditumpukan transkripsi dalam bentuk tulisan.contohnya seperti berikut: Fonem θ Fonem ŏ Fonem ŋ Fonem γ dieja sebagai"th" dieja sebagai"dh" dieja sebagai"ng" dieja sebagai"gh" 5.0 Fonologi Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan,khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Manakala menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, phonology is the study of the function and patterning of speechsounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti terbuka pula,fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia, yakni satu pernyataan yang begitu umum untuk mendefinisikan fonologi itu sendiri. 5.1 Fonem Fonem adalah unit pada tingkat bunyi yang distingtif.selain itu, fonem boleh dimengertikan sebagai unit sifat bunyi yang membezakan erti ( Bloodmfield: 1933).Satu unit ujaran yang bermakna dan terdiri daripada beberapa unit bunyi. Contohnya seperti kaya, baya, paya, maya dan saya.seseorang tidak lagi teragak-agak mengatakan yang bunyi-bunyi konsonan /k/, /b/, /p/, /m/ dan /s/. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem.fonem juga bermaksud bunyinya hampir sama, yang membezakan erti antara dua kata itu. Terdapat beberapa contoh di bawah. 20

Misalnya : b diganti dengan p, maka bagi akan bertukar menjadi pagi. p diganti dengan b, maka paku akan bertukar menjadi baku. g diganti dengan k, maka geli akan bertukar menjadi keli. k diganti dengan g, maka kitar akan bertukar menjadi gitar. g diganti dengan k, maka gelipar akan bertukar menjadi kelipar. b diganti dengan p, maka bagi akan bertukar menjadi palu. HBML1203 Oleh itu b, p, k, g dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. 5.2 Alofon Alofon adalah pengwujudan dari fonem yang berbeza dari segi sifat-sifat fiziknya. Dengan kata lain,alofan merupakan bunyi-bunyi kelainan yang tergolong kepada kelas fonem yang sama, dan dengan sendirinya merupakan anggota kepada keluarga fonem tersebut.bunyi-bunyi yang dikaji itu haruslah dilihat dari segi kesamaan fonetis.selain itu, bunyi-bunyi yang berbeza dikaji haruslah jangan mendatangkan perbezaan makna. Perkataan-perkataan di bawah mempunyai erti yang sama tetapi berbeza secara fonetis pada bunyi pertamanya. Contohnya seperti berikut: Ugama agama / u / boleh diganti dengan / a / supaya perkataan yang sama boleh disebut sebagai agama. igama ugama / i / boleh diganti dengan / u / supaya perkataan yang sama boleh disebut sebagai ugama. pikir fikir [ f ] dan [ p ] adalah alofon-alofon kepada fonem /p/ dalam Bahasa Melayu. paham faham [ f ] dan [ p ] adalah alofon-alofon kepada fonem /p/ dalam Bahasa Melayu. Akhir kata, dalam membuat pertimbangan bagi menentukan alofon-alofon kepada sesuatu fonem dalam sesuatu bahasa, seorang pengkaji harus dapat membezakan keadaan yang seolah-olah sama dengan variasi bebas di mana kerap terjadi sebutan yang alternatif dari suatu kata yang memperlihatkan adanya perbezaan yang fonemis.unit bunyi juga boleh saling berganti secara alternatif itu adalah fonem-fonem yang berasingan yang sudah terbukti dengan jelasnya dalam sesuatu bahasa itu. 21

6.0 Ciri-ciri suprasegmental Bahasa Melayu Ciri-ciri suprasegmental adalah sifat bunyi yang menindihi sesuatu segmen bunyi samada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi urutan yang bermakna akan menghasilkan kata yang jika seharusnya dilengkapkan dengan ciri-ciri yang non-segmental seperti panjang-pendek, tekanan, tona dan jeda, maka barulah makna kata itu menjadi pasti dan jelas. 6.1 Tekanan Tekanan adalah keras atau lemahnya suara yang diperlukan bagi menyebut sesuatu suku-kata. Bunyi vokal boleh berbeza dari segi kenyaringan dalam kesatuan bunyi-bunyi.terdapat 4 jenis tekanan dengan tanda-tanda tertentu seperti berikut: = tekanan keras / dua ᴧ = tekanan sedang / dua \ = tekanan lemah / tiga v = tekanan paling lemah 6.2 Panjang- pendek Dua bunyi, khususnya bunyi vokal mungkin serupa dalam semua aspek fonetik melainkan berbeza dari segi panjang-pendek.lambang ini akan digunakan bernama mora[:]. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan lambang [.] adalah setengah mora. Dalam kebanyakan bahasa, panjang-pendek bunyi vokal dan konsonan penting sekali peranannya bagi membezakan morfem. 6.3 Tona Tona adalah meninggi atau menurunnya nada suara pada menyebut sesuatu sukusuku atau morfem.perbezaan tona merupakan sesuatu perbezaan yang disebabkan oleh perbezaan nada suara seperti tona tinggi,tona rendah, tona mendatar dan tona turun naik. 6.4 Jeda Jeda dikenali sebagai persendirian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara perkataan, ayat atau rangkaian kata. Lambang jeda digunakan ialah #. Unsur ini digunakan untuk membezakan makna. 22

7.0 Kepentingan dalam pengajaran kemahiran lisan HBML1203 Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan. Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah mengeluarkan buah fikiran mereka dengan sebutan yang betul. Dengan itu mereka akan lebih berani, yakin diri untuk bersuara semasa pengajaran dijalankan. Contohnya, kanak berdiri untuk membaca perkataan yang hampir sama dan berbeza sedikit bunyi dari segi fonetiknya yang diberi oleh guru secara persendirian. pagi & bagi beli & beri dara & darah Bahasa Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara. Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik. Struktur ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh. Contohnya: 1) Dia sudah lari. Perbezaan antara r dan l 2) Dia sudah lali. Kanak-kanak dapat bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Contohnya: Pengalaman yang diceritakan oleh kanak yang melawat ke zoo negara di dalam kelas dapat membantu kanak-kanak lain mengenali lebih banyak tentang kehidupan haiwan. 23

Kanak-kanak dapat mendengar dan memahami pertuturan yang disampaikan oleh orang lain dalam kehidupan harian sama ada di dalam atau di luar rumah.mereka dapat melakukan apa yang disampaikan oleh orang lain.contohnya seperti berikut: Ibu:"Ali, tolong beli sebotol kicap di kedai runcit." Ali:"Baiklah, ibu. Saya pergi membeli sekarang. " Secara keseluruhan kemahiran lisan adalah amat penting, guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini boleh memudahkan kanak-kanak untuk belajar. 8.0 Kesimpulan Melalui kerja kursus ini banyak yang kita dapat pelajari daripada BahasaMelayu dimana terdapat bidang yang mengkaji tentang bunyi bermakna yang dipertuturkan oleh manusia iaitu fonologi yang terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan satu kajian yang berkaitan dengan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran. Manakala fonemik pula berkaitan tentang kajian fungsi dan struktur bunyi bahasa. Di samping itu, saya juga mengkaji bagaimana vokal dan konsonan dihasilkan. Setelah mengkaji, vokal merupakan bunyi bersuara kerana tiada halangan semasa udara keluar dari peparu. Lidah dan bibir pula memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi vokal manakala konsonan mempunyai bunyi yang bersuara dan tidak bersuara. Bunyi konsonan terhasil kerana ada gangguan atau halangan semasa udara keluar dari peparu dan dua bibir iaitu gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, dan rongga hidung yang memainkan peranan penting dalam penghasilan bunyi konsonan. Selain daripada itu, saya juga telah mengkaji tentang alat-alat artikulasi dan dearah-daerah artikulasi. Alat-alat artikulasi melibatkan semua organ yang terlibat dalam penghasilan bunyi manakala dearah artikulasi adalah bagi organ yang tidak boleh digerakkan dan sentiasa berada pada tempatnya. Untuk memahami dengan lebih mendalam, carta vokal, konsonan dan carta fonetik antarabangsa dimasukkan sekali ke dalam kerja kursus ini sebagai rujukan. 24

RUJUKAN / REFERENSI HBML1203 Abdullah Hassan, (1980), Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti SDN.BHD. Arbak Othman, (1983), Permulaan Ilmu Linguistik satu pengenalan konsep bidang kajian secara teoritis, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. T.Jensen, J. (1995), Morfologi Struktur Kata Dalam Nahu Generati, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia. Peter Trudgil, (1984), Sosiolinguistik Satu Pengenalan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Robert Lado, (1964), Mengajar Bahasa Suatu Pendekatan Saintifik, Amerika Syarikat: Nombor Kad Katalog Perpustakaan Kongres. Yunus Maris, (1966), The Malay Sound System, Kuala Lumpur : University Malaya Press. http:// www.oum.edu.my 25